Follow je lah..

Jumaat, 4 Julai 2008

Anak Tahanan ISA Mati, Ezam Peduli?

Ketibaan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Shahrial Sirin, untuk menatap jenazah anak sulungnya, Aina Mardiah, 17, yang di tempatkan di rumah jirannya, Mohd Nawawi di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor disambut dengan penuh hiba dan genangan air mata kaum keluarga dan hadirin baca lagi...
Cerita ini memang menyedihkan, apabila ayahnya pulang ke rumah, hanya dapat melihat sekujur jasad anak yang sudah tidak bernyawa. Cahaya mata pertama yang dikurniakan ALLAH kepada Shahrial Sirin telah pergi selamanya.


Beliau adalah tahanan ISA. Insan yang telah hebat menerima ujian angkara kezaliman penguasa. Betapa hibanya hati seorang bapa yang telah membela anaknya dengan baik, dipisahkan dalam sebuah sel ISA selama 7 tahun dari keluarga tercinta.

Hari ini, beliau terpaksa membayar ujian itu dengan menerima berita penuh redha ke atas pemergian anaknya itu. Anaknya bernama Aina Mardiah berumur 17 tahun telah meninggal dunia. Sesungguhnya namanya yang seindah nama bidadari di syurga bakal menjadi teman setia buat ayahandanya di Syurga kelak. Insya ALLAH.

Kepada Sharil, inilah perjuanganmu. Apabila kita benar-benar berikrar menyintai ALLAH dan Rasulnya, maka ALLAH akan pasti menguji keutuhan atau thabit ikrar kita itu. Harapnya beliau berjaya dalam ujian ini. Air mata siapa yang tidak menitik hatta Rasulullah sendiri apabila melihat putranya pergi buat selama-lamanya.Segala kenangan manis arwah bersama Sharil sejak dilahirkan sehingga berusia 10 tahun (darjah empat) akan menjadi hiburan hiba buat beliau tatkala sunyi berada di dalam ISA yang zalim itu.

Barangkali Ezam ahli UMNO yang baru itu tidak lupa akan betapa deritanya badan dan hati ini. Beliau juga bekas Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mesti peka dengan hal ini. Selaku ahli UMNO yang 'suci' beliau perlu membisik ke telinga golongan keparat UMNO diatasnya. Ini juga adalah perjuangannya jua dan beliau tidak harus mencuci kaki setelah kembali ke UMNO.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan