Follow je lah..

Rabu, 13 Mei 2009

Berhujah Nafsu?

BN lebih kepada nafsu sebenarnya untuk mendapat kuasa MB di Perak. Kalau berani, bubar DUN lah. Jangan nak main belakang dan main cara haram. Kata orang melayu, ikut nafsu lesu. Tetapi BN agak lain, tidak pernah lesu dalam mengikut nafsu. Barangkali menggunakan Tongkat Ali.

Proses perundangan biasanya kompleks. Sesiapa yang bijak mengatur dan bercatur, ada harapan besar untuk menang. Jika mahkamah suci dari tangan-tangan 'ajaib', bagaimana sekalipun perjalanan perbicaraan, masuk mahkamah mana pun di dunia ini, kebenaran dan keadilan akan tertegak juga.

Agak memualkan juga apabila rakyat terus dihidang politik sebegini lama di Perak. Dua MB untuk satu kuasa, satu pejabat, satu jemaah exco adalah tidak mungkin. Maka masing-masing akan seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Zambry ada sokongan Perdana Menteri kerana mereka UMNO. Malah permulaan malang di Perak ini ialah dari Perdana Menteri. Jika hasrat Perdana Menteri ini gagal, banyak kesan negatif akan melandanya. Pembubaran DUN akan menyebabkan pilihanraya peringkat negeri yang gamat.

Pakatan Rakyat sudah berakar di Perak sebenarnya. Mereka pun ada modal besar untuk menidakkan BN tidak mentadbir Perak semasa pilihanraya nanti. Kekalahan lebih teruk menjadi jaminan BN. Lantaran itulah mereka (BN) menerima aib dan termasuklah Perdana Menteri.

Kesudahannya dalam mana-mana pertandingan ataupun perlawanan akan ada satu pihak yang menang dan kalah. Dalam politik tidak sihat, yang kalah akan disingkir jauh. Sejuta harapan dari sejuta rakyat ada di sisi Pakatan Rakyat. Munajat dan doa diteruskan mudah-mudahan kita berjaya menentang kezaliman.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan