Follow je lah..

Rabu, 29 Julai 2009

1 Ogos Yang Berbaloi-Baloi


Bermulanya Ogos dengan satu peristiwa yang sekali lagi akan mencatatkan sejarah negara. Barangkali 20 dan 30 tahun, peristiwa ini akan dimasukkan ke dalam buku teks sejarah anak-anak kita. Sejarah mengenai perjuangan rakyat untuk memansuhkan akta zalim, ISA.

Akta zaman British ini adalah satu bentuk kezaliman yang hari ini cuba dihiaskan menjadi 'cantik' dan bersih. Tetapi rakyat terutama mereka yang menjadi mangsanya cukup tertekan dan mahukan restu kerajaan agar mereka dibebaskan. Jika bersalah, masuk kan ke dalam landasan keadilan yang benar agar tiada sesiapa dizalimi.

Maka rakyat yang diistilahkan sebagai anti-ISA akan berhimpun beberapa tempat di KL. Demostrasi besar-besaran ini seumpama demostrasi PPSMI sebelum ini. Dengan menggunakan formula yang sama, harapnya kerajaan akan mendengar suara rakyat yang tidak mahukan ISA lagi seperti mana PPSMI telah dimansuh.

Disebalik itu, wujud pula beberapa kerat pro-ISA yang sengaja ingin turun sama memanaskan suasana. Mereka akan berkumpul di sekirat KL dan berdemo untuk menyuarakan sokongan mereka pada ISA. Dipercayai golongan ini membujur lalu dan melintang patah, dan bukan calang-calang juga.

Maka pihak Polis adalah pihak yang ketiga. Mereka diantara kedua-dua gerombolan itu. Ujarnya kawalan sangat ketat akan disaksikan. Dua hari sebelum malah lebih dari itu, polis akan menempangkan perancangan ini. Menjadi tradisi untuk menurunkan barisan FRU bagi menghentikan gelombang besar ini dengan apa cara sekalipun termasuk kekerasan jika perlu.

Pasti 1 Ogos ini berbaloi-baloi juga. Ini kerana pada malam itu pula anda boleh ke Kelab Equestrian Bukit Kiara berehat menyaksikan Konsert Awan Biru dari kumpulan Search.

Harapnya BN seperti awan biru itu, yang hanya datang sementara dan akan beredar ke tempat lain. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, bukannya awan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan