Follow je lah..


Isnin, 11 Mei 2009

Takbir! Nizar Kemenangan Rakyat

Daulat Tuanku!!

Baru sahaja diumumkan bahawa YAB Nizar, telah diputuskan sebagai MB Perak yang sah. Sah bererti Nizar masih lagi MB seperti dahulu dan memang BN mahu menggulingkan beliau secara haram. Dengan keputusan ini, Insya ALLAH, Perak akan kembali aman dan damai kerana itulah janji Tuhan, bahawa kebenaran pasti terlaksana akhirnya.

Seperti dalam entri yang lalu, titah Sultan Perak supaya bersabar, kerana ALLAH bersama dengan orang yang bersabar, benar-benar memberi makna yang mendalam. Tambahan pula, Raja Muda Dr. Nazrin yang mahu kerajaan baginda dibawah pentadbiran pemimpin yang baik dan adil iaitu Pakatan Rakyat. Sekali lagi, inilah kemenangan kedua kita dalam perjuangan rakyat di Perak.

MB Haram Zambry tidak hadir pada perbicaraan akhir tadi. MB Haram mesti bertaubat dan kembali kepada pangkal jalan. Berapa banyak malapetaka yang beliau telah saksikan semenjak bergelar MB Haram. Segalanya mesti disamak! Rakyat sentiasa ingat, bagaimana Nizar dihalau, Siva diseret, rakyat dan polis ditekan oleh beliau dalam merencanakan kejahatan itu.

Kini, Perak sudah menjadi 'emas' bagi Pakatan Rakyat. Dari blog Adun Titi Serong , Tuan Guru Nik Aziz berkata:
" Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembhyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"
Maaflah lawan dan kawan yang bertalam dua muka. Itulah kemulian kemenangan Islam setelah diasak dan ditekan dari semua sudut, mereka akan dimaafkan moga-moga terbuka hidayahnya. Cuma sesiapa yang bersalah mestilah dibawa ke muka pengadilan bagi menerima hukuman sewajarnya. Segalanya ini adalah pemberian dari ALLAH.

Hadza Min Fadhli Rabbi... Takbir: ALLAHU AKBAR!!!


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan