Follow je lah..

Sabtu, 20 Jun 2009

Antara Dua Tok Guru Tiada Perbalahan


Kita sekali sekala biasa melihat perbezaan pendapat antara dua Tok Guru iaitu Nik Aziz dan Haji Hadi. Inilah yang menarik sebenarnya untuk kita lakukan sedikit analisis. Adakah perbezaan antara mereka sesuatu yang ketara sehingga meretakkan parti, tidaklah sehingga itu sebenarnya.

Perbezaan pendapat sebenarnya adalah bukti percambahan idea. Contoh terhangat dalam isu Kerajaan Perpaduan. Kita dikhabarkan bagaimana kedua-dua mereka kontra sama sekali dalam membincangkan kerajaan perpaduan. Tetapi, sebenarnya tidak.

Dalam Harakah tarikh 19-21 Jun 2009, telah dibincangkan secara panjang lebar. Dapatkan segera!. Diterangkan bahawa mengapa TG Nik Aziz bertegas untuk tidak menerima idea terbaru itu demi semangat syura dan pakatan yang telah kukuh dibina bersama para pembangkang lain. Buat masa ini, tidak sesuai sekali bagi mewujudkan kerajaan perpaduan hatta termasuklah definisi 'unity goverment' (UG) itu tidak tepat untuk mewujudkan kerajaan tersebut.

TG Haji Hadi mahukan kerajaan yang menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai teras pemerintahan. Inilah syarat utama yang sudah lama PAS hulurkan untuk UMNO menerimanya. Jika syarat ini tidak diterima, lupakan sahaja segala persahabatan atau cinta terlarang dua parti ini. Dua perkara pokok ini sentiasa diselindungkan oleh media UMNO.

Namun TG Haji Hadi berniat agar suatu hari ideanya (UG) akan diterima. Tiada siapa yang menghalang untuk memperbaik sesebuah kerajaan dengan cara aman dan hikmah. Cuma rasanya, sekarang bukan lagi sesuai untuk PAS bersama UMNO. UMNO cukup suka jika PAS seolah yang terhegeh-hegeh hendakkan mereka. Itu tandanya, UMNO lebih diperlukan daripada PAS.

Khamis, 18 Jun 2009

Nasha Ditempeleng TGNA



"Pap!!!!!!!!!!!"



Satu 'tempeleng' yang kuat terlekat di pipi Nasha diberikan Tuan Guru Nik Aziz (TGNA). Ini bukan hal main-main bagi TGNA tentang apa yang Nasharudin (Nasha) usahakan mengenai apa yang disebut kerajaan perpaduan bersama UMNO.

Idea sebenar yang dibawa oleh Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) sudah pun ditarik balik sendiri oleh beliau. TGHH cepat-cepat menarik balik sebelum muktamar yang berlangsung sebelum ini lagi supaya beliau tidak terus mencetus masalah lebih besar dalam PAS dan Pakatan Rakyat.

Nasha, Timbalan Presiden PAS menerima tamparannya itu. Beliau juga adalah orang kanan dalam PAS diingatkan beberapa kali akan masalah kerjaaan perpaduan usahlah dipanjangkan setelah TGHH tidak lagi memberi kenyataan mengenainya. Puak UMNO memang suka sangat berpadu di saat mereka lemah. Ketika lemah, UMNO mulalah mahu berpaut pada lawan dengan sedangkan sifat kemunafiqan yang kita sedia tahu.

Tempeleng yang sebenar dimaksudkan ialah amaran keras dari TGNA. Ujar Tuan Guru, andai ingin terus menerus dengan idea kerajaan perpaduan yang bukannya dari idea parti serta Pakatan Rakyat, letkalah jawatan dalam PAS dan ahli parlimen Kelantan. Sedangkan, beliau baru sahaja ditaklif untuk memegan jawatan kedua terpenting dalam organisasi itu, yang mana Husam Musa telah tersingkir dalam persaingan jawatan tersebut. Ini adalah peringatan terbesar.

"Apa buat sampah, menyusahkan,"

Adakah Nasha akan keluar dari PAS? atau Nasha sedia menarik balik semua kenyataannya berkaitan hal ini dan meminta maaf secara terbuka kepada rakyat dan Pakatan Rakyat? Maka itu sahaja pilihan yang ada untuk beliau. Teguran dari TGNA adalah suatu yang perlu diberi perhatian kerana TGNA bukanlah sebarangan pemimpin.

Teguran ini adalah bola tanggung untuk BN smash tepat ke Nasha. UMNO berjaya ketika ini kerana dapat smash dan mendapat satu mata dari Nasha. Apa lagi media UMNO seperti akhbar dan elektronik akan ambil peluang ini cukup-cukup untuk memberi gambaran negatif dan kontrevesi yang saja-saja dibuat terhadap hubungan antara Nasha dan TGNA berhubung kerajaan perpaduan.

Rabu, 17 Jun 2009

Pendidikan Negara Yang Semakin Tidak Faham

Sebenarnya ada sahaja satu golongan ini, mereka tidak boleh duduk diam. Ada sahaja benda yang hendak di cuba jaya dalam pentas dunia pendidikan di negara kita ini. Paling-paling pun mereka ini apabila ditamatkan perkhidmatan atau senang kata sudah tiada lagi jawatan itu, baru nak senyap habis dari idea melalut-lalut itu.

Masalah sekarang ke mana hala tuju pendidikan negara? Maka tak perlu lah nak sibuk-sibuk di mana hala tuju PAS. Tak habis-habis hendak memberi tekanan hebat kepada PAS. Fokus pendidikan ni, ia penting.

Okay, berbalik kepada cerita kita.

Alhamdulillah ada anak Melayu, orang Kelantan lagi tu, yang mendapat memecah rekod pencapaian keputusan SPM 21 A. Malah sebelum ini, banyak rekod kecemerlangan SPM dipegang oleh anak-anak Melayu. Sayangnya, UMNO tidak menghargai orang melayu seperti ini dan sekarang hendak dihadkan maksimum kepada sepuluh subjek sahaja. Perkara ini seolah ingin membantutkan sebilangan pelajar yang cemerlang untuk terus mendalami ilmu-ilmu yang banyak seluas lautan. Saya pasti anak-anak yang cemerlang ini terkilan dengan kerajaan.

PPSMI masih tak tahu apa kesudahannya lagi. Benda yang mudah macam ini pun tak selesai-selesai dan sekarang sibuk dan hadkan bilangan subjek. Sedangkan, masa berlalu dan anak-anak semakin hampir ke hari peperiksaan mereka dan masa depan mereka. UMNO juga lah yang mewajibkan PPSMI walaupun mereka kata mereka pembela bangsa Melayu setelah dahulu bahsa jawi yang kini hanya menjadi bacaan sesuai di muzium-muzium sahaja.

Sekarang pula ada ura-ura mahu dilanjutkan tempoh KPLI. Pulak dah. Ramai para graduan mahu segera memperolehi kerja bagi dapat membayar hutang PTPTN (baca PTPTipu). Hendak menjadi seorang guru, terlalu banyak formulanya. Maka formula-formula ini lah yang dahulu mereka lakukan, hari ini ada juga sebilangan kecil cikgu sanggup melakukan perbuatan tak senonoh. Ada kes tuisyen raba-raba seperti diberitakan dalam Harian Metro dan ada juga yang guru lemah jiwanya tergamak memaksa seks oral. Apa masalah sebenarnya apabila benda yang seaib ini berlaku, adakah disebabkan guru atau pendidikan negara yang sekular?

Pening, mengusutkan sekarang hala tuju pendidikan negara. Mangsanya ialah anak-anak atau pun adik-adik kita. Orang yang menetapkan dasar ini terus senang lenang makan kenyang-kenyang tanpa ada masalah langsung dari menerima kesan kemerosotan pendidikan negara. Cukup bulan, mereka dapat gaji, semua ok.

Selasa, 16 Jun 2009

Berita Esok: Tak Faham

Masalah sekarang ke mana hala tuju pendidikan negara?

Nantikan berita esok seawal 8.00 pagi semestinya di sujudterakhir.blogspot.com

Ahad, 14 Jun 2009

Lu Mau Itu Chin Peng...


Sejarah yang berlalu tetap berlalu dan akan tersemat di buku-buku sejarah. Sebegitulah sejarah Malaysia, apa yang berlaku akan dikenang sebagai sejarah, samada sejarah hitam ataupun sejarah manis. PKM-Parti Komunis Malaya pun adalah sebuah cerita sejarah dahulu.

Jika kita melihat PKM pada 50 dan 60 tahun yang lalu, parti itu bukan parti pilihan rakyat atau masyarakat. Namun dilihat sebuah gerakan komunisme yang menggunakan kekerasan dan kekejaman. Dalam cerita Bukit Kepong pun, komunis telah dibuktikan sebagai sebuah kumpulan ketenteraan ala gerila dan mampu lakukan apa sahaja termasuk menyerang balai polis untuk meneruskan survival mereka.

Apabila PKM telah mengangkat bendera putih, tentera Melayu telah berjaya. Mereka berjaya mempertahankan negara. Tidak dinafikan, berapa ramai nyawa parajurit yang terkorban semasa sedang hebat mempertahankan negara sewaktu itu. Akhirnya, segala gerakan komunisme telah diharamkan termasuklah ketua mereka, Chin Peng di negara Malaysia ini.

Hari ini Chin Peng tidak dibenarkan menjejak kaki ke bumi Malaysia ini. Sentimen anti komunis masih kuat biarpun ia sejarah lampau di atas kertas kuning. Malah ada orang tertentu yang rela menunggu kepulangan Chin Peng jika masuk ke sini untuk tujuan membalas dendam kesumat berdarahnya.

Kebenaran dan kezaliman tidak boleh disatukan. Apa jua kezaliman Chin Peng telah lakukan, dan jika takdirnya dia memasuki ke negara ini, beliau harus dibicarakan di mahkamah. Keadilan mestilah dijalankan supaya orang yang zalim mendapat balasannya dan orang yang dizalimi mendapat pembelaannya. Maka dengan cara ini, dendam kesumat tiada.

Menjadi hak beliau jika beliau lahir di Malaysia dan mahu pulang ke negara tanah tumpah darahnya. Cuma untuk beliau kembali semula ke negara ini perlulah melalui beberapa proses keselamtan dan perundangan. Kini hal ini kembali kepada keperihatinan dan kebijaksanaan kerajaan kita sahaja untuk bagaimana cara menerimanya semula.

Berat rasanya barangkali bagi sesetengah orang melayu menerima kepulangannya semula. Tetapi ingatlah di dalam Islam, tetap ada istilah pendamaian dan kemaafan yang mana dapat mendidik semula jiwa yang dahulunya begitu kejam menjadi seorang yang mulia. Dengan itu, pendekatannya sahajalah mesti baik agar kerajaan dilihat lebih bijak dan matang untuk menegakkan keadilan. Ini dasar keadilan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan