Follow je lah..

Jumaat, 10 April 2009

Rempah Ratus Di Dalam Kabinet

Najib sebagai kepalanya. Kepala dalam pentadbiran dasar negara yang terdiri daripada menteri dan para timbalan yang lain. Sebagai kepala, seluruh anggota akan hanya mengikuti kepala, kerana kepala adalah anggota utama dalam sebuah jasad.

Pemilihan Najib dalam membentuk kabinetnya adalah seumpama sebuah percaturan. Hanya menyusun orang-orang tertentu untuk diletakkan ke dalam suatu pos tertentu. Samada terbukti mereka berjaya atau tidak, sebab itulah Najib membina paradigma baru dan mementingkan prestasi. Jika beliau memantau prestasi menterinya secara peribadi dan langsung, rakyat sudah lama menghitung prestasi peribadi dan langsung Perdana Menteri itu.

Prestasi pertama sudah jatuh dengan kalahnya BN dalam pilihanraya kecil. Signal ini cukup jelas kepada Najib, dan beliau juga tidak menjawab kelemahan yang dikaitkan dalam pentadbirannya. Prestasi peribadi pula berkaitan pembunuhan Altantuya dimana pada hari yang sama beliau mengumumkan senarai kabinet, kedua polis yang dikambinghitamkan menerima hukuman mati. Adapun usaha pembangkang untuk bertanya dan mengetahui hal itu dalam persidangan Parlimen, mereka telah dikenakan tindakan!

Mengapa harus Mahathir sekali lagi mencampuri atau sibuk-sibuk nak komen urusan negara dan kerajaan? Bukankah lelaki tua itu telah mencampuri urusan Abdullah dahulu. Proses pemilihan kuasa ini menjadi suatu perhatian Mahathir dan semua komen dan kritikannya disegarkan oleh media. Bahkan, Abdullah juga adalah bekas Perdana Menteri, tetapi Abdullah diketepikan dalam liputan media setelah meletak jawatan. Perlantikan Mukhriz menjadi Timbalan Menteri mengukuhkan lagi hujah ini.

Kementerian yang kritikal seperti KDN, Pertahanan, dan Kewangan dikawal ketat oleh Najib. Kawalannya ialah agar kepentingannya dan negara dijaga supaya beliau boleh menjadi PM yang berkuasa penuh. Menteri KDN atau ISA iaitu Hishamuddin suatu yang rakyat dapat tidak masuk akal. Isu PPSMI yang masih belum selesai oleh Hishamuddin adalah tamparan buat KDN menghadapi cara kerjanya itu. Zahid Hamidi akan memakai pakaian celoreng dan memegang senapang. Zahid naik pangkat, menjawat jawatan yang popular dan ada askar yang setia.

Tema 'Rakyat didahulukan' menjadi tanda tanya. Ada menteri yang telah kalah dalam pilihanraya bagaimana boleh diangkat menjadi menteri lagi. Nampaknya pilihan Najib diutamakan dan kemudian barulah rakyat. Jika orang yang telah ditolak oleh rakyat menjadi menteri kepada rakyat juga, kenalah menteri itu tebalkan muka.

BN jangan sesekali menggunakan perkataan 'Rakyat' kepada kabinet dan dalam apa jua usahanya. Rakyat telah berpakat menjadi Pakatan Rakyat. Jika BN benar-benar merakyatkan partinya, mana mungkin kalah dalam PRK yang lalu. Rakyat mahukan 'good governence' yang beriman, berakhlak, dan berkebolehan serta berfikiran tinggi.

Selasa, 7 April 2009

BN Hanya Ada Batang


"Suntikan semangat!" itulah ibaratnya kemenangan yang diperoleh rakyat untuk terus bersatu menzahirkan penolakan 100% kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil 7 April 2009 kali ini. Bagi Barisan, kemenangan Pakatan Rakyat adalah satu jarum racun yang terus disuntik lama kelamaan akan mati lesu kekakuan. Inilah suara rakyat tanda demokrasi.

Kemenangan di Perak dengan ternobatnya Nizar sebagai panglima Bukit Gantang menjelaskan segalanya berikutan kemelut MB Perak. Sah, rakyatPerak masih menerima dan mahukan Nizar sebagai pemimpin mereka dari sekecil-kecil kampung hinggalah sebesar-besar negeri. MB Haram, Zambry ditolak rakyat. Kehadiran Mahathir yang 'kunun'nya mahu membantu berkempen akhirnya adalah satu kecacatan seumur hidup buat BN.

Ujar Mahathir, Nizar itu penderhaka kerana mohon derhaka. Tetapi hari ini, seluruh rakyat Bukit Gantang seolah mahu turut sama 'mohon derhaka' kepada Sultan Perak. Harapnya dengan kemenangan ini dapat membuka mata institusi istana dan rakyat Malaysia amnya bertapa besarnya pengkhianatan BN dalam negara ini.

Setelah menang di kedua-dua bukit, Najib, Muhyiddin, Hishamuddin, dan Mhatahir, Abdullah apatah lagi senyap rapat tertutup mulut mereka. Bagi duit kita belanja, bagi basikal kita kayuh, bagi jalan kita lalu, tetapi ingat!, bagi undi kita pangkah Pakatan Rakyat sahaja. Jelas sebelum ini, selera Najib untuk memenangkan BN di kedua-dua tempat penting ini seperti tiada dan cecah kaki ke Bukit Gantang jua tiada upaya.

Serangan berbentuk peribadi BN kepada Nizar yang kononnya agen DAP dan S.Manikumar sebagai orang yang tiada pengalaman berbanding lawannya sudah tidak boleh diterima pakai. Ketandusan bahan untuk berkempen dan sikap hipokritasi mereka menyumbang kepada kekalahan teruk kali ini biarpun setelah setahun PRU berlalu. Hendak mana ku taruhkan muka yang tak tahu malu ini.

UMNO/BN untuk orang Iban. Mereka tidak layak lagi untuk mentadbir negara dan sudah hilang keyakinan sekalipun bergegar PWTC ketika mereka lantang berjerit pekik pendekar yang berkeris itu. Buang UMNO dan BN jauh-jauh dan jangan diwarisi oleh generasi seterusnya. Hanya penyokong BN yang buta mata hati akan mati dengan aspirasi mereka sendiri.


Menang Bergendang!

Segala Puji Hanya Bagi Allah. Kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat:


P.059 Parlimen Bukit Gantang

Menang: PAS Datuk Sri Ir Nizar Jamaludin 21 860 undi
Kalah: BN, Ntah sapa...tak kenal (tak penting pun nama dia) 19 071 undi
Majoriti: 2 789 undi

DUN Bukit Selambau

Menang: PKR S.Manikumar 12 632 undi
Kalah: BN jugak, nama ntah sapa (tak pernah dan tak berminat untuk nak kenal dia) 10 229 undi

DUN Batang Ai
BN yang be'roh'kan UMNO ini hanya mendapat sokongan majoriti daripada orang Iban. Batang Ai adalah sebuah kawasan yang terceruk pedalaman. Tempat paling layak untuk BN kerana orang BN ini adalah orang ulu.

Isnin, 6 April 2009

92% Pakatan Mungkin Menang

Berdasarkan undian yang dijalankan pada blog ini, pengunjung telah memberi kerjasama yang baik. Undian yang berkaitan siapakah yang akan menang dalam pilihanraya esok, telah dijawab oleh pengunjung blog ini.

Carta undian boleh dilihat pasa kolum sebelah kanan blog ini. Sebanyak 92% telah menyatakan kemungkinan besar bahawa kemenangan pilihanraya ini akan berpihak kepada PAS dan PKR. Hal ini mungkin disokong jika kita melalui ke semua tempat pilihanraya tersebut.

Pun begitu, sering diingatkan kita jangan sesekali bersikap terlalu yakin. Sikap ini sering diamalkan oleh BN yang mana kadangkala keputusan adalah sebaliknya. Bersikap tenang dan komited adalah antara kunci kejayaan dalam mengambil hati para pengundi.

Kebiasaanya, pada kurang 24 jam ini tiada perubahan besar yang boleh dilakukan untuk memesongkan hati rakyat yang telah setia pada satu-satu parti. Hanya yang bakal terjadi adalah tindakan negatif sahaja yanng boleh merosakkan mood dan hari pilihanraya itu sendiri.

Bagi kita, gunakan masa dengan sebaiknya dan lakukan solat hajat agar Tuhan memberi petunjuk kepada semua orang siapakah sebenarnya pejuang rakyat yang tulen. Hanya itu adalah jalan terbaik pada ketika ini setelah semua perancangan dijayakan dengan rapi.

Undilah PAS di Bukit Gantang, PKR di Bukit Selambau dan Batang Ai. Kalah Menang Ketentuan Illahi.

Salam Mengundi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan