Adapun makna tahanan ialah mereka yang ditahan oleh pihak berkuasa dan masih belum terbukti lagi seseorang itu bersalah. Dalam tempoh penahanan itu, tahanan akan disiasat samada dengan cara psikologi ataupun fizikal ala Abu Gharib di Iraq. Malang bagi penyiasat itu, andai tahanan itu mati dalam tempoh penahanan,timbul tanda tanya pada kita: Apa yang mereka buat?
Manusia memang tidak lari dari melakukan kesalahan. Bagi kesalahan yang dilakukan haruslah menerima hukuman yang setimpal. Andai ada hukuman yang dilaksanakan tanpa ada keputusan penghakiman, itu namanya satu penganiyaan. Ataupun analogi mudah, jika arak itu haram, yang hanya perlu dibuang ialah air arak itu tetapi bukanlah dibuang sekali dengan botol-botolnya.
Kugan telah mati semasa dia ditahan oleh pihak polis. Menurut bedah siasat, kematiannya disebabkan oleh perparu berair. Tidak cukup itu sahaja, kematiannya ini juga telah diklasifikasikan sebagai bunuh!
Lihat pada kecederaan yang dia alami. Pada mukanya ada darah yang mengalir dari hidung. Mulut mengeluarkan cecair bewarna putih. Pada belakang mangsa ada kesan luka dan parut samada dipukul. Pada kaki mangsa itu juga jelas nampak kesan sakit yang dialaminya sebelum dia menghembuskan nafas yang terkahir.
Poliskah yang membunuh? Segalanya masih dalam siasatan. Keadaan ini sangat berat dan membimbangkan kita sebagai rakyat biasa. Jika manusia tanpa ada rasa belas kasihan, seumpama makhluk yang lebih kejam dari haiwan. Maka kerana ada belas kasihanlah, kita harus memberi tekanan kepada kes ini agar mereka yang bersalah dan mencemarkan imej polis mesti dihadapkan ke muka keadilan segera.
Anda boleh melihat video jasad mangsa di sini (sila klik)