Follow je lah..


Sabtu, 16 Februari 2008

Tiada Integriti Lagi

(calon hantu untuk pengundi hantu)

Tan Sri Abdul Rashid (Pak Rashid) adalah pengerusi SPR yang telah dilanjutkan perkhidmatannya kerana berjasa kepada BN. Sebaliknya, bagi BA beliau dilihat sebagai 'kuda' untuk pemimpin BN menjalankan banyak strategi BN bagi tujuan bermain kotor dalam politik. Sesiapapun yang memimpin SPR, sekiranya tidak amanah pasti merosakkan negara dan bangsa. Rakyat telah mengetahui kelemahan SPR.

Dari Pilihanraya Umum sehinggalah ke Pilihanraya Kecil, peranan SPR sangat penting dalam menjadi penggerak kepada sebuah demokrasi. Malang apabila SPR lemah dalam menjalankan tanggungjawab seperti menangani pengundi hantu biarpun telah berulang kali kelemahan ini disuarakan oleh pelbagai pihak. Pengundi hantu ini adalah seperti pengundi yang namanya telah mati ataupun pengundi yang berumur 100 tahun tetapi layak mengundi. Selain itu ada juga pengundi hantu yang dari luar kawasan mengundinya datang untuk mengundi di tempat yang tidak sepatutnya seperti dalam PRU-11 di Terengganu.

Berikutan perkara ini setiap kali apabila ditanya oleh wartawan kepada Pak Rashid berkaitan pengundi hantu atau tarikh PRU-12 yang lebih awal dari waktu sepatutnya, Pak Rashid seolah-olah mengelak dari menjawabnya. Aduhai Pak Rashid, lihat pada PRU-11, terdapat banyak kesalahan dilakukan oleh SPR. Seperti nama pengundi yang telah dipadam, anggota SPR yang tidak jujur, dan pelbagai lagi. Masalah ini tidak diendahkan oleh kerajaan. Seolah-olah kerajaan tidak mahu campur tangan dengan hal urusan SPR apabila berhadapan rakyat tetapi apabila di belakang rakyat,mereka telah berpakat. Jelas SPR dan BN berkomplot atas nama kerajaan. Sepatutnya, SPR hendaklah berkecuali dan tidak berkompromi dengan mana-mana parti dan hanya menjalankan tugas dengan efisyen.

Sedikit sebanyak pembaikan dilihat seperti penggunaan dakwat dan peti lutsinar. Sungguhpun demikian, masalah utama iaitu integriti SPR tetap dipertikai setelah SPR gagal bertindak secara bersih dan jujur. Bersamalah kita meliihat pada PRU-12 ini akan kredebiliti SPR yang sememangnya tercalar dalam menunaikan amanah rakyat atas nama demokrasi. Tidak sesekali SPR berjaya melawan kemaraan rakyat. Rakyat telah bersatu hati melawan BN dan SPR yang korup.

(sila lihat gambat hantu terbaru di bawah)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan