Follow je lah..

Sabtu, 5 Julai 2008

Ingatan, Jangan Main Kotor

Najib berhadapan dengan serangan dari tiga penjuru. Penjuru dirinya, penjuru Altantuya, dan penjuru Saiful. Kedua-dua cerita Altantuya dan Saiful ini sangat hangat diperkata sehingga busuknya tercalit sendiri kepada Najib.

Kali ini dua kali Najib membuat penafian. Penafian pertama adalah penafian pada akuan bersumpah Raja Petra dan penafian kedua ialah penafian akuan bersumpah Balasubramaniam (Bala). Walaubagaimanapun, penafian kedua ini adalah penafian yang terdahsyat baginya.

Hari ini cakap lain dan hari esok cakap lain sedangkan orang yang bercakap itu ialah orang yang sama,itulah Bala. Bala apa yang menimpa Bala untuk menukar 100% pengakuan bersumpah itu dari asal kata lain dan esok kata lain menjadi tanda tanya. Sekalipun ia menjadi tanda tanya, jawapannya sudah kita lihat dan kita ketahui. Rakyat tidak jahil.

Berdasarkan kes Anwar 1998 dahulu, beberapa orang saksi penting dan mangsa telah ditekan dengan penuh tidak peri kemanusiaan. Mereka dipaksa untuk mengaku bersalah sedangkan mereka sesekali tidak pernah melakukan perkara kesalahan itu. Apakan daya hanya tulang empat kerat untuk berhadapan dengan pegawai-pegawai ala KGB. Didesak, disentak, dan dihentak. Lalu saksi dan mangsa itu lemah longlai dan rosak psikologinya seraya mengaku diri bersalah.

Apakah Bala seperti itu, didesak, disentak, dan dihentak? Beliau bukan diugut oleh kaki gangster untuk berbuat demikian. Tetapi kita percaya beliau menerima tekanan lebih dahsyat dari gangster yang ada di muka bumi ini. Kerana merekalah yang memegang undang-undang (Gani Patail) dan kekuasaan (Musa).

Siasatan memanglah boleh dijalankan samada pada pengakuan pertama atau kedua. Namun kenyataan yang mengatakan siasatan dijalankan adalah sekadar ingin meraikan pembuat laporan itu. Hasil laporan? Adalah rahsia. Jika laporan itu telah membuktikan mereka bersalah atau tidak dan layak di dakwa atau tidak, tetap juga rahsia. Dalam rahsia itu ada seribu lagi rahsia.

Najib telah membuktikan, yang beliau dan Saiful punya hubungan yang akrab dalam kenyataanya. Katanya, ketika Saiful telah diliwat datang ke rumah (yang dahulu kononnya hanya ingin meminta biasiswa Timbalan Perdana Menteri( TPM) di pejabat TPM) untuk mengadu kepada beliau yang dirinya diliwat. Siapa Saiful ini yang sanggup menjaja maruah sendiri kepada orang kedua yang terpenting dalam negara iaitu TPM, datang untuk memberitahu aku sudah ditebuk tupai!? Biasanya, jika anak dara telah dirogol, mangsa pastinya hanya mengadu kepada ibu dan bapa sahaja. Ini kerana kedua-duanya adalah lebih akrab atas hubungan keakraban dalam berkeluarga. Saiful bukan ber'bin'kan Najib.

Setiap malam sketsa politik ini seolah-olah disusun oleh politikus-politikus. Berdrama dan berolok-olok semata-mata mahukan diri tidak mahu dimualkan. Tuhan akan sentiasa menunjukkan, orang yang salah dengan wajah kesalahannya dan orang yang tidak bersalah dengan wajah ketenangannya.

Jumaat, 4 Julai 2008

Anak Tahanan ISA Mati, Ezam Peduli?

Ketibaan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Shahrial Sirin, untuk menatap jenazah anak sulungnya, Aina Mardiah, 17, yang di tempatkan di rumah jirannya, Mohd Nawawi di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor disambut dengan penuh hiba dan genangan air mata kaum keluarga dan hadirin baca lagi...
Cerita ini memang menyedihkan, apabila ayahnya pulang ke rumah, hanya dapat melihat sekujur jasad anak yang sudah tidak bernyawa. Cahaya mata pertama yang dikurniakan ALLAH kepada Shahrial Sirin telah pergi selamanya.


Beliau adalah tahanan ISA. Insan yang telah hebat menerima ujian angkara kezaliman penguasa. Betapa hibanya hati seorang bapa yang telah membela anaknya dengan baik, dipisahkan dalam sebuah sel ISA selama 7 tahun dari keluarga tercinta.

Hari ini, beliau terpaksa membayar ujian itu dengan menerima berita penuh redha ke atas pemergian anaknya itu. Anaknya bernama Aina Mardiah berumur 17 tahun telah meninggal dunia. Sesungguhnya namanya yang seindah nama bidadari di syurga bakal menjadi teman setia buat ayahandanya di Syurga kelak. Insya ALLAH.

Kepada Sharil, inilah perjuanganmu. Apabila kita benar-benar berikrar menyintai ALLAH dan Rasulnya, maka ALLAH akan pasti menguji keutuhan atau thabit ikrar kita itu. Harapnya beliau berjaya dalam ujian ini. Air mata siapa yang tidak menitik hatta Rasulullah sendiri apabila melihat putranya pergi buat selama-lamanya.Segala kenangan manis arwah bersama Sharil sejak dilahirkan sehingga berusia 10 tahun (darjah empat) akan menjadi hiburan hiba buat beliau tatkala sunyi berada di dalam ISA yang zalim itu.

Barangkali Ezam ahli UMNO yang baru itu tidak lupa akan betapa deritanya badan dan hati ini. Beliau juga bekas Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mesti peka dengan hal ini. Selaku ahli UMNO yang 'suci' beliau perlu membisik ke telinga golongan keparat UMNO diatasnya. Ini juga adalah perjuangannya jua dan beliau tidak harus mencuci kaki setelah kembali ke UMNO.

فذکر ان الذکر تنفع المومنین-١٢

Kita boleh membilang hari, bulan, dan tahun umur yang telah kita lalui. Kita meraikan setiap tahun apabila genap setahun usia kita. Dan kita pula menanam azam untuk meniti tahun yang seterusnya.

Dalam membilang hari yang telah kita lalui, kita tidak dapat membilang hari yang bakal kita lalui. Ini kerana tarikh atau masa berakhirnya usia kita tiada sesiapa yang tahu melainkan ALLAH. Urusan ALLAH lah yang mencipta kita untuk melata di bumi ini dan urusan ALLAH jualah yang menamatkan usia kita.

Marilah kita menyerahkan diri sepenuhnya akan hakikat ini. Siapakah kita yang dapat menikmati kehidupan ini jika tidak diizinkan ALLAH? Kehidupan ini adalah pinjaman kerana kita belum dikembalikan lagi. Apabila tiba waktu untuk kita dikembalikan, ingatlah itu adalah amanah.

Sudah menjadi resam, barang yang dipinjamkan dengan baik mestilah dipulangkan dengan baik. Amatlah buruk sikap kita jika kita meminjam dan memulangkan pinjaman itu dengan penuh kelompangan. Itu tandanya, kita tidak lagi amanah.

Apabila tiba waktu kita pergi, pulanglah pinjaman itu sebaiknya. Berikan senyuman pemanis muka dan wajah redup menarik minat empunya pinjaman. Ketika kita meninggalkan alam ini, kita tidak lagi berhutang kepadanya, tetapi kita berterima kasih.

Nyawa yang Engkau berikan pinjaman ini, telah aku gunakan sebaik-baiknya. Kini aku pulang semula kepada Mu dalam keadaan yang baik. Aku mahu berterima kasih, kerana dengan barang pinjaman ini jua, aku beroleh Syurga Mu.

Khamis, 3 Julai 2008

Anwar Tetap Bertaring


Semalam, beribu-ribu rakyat dianggarkan 10 000 orang membanjiri Stadium Melawati bagi terus dan terus menyokong Pakatan Rakyat dan Anwar khususnya. Kehadiran rakyat seramai itu bagaikan bom C4 yang boleh meledak pada bila-bila masa. Seluruh isi stadium padat dan sesak demi memberi sokongan padu kepada Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang telah memikul amanah.

Anwar diangkat menjadi ketua Pakatan Rakyat atas persetujuan PAS dan DAP. Beliau diberi penghormatan oleh semua pemimpin pembangkang termasuk Tuan Guru Nik Aziz dan Lim Kit Siang. Sekarang rakyat bersedia mengundi beliau jika beliau bertanding dalam pilihanraya pada mana-mana kerusi Parlimen.

Kehadiran masalah liwat kedua ini mungkin mengganggu sedikit kelancaran plan menakluki Putrajaya. Apabila Anwar disibukkan dengan urusan siasatan dan pendakwaan, kosentrasi beliau mungkin sedikit lari tetapi tetap terus berikrar menumbangkan BN dalam masa terdekat ini. Dalam masa yang sama juga 10 000 rakyat yang hadir semalam seolah tidak terracun pemikiran dan kosistensi dengan racun-racun BN kepada rakyat.

Kita harus bijak di saat ini. Keselamatan Anwar boleh mengancam keselamatan negara. Jika bom C4 ini meletup, maka semuanya akan berkecai dan ekonomi akan terjejas bahkan harga barang lebih teruja untuk melonjak tinggi. Tetapi kita tidak mahu kekecohan seumpama itu berlaku. Biarlah kejayaan menakluki Putrajaya itu setenang dan secantik Rasulullah membuka kota Mekah dari tabir kejahilan.

Tdak salah jika Washington hanya sekadar memberi pandangan kepada negara kita. Mereka bukan campur tangan tetapi memainkan peranan sebagai pemerhati luar. Salahkah? Pada pemerhatian mereka sewaktu ini, kerajaan BN Malaysia penuh dengan prasangka. Bandinglah demokrasi di Amerika dengan demokrasi di Malaysia, demokrasi anjuran BN lebih jauh tertinggal kebelakang.

Ada perkara yang kita boleh menolak dan ada menerima sebarang bawaan dari Amerika. Jangan pula BN cuba memburukkan Anwar seolah ada hubungan sulit dengan Amerika. Mereka perlu tahu, Anwar popularitinya di luar negara lebih tinggi daripada Abdullah, Najib, dan Hishamuddin. Kita sedang diperhatikan oleh negara luar tanpa kita sedari bahkan, musuh dalam selimut juga memerhati dan bertindak seperti gunting dalam lipatan kepada kita. Waspada.

Rabu, 2 Julai 2008

Apabila Saiful Hilang Teruna

Berwajah 'jambu'. Demikianlah apabila pertama kali melihat wajahnya di dalam gambar. Walaupun sejambu-jambu beliau, namun beliau tetap menjadi wakil suara pelajar dan dapat berhubung rapat dengan Pejabat Timbalan Perdana Menteri hatta bergambar dengan pegawai khas Najib.

Dalam laporan polis oleh Saiful, beliau mengaku diliwat oleh Anwar. Beliau seorang bekas pemimpin pelajar dari UNITEN dan akif akhirnya mengaku hilang teruna. 'Oh, aku tidak mahu begini'. Nampaknya, masa hadapan sudah hampir tiada seumpama seorang puteri yang hilang daranya sebelum berkahwin. Demikianlah Saiful itu.

Sepandai-pandai tupai memanjat pokok, akhirnya jatuh ke tanah jua. Mampukah Saiful membawa bukti dan barangkali DNA Anwar Ibrahim untuk dihadpkan di hadapan pegawai penyiasat kes ini. Jika dahulu, bahan bukti seperti tilam terpaksa disung keluar gara-gara terdesak ingin melihat Anwar meringkuk terpenjara.

Amat tidak logik jika Anwar kembali melakukan 'dosa' lalu. Bertahun-tahun meringkuk dalam penjara sudah tentu mengajar beliau akan hukuman atas dosa itu. Biarpun dosa itu adalah dosa yang dibuat kepadanya, Anwar tetap bertaubat dan kembali memuhasabah diri. Hari ini, dosa itu mahu kembali menyelebunginya.

Pada 1998 sebuah konspirasi yang besar telah dirancang dan dijalankan oleh seorang mastermind bernama Mahathir, 10 tahun selepas itu muncul seakan mastermind baru pada rancangan yang sama. Kini, 2008 nama Tan Sri Musa dan Gani Patail disebut-sebut oleh Anwar pada 'dosa'nya yang lalu.

Siasatan adalah sulit. Mahupun terhadap Musa dan Gani. Siasatan boleh dimanuplasikan mengikut kehendak. Tidak hairan jika siasatan ini wujud kelemahan kerana siasatan melibatkan orang penting dalam Polis dan Undang-undang negara. Hamid Albar mesti bertanggungjawab dalam memastikan kerjasama sepenuhnya diberikan oleh mereka tanpa ada campur tangan dari tangan-tangan ajaib.

*Entri lambat dikeluarkan kerana masalah teknikal pada komputer.

Isnin, 30 Jun 2008

3 Teori Kes Liwat

Kita berterima kasih kepada Kementerian Dalam Negeri di bawah pimpinan Hamid Albar kerana menjalankan tanggungjawab keselamatan yang mana beliau memberi jaminan keselamatan kepada Anwar. Sebagaimana yang kita tahu, wujud satu konspirasi jahat yang bermotif politik kepada beliau.

Keadaan keselamatan Anwar sebelum ini yang terancam menghendaki beliau untuk mendapat perlindungan dari 'rakan' nya. Nyata rakan beliau iaitu Duta Turki yang lebih memberi keyakinan keselamatan keatas beliau. Tuduhan yang bukan pertama kali ini kepada beliau memberi beliau lebih bijak dan kehadapan dalam menyelamatkan diri beliau. Jika tidak, hanya kerana tuduhan liwat, beliau ditangkap dalam ISA lalu diazab.

Sesetengah pihak membuat spekulasi kejadian ini kerana Anwar yang mahukan sedikit kontroversi untuk menarik perhatian rakyat kepadanya sebelum ada agenda baru yang hendak dikenalkan. Dalam erti kata lain, ini adalah konspirasi Anwar sendiri. Namun hujah ini tidak relevan dan bertentangan dengan Islam dan amanat besar yang dipikulnya sekarang, Perdana Menteri dalam penantian.

Hishamuddin dan Khairy pada kenyataan awalnya, tidak serius. Seolah membayangkan Anwar berpura-pura dan keselamatan Anwar hanya main-main. Najib pula menafikan beliau terlibat dalam konspirasi tuduhan liwat ini. Bagi seteru politik Anwar, ini adalah peluang terbaik untuk mereka mengambil kesempatan dan menggoyahkan keyakinan rakyat kepadanya. Jadi Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri akan datang. Adakah ini konspirasi BN yang mana sangat takut kehilangan kerusi dalanm parlimen.

Akhir sekali, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang sendiri membuat tuduhan palsu. Beliau tidak memihak pada mana parti samada pembangkang atau kerajaan, tetapi itu kehendaknya. Beliau mahu Anwar diserang peribadinya atas sebab yang komplikated. Saiful sendiri yang keliru identitinya bukan bermakna keliru jantina lelaki atau perempuan, tetapi pihak pembangkang atau pihak kerajaan. Pastinya bukan beliau seorang yang terlibat dalam perancangan ini. Saiful adalah akternya dan mastermindnya ada di minda Anwar. Kita akan bongkar.

Sekarang Anwar perlu lebih agresif. Ujar beliau empat Ahli Parlimen BN akan keluar parti. Apa lagi selepas ini? Pakatan Rakyat akan terus kukuh dan komited untuk tukar pemerintahan BN kepada kerajaan yang lebih telus dan adil. Abdullah dan Najib pula pastinya tidak akan berdiam diri dari menghalang kemaraan Pakatan Rakyat.

Mengalami Masalah Teknikal

Adalah dimaklumkan bahawa dari tarikh 27 sehingga 29 Jun yang lalu, komputer saya telah mengalami masalah teknikal. Sebarang kelewatan maklumat dan pengisian entri baru telah tergendala. Alhamdulillah, kini komputer beransur pulih.

Sepanjang tarikh itu juga kita telah maklum dengan pelbagai insiden politik tanah air yang berlaku. Antarany pergolakan MIC. Ketua pemuda MIC telah meletak jawatan kerana sudah tidak sebulu dengan pucuk pimpinan mereka. Hari ini senario orang bawahan mencabar orang atasan di dalam atmosfera politik BN semakin menjadi-jadi. Begitu juga dengan MCA, Presiden MCA nya sudah tidak berhasrat lagi bertanding pada pilihan raya peringkat parti tu akan datang. Apakah sebabnya, mungkin disebabkan kerana beliau sudah tawar hati dengan BN dan menyedari betapa parahnya barah dihadapi BN.

Berita yang paling hangat kini ialah Anwar Ibrahim sekali lagi difitnah dengan fitnah liwat. Ketika mana perancangan gerakan Pakatan Rakyat semakin hampir menakluki Putrajaya, tetapi beliau telah diserang dengan fitnah yang menjurus kepada peribadinya. Sudah pasti bagi beliau seorang yang berkepimpinan, acara jahat ini mempunyai satu motif yang paling bahaya. Motifnya pasti mengelirukan rakyat dan memberi tekanan kepada beliau. Sehingga semalam (Ahad), beliau diletakkan dikawasan yang rahsia atas sebab keselamatan. Ada pihak yang mengatakan dia di kedutaan Turki.

Ini adalah siri fitnah yang kedua baginya selepas siri konspirasi Mahathir. Sekarang konspirasi siapa? Tindakan fitnah melalui perbadi ini memberikan mesej seolah-olah senjata akhir buat musuh Anwar bagi menggagalkan perjuangannya. Dahulu, beliau telah disumbat ke dalam penjara dalam hal ini, marilah kita berdoa agar sekarang beliau selamat dan tidak kembali ke waktu gelap, Black 14.

InsyaAllah, saya akan terus membawa isu yang hangat dan panas di bawah nama sujudterakhir untuk kita terus peka dan berfikir terhadap segala peristiwa politik yang berlaku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan