Follow je lah..


Khamis, 1 April 2010

Kencing Tikus: Semua Kena Kencing?


Cerita Din Beramboi yang sakit dan tenat kini menjadi topik utama dalam dunia hiburan. Beliau yang orang yang lawak-lawak teapi sekarang apabila sakit, janganlah buat lawak. Hidup seorang penghibur memang menghiburkan hati orang lain namun belum tentu dirinya terhibur.

Seluruh rakyat Malaysia mendoakannya sihat. Namun dalam masa yang sama kita sedar takdir mengatasi segalanya. Hidup yang baik, kesudahannya diharap baik. Kita gempar beliau terkena penyakit kencing tikus, tetapi sekarang perubatan mengesahkan beliau menghidapi denggi berdarah.

Wallahu'alam. Keadaan kehidupan yang dahulu indah boleh berubah dengan sekelip mata. Ramai kalangan artis juga yang dahulu gah, namun mereka juga seorang manusia. Ada yang ditangkap polis, lumpuh, dan mati misteri seperti Jacko.

Mudah-mudahan Din sihat dan mendapat umur panjang untuk terus beribadat.

TAKZIAH: Allahyarham Din Beramboi telah pulang ke rahmatullah 12.30 pagi Jumaat, dia pergi tanpa sebarang lambaian selamat tinggal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan