Follow je lah..

Sabtu, 24 Mei 2008

Tinggalkan Batu Putih

Jika ada Jalur Gemilang yang berkibar di Pulau Batu Putih, turunkanlah bendera itu. Pulau ini bukan lagi milik kita tetapi milik Singapura. Inilah keputusan ICJ yang muktamad.

Rais Yatim sudah pasti dan pasti menganggap positif keputusan ini. Bayangkanlah jika beliau mengatakan bahawa keputusan ini adalah satu tekanan kepada Malaysia, mungkin beliau dianggap tidak menghormati mahkamah antarabangsa.

Peta persempadanan Malaysia - Singapura perlu dikemaskini. Kecilkan sedikit teritori Malaysia. Hakikatnya, walaupun seinci tanah Malaysia diambil, tidak akan mana-mana rakyat Malaysia menghalalkan. Namun, kerana Singapura berjaya dari segi perundangan, kita tidak mampu membuat apa-apa melainkan harus menitiskan air mata.

Air mata yang menitis adalah tanda kedaulatan dan kecintaan kita kepada negara yang diragut. Kepimpinan negara bersikap bersahaja dengan keputusan ini dan tiada rasa kecewa akibat kecundang mereka.

Ketika inilah juga Dolah berada di Jepun pada waktu negara sedang di'serang'. Ujarnya mudah, agar rakyat perlu menerima keputusan ini. Tahukah Dolah bahawa suka atau tidak suka memang kita menerimanya. Tetapi kekecewaan dan kesedihan rakyat manakah arah perlu dibawanya.

Inilah kekalahan dan bukan perkara menang-menang. Dapat atau tidak dapat Batu Putih, jawabnya Malaysia tidak dapat. Kibarkanlah Jalur Gemilang separuh tiang, kerana kita sudah hilang sebuah khazanah negara.

Jumaat, 23 Mei 2008

فذکر ان الذکر تنفع المومنین-٧

Menziarahi kubur adalah cara yang paling baik untuk mengubati kerasnya hati yang mana tidak mungkin dilembutkan dengan cara yang sebelumnya. Kehadiran seseorang ke kubur akan memberi pengajaran serta kesan yang cepat kepadanya.

Menghadirkan diri untuk menziarah perlu menghadirkan hati bersama. Mudahan-mudahan hati akan tersentuh dengan tanah yang dipijak kerana kelak tanah inilah yang akan menjadi 'rumah' bagi insan.

Rasulullah pernah bersabda "Ziarahilah kubur, kerana ia akan mengingatkan mu kepada kematian" (Muslim)

Perhatikanlah semua manusia, perjalanan mereka di atas bumi akhirnya akan berakhir di dalam kubur. Maka insan yang manakah dapat melarikan diri dari kematian, hatta Firaun yang mengaku dirinya Tuhan, pun dicabut nyawanya.

Ar-Rifa'i berkata " Setiap orang yang takut kepada sesuatu pasti akan menghindar, kecuali kubur. Tiada orang yang takut kepada kubur, kecuali ia akan datang kepadanya. Ia selalu menunggumu tanpa kenal jemu. Dan engkau akan masuk kepadanya, tanpa pernah kembali selama-lamanya."

Mari kita merenung, nasib saudara kita ini,
  • Dahulunya ia begitu menikmati pemandangan yang dilihat, kini matanya telah tertutup.
  • Dahulu perkataannya fasih, kini cacing tanah telah memakan mulutnya.
  • Dahulu ia tertawa, kini giginya hancur terbenam tanah.
Fikirkan dan renungkanlah nasib saudara kita ini dan ingat jua yang kita juga adalah bakal menghadapinya pada bila-bila masa. Wallahua'lam.

-Isi dipetik dari buku Malam Pertama Di Alam Kubur

Khamis, 22 Mei 2008

MT Itu Mata Tutup


Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang hebat bermesyuarat semalam selama hampir 3 jam membincangkan isu keluarnya Mahathir dari UMNO. Mahathir yang merupakan bekas Presiden UMNO, an ahli selama 22 tahun adalah aset yang paling bernilai dan berharga bagi mereka.

Mahathir akhirnya berjaya menggegarkan meja mesyuarat MT . Ini adalah sebuah mesej yang terus terang meminta Dolah letaklah jawatan serta-merta. Mesej bukan hanya kepada Dolah, tetapi rakyat Malaysia amnya juga.

Rakyat sudah tahu dan Dolah pun sudah mengaku, bahawa dia adalah faktor kekalahan BN. Cuma kini hanya Dolah sahaja yang terus berdegil dan tegar dengan walau apa pun tekanan yang diberikan kepadanya. Dolah yakin, dengan kuasanya sebagai Perdana Menteri, beliau mampu mencaturkan politik Malaysia seperti mana era Mahathir mencatur. Bijak atau tidak bijak percaturan Dolah, itu terserah.

Seperti sebelum, bila mana diumumkan keputusan PRU-12, mengetahui BN telah hilang banyak kerusi maka berhimpunlah MT dan segelintir ahli yang kononnya tetap menyatakan sokongan kepada Dolah. Mereka itu keliru, antara menyokong parti ataupun menyokong Dolah. Antara menyokong kepentingan peribadi atau kepentingan parti.

Mesej Mahathir sudah jelas kepada MT. Hanya MT sahaja yang mata tutup mengakibatkan mereka tidak dapat melihat mesej ini. MT yang sengaja mata tutup itu memberi peluang lagi kepada Dolah, lagi dan lagi, untuk menerajui negara tanpa ada sebarang jaminan.

Dimanakah kayu ukur keupayaan Dolah sementara menanti mesyuarat Agong UMNO Disember ini? Keperluan mengukur keupayaan Dolah mengembalikan keyakinan ahlinya adalah sangat penting supaya tahu apakah Dolah gigih. Jika tanpa kayu ukur seperti ini, Dolah hanya membuat kerja-kerja biasa seperti sebelum.

MT janganlah mata tutup. MT kena tegas dalam isu kerelevenan Dolah sebagai Presiden UMNO. Mungkin sukar untuk MT melaungkan suara ini, kerana masing-masing takut dan jaga periuk nasi. Apapun dimensi UMNO selepas ini, begitulah UMNO yang tidak relevan lagi.

Rabu, 21 Mei 2008

Dulu, Kini dan Selamanya

Pintu keluar UMNO sedang terbuka luas. Keluarlah semua ahli UMNO, ataupun anda akan menjadi seorang ahli yang taat membuta. Jika tidak mahu keluar parti, sokonglah Dolah dengan penuh hati.

Jika ingin mengikut jejak langkah Mahathir, agar UMNO berpecah belah. Ingatlah pepatah melayu ada mengatakan, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Robohkan UMNO kerana Dolah, UMNO musnah dengan dirinya sendiri dan bukan atas pihak lain yang menghancurkannya. Memang Mahathir sudah tiada kompromi lagi pada Dolah. Dalamilah sikap Mahathir sepertimana krisis beliau dahulu kepada Anwar. Kalau Mahathir sudah tidak suka, apa sahaja pun jadilah agar kau tahu aku tidak menyukai mu.

Tetapi sayang, jika keluar dari rumah bunglow tetapi tidak menetap di rumah lain. Ini bererti anda merempat dimana-mana mungkin buat sementara atau selama-lamanya. Sebulan dua merempat mungkin boleh bertahan, tetapi kalau bertahun, janganlah. Hidup merempat adalah sukar dan tidak sihat. Kita bina hidup baru. Mari memasuki rumah baru untuk kita berteduh dan berehat.

Hari ini Mahathir keluar dari UMNO, tiada Rafidah mahupun Hishamuddin memegang tangannya seraya memujuk Mahathir untuk menarik balik hasratnya. Peristiwa lalu tidak mungkin berlaku lagi kerana Mahathir sudah tiada kuasa, tiada jawatan, tiada faedah. UMNO mentaati pemimpin kerana kuasa yang ada pemimpin. Tiada kuasa dan tiada wang tiada siapa yang mahu mendengar. Melainkan yang benar ikhlas dan jujur.

Sanusi Junid, Mokhzani dan lain sudah keluar dan mengucapkan selamat tinggal UMNO. Tetapi ingat, jangan anda keluar tetapi perasuah dan perompak sedang berpesta di rumah anda. Merekalah yang dahulu perlu dihalau. Kerana ahli UMNO perlu tahu UMNO sudah tidak lagi seperti dulu, kini dan selamanya.

Isnin, 19 Mei 2008

Mahathir, "Ejecting!"

Krisis kepimpinan benar-benar melanda UMNO. Jelas di mata dengan keluarnya Mahathir dari UMNO bererti kepimpinan yang utama musnah sama sekali.

Mahathir dalam nada sebak, menyatakan bahawa kini UMNO bukanlah lagi parti UMNO tetapi parti Dato' Abdullah. Beliau yang jelas kecewa dengan kepimpinan Dolah yang serba lemah dan banyak menghancurkan impiannya. Ditambah pula dengan sikap sebahagian ahli UMNO yang mengucup tangannya apabila menajdi Presiden dahulu tetapi kini, beliau ditohmah.

Tekanan yang maha hebat sekali lagi buat Dolah. Namun kelembutan Dolah ini tetap juga keras hatinya untuk mengundur diri dan memberi peluang untuk UMNO merawat UMNO. Biarpun apa jenis rawatan diberikan kepada UMNO, UMNO sudah tidak boleh dirawat.

Ketamakan dalam jawatan, mementingkan peiuk nasi nafsi-nafsi, dan hasad dengki tidak mungkin menjadikan UMNO dihormati oleh masyarakat. Bagi Musa Hitam, keluarnya Mahathir dari UMNO adalah mengeluarkan duri dalam daging. Kenyataan Musa itu adalah satu contoh sikap permusuhan yang sedia wujud dalam UMNO.

Marilah semua ahli UMNO mengikut langkah Mahathir. Keluar UMNO masuk parti yang lain. Hanya dengan itu sahaja cara dapat mengajar semua pemimpin UMNO. Menjadi ahli bagi satu parti yang parah dengan korup adalah lebih hina dari melompat parti. Dolah, you are fired!

Sorotan Sepanjang Persidangan

Ibrahim Ali: Tuan Guru Haji Hadi jadi PM


Suara Sabah&Sarawak:





Fahaman Wahabi:



Isu Rasuah, BN retorik:

Ahad, 18 Mei 2008

Jari Untuk Menuding


4 hari sebelum pilihanraya ke 12 di Malaysia penggunaan dakwat cap jari dibatalkan serta-merta. Tujuan dakwat dikuatkuasakan itu tidak lain adalah untuk menjamin ketelusan PRU kali ini. Namun berita pembatalan itu memberi satu tanggapan negatif kepada ketelusan kerajaan dan SPR.

Apakah pembatalan ini sudah dirancang atau sekadar sandiwara? SPR terus memberi seribu dalil-dalil pembatalan dakwat cap jari itu demi kononnya bertanggungjawab. Ini adalah satu kegagalan bagi mereka dalam melaksanakan satu perancangan yang telah dirancang demi kebaikan Malaysia.

Hari ini, dalil SPR adalah atas perintah kabinet. Menurutnya, hasil mesyuarat kabinet(BN) mereka membatalkan penggunnaan dakwat cap jari dan Rashid menerimanya sebagai, 'yes man'. Namun beberapa salah faham telah berlaku, Dolah pula kata tidak.

Dolah menafikan akan kenyataan SPR itu. Kabinet tidak mengarahkan tetapi hanya mencadangkan. Sekarang soal pembatalan dakwat cap jari ini sudah menjadi isu tuding menuding jari. Kedua-dua percanggahan ini boleh dilihat sebagai kelemahan yang besar.

Mengapa kerana nyamuk, kelambu dibakar? Mereka yang membatalkan itu memberi sebab bahawa ada pihak yang telah membeli dakwat itu dengan tidak bertanggungjawab untuk menggangu pilihanraya. Jika benar ada, kenakanlah tindakan undang-undang keatas pesalah dan bukan dakwat pula yang disalahkan.

Sejuta alasan boleh dicipta jika tidak mahu yang satu. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Sekarang, bagi PRU-13 kelak, SPR mesti memberi janji dan kerajaan akan menguat-kuasanya peraturan ini. Pokoknya ketelusan dan bersih mesti disanjung tinggi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan