Follow je lah..

Sabtu, 4 Julai 2009

Kau Carila 'Nabi' ni, bukannya Ikan Naga tu

Kedua-duanya iaitu 'Nabi' dan ikan naga berharga RM10 000.00. Nabi mana pulak ni? Bukankah Nabi Muhammad itu ialah Nabi yang terakhir dan juga Nabi akhir zaman.

Nabi yang dimaksudkan ialah yang bernama Abdul Kahar bin Ahmad Jalal. Orang melayu atau jawa kita kurang pasti. Tak tahulah mungkin hindu boleh jadi jugak. Dia sedang diburu oleh JAIS kerana membawa ajaran sesat lagi menyesatkan. Dia kata dia adalah Rasul bagi orang melayu dan fardhu haji itu adalah sengaja diada-adakan untuk menguntungkan kerajaan Saudi. Ini adalah sesat, menghina Nabi Muhammad SAW, dan dikategorikan sebagai murtad. Sila lihat poster dibawah:
Tetapi masalah orang kita lagi gemar nak mencari ikan naga di Tasik Kenyir. Kerajaan BN Terengganu pun tawar RM10 000.00 untuk sesiapa yang dapat tangkap ikan itu. Membazir tak habis-habis. Tak tahu ke ramai lagi rakyat yang mengharap duit dari kerajaan. Ikan Naga ni bukan buat salah atau dosa pun. Nak banding dengan Abdul Kahar itu lagilah besar dosanya dan jika sabit murtad, wajib dihukum bunuh mengikut hukum hudud.

Masalah aqidah kian hari kian meruncing. Senstitif sudah tiada lagi bila dengar ada orang yang mengaku menjadi Rasul. Kalau zaman sahabat Rasulullah dahulu, ketika lepas wafatnya Nabi, ada yang mengaku dia nabi yang baru, mereka sudah diperangi oleh kerajaan Islam ketika itu.

Khamis, 2 Julai 2009

Apa Kesudahan Perak

Cerita Perak telah ditutup selepas isu kerajaan perpaduan. Tanpa kita sedari sebenarnya, isu Perak masih belum selesai, dan Pakatan akan terus berjuang habis-habisan tanpa membenarkan seinci pun kuasa rakyat diambil mereka.

Bagaimana cara BN merampas kuasa begitu jualah padah menimpanya. Episod rampasan kuasa yang penuh dengan cara kekerasan dan aib, akhirnya sekali lagi aib akan tertimpa kepada mereka. Pembubaran DUN nanti akan melihatkan siapa sebenar kerajaan di hati rakyat.

Apa ayat yang digunakan BN untuk menutup aib ini tidak akan berjaya. Ayat kebiasaan iaitu "Menghormati keputusan mahkamah" itu adalah ayat terakhir diungkapkan apabila seseorang itu kalah dalam perbicaraan. Tetapi selepas itu, reputasi mereka akan merudum.

Pastinya Pakatan di Perak sudah bersedia andai tiba-tiba DUN dibubar. Apabila ini berlaku, BN agak sukar mengembalikan kepercayaan rakyat kepada mereka setelah apa yang mereka lakukan. Pendekatan memohon restu rakyat dan sebagainya dipercayai tidak berguna lagi.

Akuilah selepas itu yang BN dibawah Najib telah membuat kesilapan besar. Seumpama sebuah bom atom yang akan meledak senario politik negara dan mengucar-kacirkan strategi BN itu sendiri. Jentera akan lumpuh dan apa yang tinggal ialah cakap-cakap berapi dari pemimpin BN sahaja, kerja dan hasilnya....tiada.

Ahad, 28 Jun 2009

Ayah Pin Bergambar Dengan Penyokong BN


Ayah Pin ni dah tangkap ke? Ataupun masih bebas mengamalkan kepercayaan yang sesat lagi menyesatkan. Tak tau apa cerita lelaki tua ini. Barangkali tak mengancam keselamatan negara gamaknya.

Ayah Pin ini ajaran sesat. Hidup tak pakai al-Quran dan Hadis. Ada pengikut yang tegar. Hati sudah tertutup dari sinar Islam. 'Kerajaan Langit' yang dipopularkan oleh puak ini sangat merbahaya. Siap cium kaki Ayah Pin. Syaitan, syaitan, syaitan...

Kita tak nafikan UMNO lebih baik sedikit dari Ayah Pin. Sebab UMNO ini adalah kerjanya kepada masyarakat. Dari segi pegangan kepada Islam, ini yang musykil kenapa TG Nik Aziz berkata UMNO dan Ayah Pin itu sama.

Hidup kalau tidak ikut al-Quran dan Hadis, adalah kehidupan yang tersasar dari landasannya. Dalam erti kata lain, ia sesat. UMNO tak pakai sangat al-Quran dan Hadis. Pakai hanya perintah pihak atasan. Hanya digunakan untuk majlis-majlis sahaja, sebaliknya dari segi yang lain seperti amar makruf nahi mungkar, gagal!

Ini sangat bahaya kepada masyarakat. Pemimpin yang tidak baik, tidak akan dapat memimpin rakyat dengan baik. Seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan. Berapa ramai anak muda yang telah jauhnya dia dari kehambaan kepada ALLAH disebabkan UMNO. Fikirlah sendiri kemungkaran yang diadakan oleh UMNO.

Oleh itu siapa yang nak minta bertaubat, UMNO ke PAS? Muhyiddin ke TG Nik Aziz?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan