Follow je lah..

Sabtu, 31 Oktober 2009

Apabila Pakatan Ditinggalkan

Sudah menjadi resam dalam politik keluar masuk parti. Sama ada difaktorkan kepada kematian ataupun yang dilakukan kerana kehendak diri. Tidak menjadi masalah besar jika yang keluar parti itu ialah seorang dua ahli-ahli biasa yang tidak dikenali, ini kerana mereka seperti ini adalah orang bawahan sahaja.

Namun apabila mereka yang sudah menempah nama di persada politik tanah air keluar parti, mampu memberi impak. Impak itu samada kepada parti ataupun kepada diri orang tersebut. Apa yang tak kena, parti yang sebelum ini mereka perjuangkan tak kena, atau diri mereka yang sudah hilang akhlak dan maruahnya. Antara dua ini tiada jawapan lain kerana masakan daun bergoyang jika tiada angin yang bertiup.

Oleh itu, dasar parti mesti kukuh dan berada pada jalan yang lurus. Hala tuju parti dapat dijaga bersama berbanding menjagai disiplin setiap ahli yang begitu ramai jumlahnya. Biar parti yang baik, dan orang di dalamnya juga orang yang baik.

Sekali-sekala sikap mereka yang keluar parti menimbulkan kebencian. Di Malaysia, hanya ada dua sahaja gergasi politik iaitu BN dan Pakatan Rakyat. Antara dua ini pilihlah ataupun mungkin anda lebih selesa untuk berada atas pagar. Jalan ini hanya sekali dilalui, dan mustahil untuk anda membuat u-turn.

Rabu, 28 Oktober 2009

Rakyat Trauma 1Malaysia


Kuala Dipang menjadi kawasan tragedi di mana sebuah jambatan tergantung runtuh. Menurut saksi, kejadian berlaku kerana ada budak yang bermain dan melompat-lompat. Walaubagaimanapun itu bukanlah faktor utama kerana sememangnya budak begitulah perangainya.

Atas nama Perkhemahan 1Malaysia beberapa sekolah telah dipanggil untuk menyertai kem ini. Kem yang disertai dikalangan murid-murid sekolah rendah bukanlah masanya untuk kita melupakan aspek keselamatan terhadap mereka dari setiap sudut.

Jika 22 orang murid sudah terhumban dalam sungai yang berarus deras itu, maka 44 orang ibu bapa pula menjadi resah gelisah. Selain itu kejadian malang ini memberi tamparan hebat dari pihak ibu bapa kepada peganjur perkhemahan itu malah boleh dibawa ke mahkamah untuk disaman. Penganjur mesti bertanggungjawab dan membayar pampasan.

Nasi pun sudah menjadi bubur, 2 orang hilang dan seorang telah mati. Mungkin dua orang yang hilang itu dipercayai sudah mati. Kenangan hitam ini akan sentiasa menghantui mangsa yang terselamat setiap kali malam yang hitam berlalu dan mereka mungkin tidak akan menjejak kaki lagi atas mana-mana jambatan selepas ini ataupun menyertai perkhemahan.

Inilah dinamakan trauma. Jika mereka trauma dengan insiden sedemikian, rakyat pula trauma dengan nombor 1 atau 1 Malaysia kerana teringat kejadian menghayat hati dan meragut nyawa. Setiap kali sebut 1Malaysia, teringat 1jambatan di Kuala Dipang!

Selasa, 27 Oktober 2009

Agar PAS Kukuh


Masalah dalaman yang kurang menyenangkan menghantar satu isyarat yang mesti disegerakan. Perjalanan yang terumbang-ambing akan memudahkan kita jatuh. Apa masalah mestilah dihalusi dan di siasat dengan cermat agar tiada salah faham.

Menjadi resmi PAS untuk bermesyuarat dan taat kepada kepimpinan. Namun, ujian yang menimpa begitu berat sehingga dua arah tersebut kadang-kala tercuai sedikit dari jalannya. Apapun, tiada masalah yang tiada penyelesaiannya selagi kita terus bertaqwa.

Kita mendoakan satu-satunya parti Islam di negara ini membuat keputusan terhebat dan terbaik. Hubungan sesama kita tidak terjejas akibat hanya masalah dalaman kerana kita semua wajib patuh apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.

Musuh di luar sentiasa mengintai mencari di mana kelekaan kita kerana di situ mereka akan menyerang. Walaupun sekecil zarah silap kita, maka sebesar alam akan mereka hebahkan. Lihat sahaja Mingguan pada hari Ahad yang lalu.

Kita yakin, kepentingan Islam lebih penting daripada peribadi atau jawatan. Andai ada terpaksa undur pergi, undurlah sebagai gentleman dan pahlawan yang telah terbilang. Usah jadi seperti UMNO, mengundur diri setelah dibuang. Terus dibuang sehingga ia bagaikan sudah tiada lagi di negara ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan