Follow je lah..

Jumaat, 16 Oktober 2009

Khutbah Jumaat Lagi Utama Dari Ucapan Najib Hari Ini

Persidangan UMNO yang sedang hebat dan berdegar-degar sedang berlangsung kini di PWTC yang paling penting bagi mereka (ahli UMNO)itu ialah ucapan Presiden mereka iaitu dari Najib Razak. Presiden akan berucap dua kali, iaitu permulaan dan pergulungan.

Biasalah, Najib apabila berpidato terjerit-jerit dan semangat waja. Bagaikan ini gelanggang mereka punya dan hanyalah mereka pendekar terhebat di nusantara. Namun tetapi dikalangan mereka jika diajak berdebat, lintang pukang mencari alasan dan tidak ada keberanian.

Apapun hari ini hari Jumaat, sebelum mereka mendengar pergulungan dari Najib, kita wajib mendengat khutbah Jumaat. Khutbah ini tidak kira disampaikan oleh siapa dikalangan yang layak, wajib kita mendengar dengan taat dan diam. Jika ada yang berkata-kata semasa khatib berkhutbah, maka hilanglah pahala Jumaatnya.

Dalam khutbah, telah terkandung beberapa rukun yang tidak boleh ditinggal. Antaranya menyeru supaya semua orang Islam bertaqwa kepada ALLAH. Inilah yang lebih utama daripada menyeru supaya orang melayu bersatu.

Negara kita majoriti orang melayu beragama Islam. Ini bermakna jika kita memperjuangkan Islam, secara tak langsung bangsa melayu akan menjadi satu bangsa yang mulia. Oleh itu, tidaklah boleh menyatakan jika hancurnya UMNO maka hancurlah melayu. Ini satu fikiran yang ortodok lagi jumud.

Tidak bersalah jika kita mendengar ucapan Najib sambil bercakap-cakap atau pun sedang makan minum. Mendengar ucapan Najib lebih tertumpu pada melayu sahaja berbanding apabila menyebut Islam, ia tertumpu kepada seluruh aspek kehidupan.

Ahad, 11 Oktober 2009

Respon Positif Kemenangan BN


Sudah lama kita tidak mendengar suara dari kepimpinan UMNO dan BN apabila mereka memenangi pilihanraya. Kemenangan di Bagan Pinang ini memberi sedikit nafas lega setelah tujuh kali kalah berturut-turut.

Dengan kekalahan PAS ini adalah petanda baik. Petanda bahawa untuk menggempur kubu-kubu BN di sesetengah kawasan adalah sukar. Maka cabaran ini berkait rapat dengan agenda Pakatan memenangi PRU13. Penelitian mestilah dikaji mendalam dan kita harus belajar dari kekalahan ini.

Biasanya apabila BN menang, kita akan mendengar:

a) Rakyat telah kembali memberi keprcayaan kepada BN dan ini adalah tanda Najib berjaya membaiki imej BN yang teruk sebelum ini. Akhirnya usaha kita berjaya.

b) Pakatan Rakyat sudah tidak diterima kerana hanya mencetus provokasi dan menyusahkan rakyat. Rakyat sudah menolak Pakatan.

c) BN adalah parti untuk 1Malaysia. Kerajaan sangat perihatin kepada masalah rakyat dan akan teruskan kesinambungan. Kerajaan amat serius terhadap kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang parti.

d) Terbukti segala apa yang dituduh oleh Pakatan adalah tidak benar. Sebaliknya BN satu-satunya parti yang bergerak lurus, seimbang, dan maju.

e) BN mempunyai peluang cerah untuk memenangi PRU yang seterusnya kerana rakyat sudah boleh menerima kita semula.

f) Rakyat kini sudah bijak dan mereka telah melaksanakan demokrasi dengan betul serta membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan kehendak masakini.

g) Isa Samad boleh jadi MB Negeri Sembilan semula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan