Follow je lah..


Jumaat, 15 Februari 2008

Bilik Operasi Di Buka

Semua cawangan kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. Bilik operasi atau markas kecil parti dibina dan dibuka 24 jam. Bertujuan memberi khidmat kepada pengundi, merancang, bermesyuarat dan menyalurkan info. Penamaan calon pada 24 Februari 2008(sekirannya rakyat tak ditipu lagi) bakal merancakkan lagi suasana pilihanraya di setiap kawasan. Di bilik operasi inilah sekali lagi sebagai tempat menyusun atur strategi berkempen, menyimpan poster dan bedera, dan tidak kurang juga sebagai simbolik teritori setiap parti yang bertanding.

Pilihanraya dijangka sengit bagaikan pertemuan kucing dan anjing. Parti calon BN akan bertanding satu sama satu dengan calon BA dikebanyakan kawasan pilihanraya. Berlandaskan konsep kebarangkalian, setiap calon berkebarangkalian satu perdua untuk dipilih oleh pengundi dalam pilihanraya ini. Kebarangkalian ini besar disamping memberi erti bahawa setiap pengundi hanya perlu memilih satu sahaja daripada dua pilihan . Sekiranya terdapat calon dari bebas, maka kebarangkalian akan berkurang lagi namun calon bebas tidak mampu mencabar parti-parti utama. Dengan langkah satu lawan satu yang diambil oleh BA diharap adalah langkah bijak.

BN berbelanja besar dalam usaha kempen mereka pada setiap penggal PRU. Ini dikhuatiri perbelanjaan akan menjerumus kepada pembaziran dan disonglap. RTM hari ini bertukar menjadi RTBN. Begitu jugalah TV3 yang sentiasa lebih selesa menyokong kerajaan BN daripada bersikap adil dalam membuat liputan. Rakyat digesa usah dibodohkan oleh BN dengan diberi wang supaya mengundi dan menjadi taikun-taikun BN.

Dalam penamaan calon, ada muka baru yang diketengahkan dan ada juga muka lama yang dikekalkan. Strategi meletakkan KJ di Rembau, Negeri Sembilan dilihat sebagai langkah bacul. KJ antara 'pendekar' UMNO agak lawak apabila berpencak silat di kubu sendiri sedangkan musuh ada di luar. Ayuh keluar dari kubu, bertarung di medan pertarungan. Negeri Sembilan yang sifatkan sebagai kubu BN adalah tidak layak buat KJ bertanding di sana. Secara beraninya, KJ wajar diletakkan dikawasan yang 'panas' seperti lembah Klang atau di kubu kuat BA memandang KJ kununnya berpengaruh dan berani.

Presiden UMNO bakal menerima impak. Tsunami rakyat akan menghempap mereka. Dan kita juga kecewa, dengan Pak Lah yang menipu tarikh pembubaran parlimen. Kami tak mahu penipu dan biarpun menipu dalam bergurau atau berseloroh. Demokrasi dan pemerintahan negara bukan boleh dibuat bergurau mahupun berseloroh. Kerusi parlimen yang dipegang oleh BN akan diselamatkan. 4o kerusi menjadi kerusi sasaran.

Kibarkan bendera dan sampaikan kebenaran. Apabila datang kebenaran, maka musnahlah kebatilan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan