Follow je lah..

Rabu, 21 Januari 2009

Tasbih & Istighfar Dikurniakan Kemenangan

Dengan kalimah tahmid kita melahirkan kesyukuran pada kemenangan yang telah diberikan. Lipatan sejarah Islam telah membuktikan Islam itu sentiasa mulia dan tiada yang mulia selepasnya. Atas natijah ini lah, sama ada kemenangan Hamas dan PAS dalam memperjuangkan Islam secara jelas wajar disyukuri dan begitulah jua kemenangan pilihanraya kampus Universiti Malaya dimenangi oleh kem yang diselesuri oleh jemaah Islam.

Kemenangan itu adalah pada kehendak dan kurniaan ALLAH yang mana bukannya atas usaha yang kita lakukan. Jika usaha kita menjadi bukti untuk mencapai kemenangan, ketahuilah bahawa manusia memasuki syurga bukan kerana amalannya tetapi adalah rahmatNya yang Esa dan yang lagi Maha Hakim yakni ALLAH Subhanahu Wa Taala.

Firman Allah SWT :
“Dan tidaklah kemenangan itu melainkan dari sisi Allah yang Maha Perkasa lagi Bijaksana” Surah Ali ‘Imran : 126

Berambusnya rejim Israel dari tanah Gaza adalah kemenangan Hamas dan Islam amnya. Seluruh bandar telah hancur, seumpama gempa bumi yang dahsyat dan tiada lagi tempat berlindung melainkan kuburan untuk nyawa beribu yang sudah melayang syahid. Kesemua itu tiadalah menjadi halangan untuk Hamas melahirkan kesyukuran dan itulah bayaran kemenangan mereka untuk mendapat redha ALLAH. Atas jihad mereka yang suci, ALLAH menunaikan janjiNya sekalipun manusia sering memungkiri janji padaNya. Harapan rejim Israel untuk memadam cahaya ALLAH dan melenyapkan pejuang Islam tidak berjaya sama sekali.

Apabila PAS menang di Kuala Terengganu ini membuktikan bahawa PAS masih diterima dengan meletakkan Islam sebagai acuan insan. Berbagai lemparan negatif yang ditohmah kepada PAS membuatkan parti itu makin kuat dan jauh sekali untuk undur ke belakang. Rakyat semakin yakin dan percaya dengan kepimpinan PAS yang amanah dan meletakkan tanggungjawab terhadap Islam dan ummat mengatasi kepentingan peribadi.

Sesungguhnya mengekalkan kemenangan itu adalah lebih perit dari medapat kemenangan. Jatuhnya empayar Uthmaniyah adalah angkara faktor dalaman itu sendiri. Ingatlah bangsa Arab mereka tidak mampu bersatu apabila penyakit al-wahn (cintakan dunia dan takutkan mati) mengjangkiti diri mereka sehingga akhirnya tanah haram tergadai.

ALLAH memerintahkan kita supaya meraikan kemenangan dengan bertasbih kepada ALLAH dan memohon keampunan dari ALLAH. Mengucap tasbih ketika meraikan kemenangan adalah kerana kemenangan adalah amanah dan tanggungjawab, melalaikannya adalah dosa dan kesalahan besar di sisi ALLAH. Moga ALLAH memberi kekuatan dan pertolongan kepada kita.

Ingatlah, ALLAH sedang memerhatikan kita dan rakyat sedang menilai kita. Rujukan: Jihad Tegak Islam

2 ulasan:

Adibah S berkata...

Terima Kasih kerana mengulas. Sampai juga ilmu disamping usaha anda membuka mata membaca.

Ya, untuk mempertahankan kegemilangan itu amat berat dippandang, malah yang memikul lagi merasa lasaknya.

Inilah masanya tugas kita terus membantu mereka. Jangan tiggalkan pimpinan-pimpinan yang sudah berjaya kita lantik ini menujukkan kehebatan mereka sendirian.. adalah menjadi tanggungan kita jika mereka mendapat susah.

Hidup ini tidak dapat lari dari memberi dan menerima. InsyaAllah balasannya di Akhirat jua matlamat kita...

the hazim berkata...

Adibah, terima kasih...akhirat lah matlamat kita...sesiapa yang menjadikan akhirat sbg matlamat..dunia akan tunduk padanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan