Follow je lah..


Khamis, 19 Februari 2009

Khir Toyo K.O.

Mentang-mentanglah dahulu dia bekas MB Selangor dan sekarang jadi pembangkang paling 'hot' di negeri Selangor. Bicaranya sudah mampu menggegar lutut kerana hujah-hujanya itu sentiasa bernas! Beliau yang merupakan anak Jawa harapan itu terus tegar memberi bangkangan kepada Pakatan Rakyat (PR) di negeri Selangor.

Beliau lebih minat menjadi ahli politik daripada menjadi doktor gigi. Itulah dia Khir anak Pak Cik Toyo yang sejak dari awal PR menang sehingga ke saat ini orang yang tidak senang duduk. Maklumlah dahulu duduk di kerusi empuk MB tetapi semenjak hilang kerusi itu, beliau tidak senang duduk di mana sahaja.

Dari kes babi Selangor sehinggalah yang terbaru kes dalam kain Elizaberth, beliau cukup peka. Kepekaannya itu termasuklah kepada lembu-lembu yang terdapat di Selangor. Pantang ada peluang, Khir Toyo pasti tentang, adat pembangkang. Kita pasti beliau masih berangan-angan untuk merampas kemabli kerusi MB Selangor seperti mana kawannya di Perak itu.

Sepandai-pandai doktor gigi ini pun, hujahnya bisa dibalas dengan tepat. Saman sahaja orang yang sepertinya seperti mana MB Selangor, Khalid yang telah lakukan. Puncanya Khir Toyo ini suka cakap berdegar-degar dan apabila ditanya semula, dia tidak mampu menjawab semula.

Terbaru, apabila beliau dihala dengan pertanyaan bagaimana kes Senator Datin Paduka Norhayati Onn (orang kuat wanita UMNO Selangor) yang didapati mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain tatkala beliau masih MB Selangor, beliau tidakpun menyuruh Norhayati letak jawatan seperti yang beliau desak kepada Elizaberth. Jawapan beliau cukup menggelikan perut apabila ditanya mengapa tidak dikenakan tindakan, iaitu "(Isu) itu masalah rumahtangga. Kita tak ada hak untuk campur tangan rumahtangga orang." (hahaha..)

Apa kejadahnya Khir Toyo ini? Sebelum ini beliau telah berdemo membantah tindakan Karpal Singh yang kononnya menghina Sultan lalu ditahan polis (secara acah-acah je). Khir Toyo tidak patut lupa akan kekorupan yang berlaku dalam perjalanan pemerintahannya. Segala duit rakyat, tempat ibadat seperti surau, dan hak orang tertentu dirakus dan disekat. Dosa pada rakyat Selangor masih belum terampun!

Sedikit masa lagi Khir Toyo akan K.O., jika anda ingin tahu apa itu K.O., K.O. itu ialah istilah kepada kekalahan dalam sebuah pertarungan, kadang-kadang ditafsirkan sebagai mati. K.O. dalam konteks ini lebih mudah menerangkan bahawa kuat mana dan lantang mana Khir Toyo sebagai pembangkang paling hot, semua perbuatannya tersebut akan memakan dirinya sendiri, lantas ia K.O. .

Selasa, 17 Februari 2009

Elizabert, Mari Bersama Islam...

"Malu" itulah rasa yang paling tepat buat Elizabert Wong ketika ini. Lebih-lebih lagi beliau seorang Adun Bukit Lanjan, wakil rakyat PKR. Sekali beliau leka dan tersilap, maka pengajaran dan ujian yang hebat menghimpit beliau sekarang.

Gambar yang memalukan itu telah digembar-gemburkan. Ada yang telah melihat dan ada yang tidak. Lantaran itu komen dan kutukan bersilih ganti terhadapnya. Istilah 'bogel' menjadi kata-kata paling hangat mengaitkan beliau dan harga dirinya.

Perkataan itu benar-benar menghantuinya di mana sahaja beliau pergi. Imaginasi negatif mudah sahaja tercetus di minda apabila batang tubuhnya terlihat. Kemana hendak disorokkan lagi diri daripada mata-mata yang jahat, andai sebenarnya beliau tidak dimaskudkan 'bogel' sebegitu.

Penganiyaan adalah kezaliman. Orang yang dizalimi doanya maqbul sekalipun dia itu bukan dari kalangan muslim. Jelas Elizabert katanya beliau dianiya dan dicabul! Keadilan semestinya hendaklah berbalik kepada beliau andai beliau benar mengatakan sedemikian.

Pakatan Rakyat berhadapan dengan serangan segenap penjuru. Pantang sahaja ada peluang, musuh akan menyerang. Kes sepertinya mesti mendapat pembelaan dan tindakan me'rehat'kan beliau dari bertugas dianggap bertepatan agar situasi aib dan tegang dapat ditenangkan.

Sebahagian besar tertarik dengan cerita ini dan ada sebahagian kecil yang gembira. Gembira dapat menjatuhkan air muka seseorang dan menjaja maruah kaum Hawa. Geng-geng yang bertanggungjawab ini tidak akan lepas dari kesalahan mereka selamanya.

Untuk memadam semua gambar yang tersebar adalah mustahil dilakukan. Tetapi haruslah diingatkan gambar itu bukanlah sesuatu hidangan yang melazatkan tetapi adalah satu kekejian. Elizabert tidak boleh mengundur masa membaiki keadaan, tetapi beliau masih ada ruang untuk membaki dirinya dan masa depan. Bagaimana?

Disinilah datangnya Islam membawa penyelesaian. Islamlah kamu, maka sejahteralah kamu. Islam untuk Elizabert bakal membersihkan namanya kerana ia akan menyucikan kamu semula seperti kain yang putih. Cukuplah ALLAH bagimu untuk memelihara diri dan maruahmu andai Islam bertakhta di hatimu. Semoga ujian yang berat untuknya ini akan membuka hidayah.

Gambar Baik Punya!


Jangan lupa untuk membuat e-vote pilihanraya kecil di sebelah kanan blog ini. Terima Kasih

Ahad, 15 Februari 2009

Menghadapi Najib Sebagai PM

"Beta ingin menegaskan bahawa kerajaan Beta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum dan keamanan negara dikekalkan,"

-Yang Di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin



Abdullah kian perlahan-lahan mengurangkan popularitinya dan banyak menyerahkan aktiviti mengempen kepada Najib sejak kebelakangan ini. Ini semuanya kerana Abdullah sudah tidak lama lagi akan berhenti kerja. Abdullah dan Najib adalah dua insan yang terlalu berbeza dari segi perilaku dan pemikiran mereka.

Masa Abdullah diangkat menjadi Perdana Menteri menggantikan Mahathir, beliau dilihat sebagai kononnya harapan baru buat Malaysia. Tetapi tidak, masih banyak masalah melanda rakyat dan negara. Inilah prestasi Abdullah sepanjang beliau bergelar PM.

Bulan hadapan Najib berkuasa. Sekarang ini pun sudah nampak bayang-bayang ciri pemerintahan Najib. Ciri-cirinya tampak agresif seperti apa yang berlaku di Perak. Isu-isu peribadi pada dirinya menyebabkan beliau tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Semuanya seolah bakal PM ini menjadi PM yang ber 'noda' yang lalu.

Atas sebab itu jugalah dilihat bagaimana hari demi hari SPR dijinakkan . Tidak hairan juga jika SPR lebih mengutamakan Mesyuarat Agong UMNO dari rakyat yang kehilangan pemimpin di tempat mereka. Apabila Najib telah sahaja di angkat menjadi PM, beliau lebih berkuasa dan pertempuran dengan Pakatan Rakyat lagi terasa.

Sediakah kita untuk menerima kehadiran beliau. Sedia atau tidak, Najib sudah lama bersedia. Agenda dan plannya sudah siap untuk menggempur kubu Pakatan Rakyat. Satu-satu negeri Pakatan Rakyat akan meledak setelah Perak. Mari kita bersedia, bersedia menghadapi ketua tentera baru itu dengan apa jua. Lawan kita lawan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan