Follow je lah..

Khamis, 2 Julai 2009

Apa Kesudahan Perak

Cerita Perak telah ditutup selepas isu kerajaan perpaduan. Tanpa kita sedari sebenarnya, isu Perak masih belum selesai, dan Pakatan akan terus berjuang habis-habisan tanpa membenarkan seinci pun kuasa rakyat diambil mereka.

Bagaimana cara BN merampas kuasa begitu jualah padah menimpanya. Episod rampasan kuasa yang penuh dengan cara kekerasan dan aib, akhirnya sekali lagi aib akan tertimpa kepada mereka. Pembubaran DUN nanti akan melihatkan siapa sebenar kerajaan di hati rakyat.

Apa ayat yang digunakan BN untuk menutup aib ini tidak akan berjaya. Ayat kebiasaan iaitu "Menghormati keputusan mahkamah" itu adalah ayat terakhir diungkapkan apabila seseorang itu kalah dalam perbicaraan. Tetapi selepas itu, reputasi mereka akan merudum.

Pastinya Pakatan di Perak sudah bersedia andai tiba-tiba DUN dibubar. Apabila ini berlaku, BN agak sukar mengembalikan kepercayaan rakyat kepada mereka setelah apa yang mereka lakukan. Pendekatan memohon restu rakyat dan sebagainya dipercayai tidak berguna lagi.

Akuilah selepas itu yang BN dibawah Najib telah membuat kesilapan besar. Seumpama sebuah bom atom yang akan meledak senario politik negara dan mengucar-kacirkan strategi BN itu sendiri. Jentera akan lumpuh dan apa yang tinggal ialah cakap-cakap berapi dari pemimpin BN sahaja, kerja dan hasilnya....tiada.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan