Follow je lah..

Ahad, 15 Februari 2009

Menghadapi Najib Sebagai PM

"Beta ingin menegaskan bahawa kerajaan Beta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum dan keamanan negara dikekalkan,"

-Yang Di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin



Abdullah kian perlahan-lahan mengurangkan popularitinya dan banyak menyerahkan aktiviti mengempen kepada Najib sejak kebelakangan ini. Ini semuanya kerana Abdullah sudah tidak lama lagi akan berhenti kerja. Abdullah dan Najib adalah dua insan yang terlalu berbeza dari segi perilaku dan pemikiran mereka.

Masa Abdullah diangkat menjadi Perdana Menteri menggantikan Mahathir, beliau dilihat sebagai kononnya harapan baru buat Malaysia. Tetapi tidak, masih banyak masalah melanda rakyat dan negara. Inilah prestasi Abdullah sepanjang beliau bergelar PM.

Bulan hadapan Najib berkuasa. Sekarang ini pun sudah nampak bayang-bayang ciri pemerintahan Najib. Ciri-cirinya tampak agresif seperti apa yang berlaku di Perak. Isu-isu peribadi pada dirinya menyebabkan beliau tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Semuanya seolah bakal PM ini menjadi PM yang ber 'noda' yang lalu.

Atas sebab itu jugalah dilihat bagaimana hari demi hari SPR dijinakkan . Tidak hairan juga jika SPR lebih mengutamakan Mesyuarat Agong UMNO dari rakyat yang kehilangan pemimpin di tempat mereka. Apabila Najib telah sahaja di angkat menjadi PM, beliau lebih berkuasa dan pertempuran dengan Pakatan Rakyat lagi terasa.

Sediakah kita untuk menerima kehadiran beliau. Sedia atau tidak, Najib sudah lama bersedia. Agenda dan plannya sudah siap untuk menggempur kubu Pakatan Rakyat. Satu-satu negeri Pakatan Rakyat akan meledak setelah Perak. Mari kita bersedia, bersedia menghadapi ketua tentera baru itu dengan apa jua. Lawan kita lawan.

4 ulasan:

Anak Pendang Sekeluarga berkata...

salam..tuan sebenarnya keliru...semua itu tipu,,saya dalam paper ada org Islam sdri pijak gambar najid..ya Allah dia adalah saudara kita.....apa nak jadi dengan org Islam skrg..nik aziz x kata pa ke...ilmu banyak tapi jahil....tak tegur anak buah,,buat perhimpunan campur laki prempuan..mcm na bantuan allah nak datang..

Faizal Zakaria's Blog berkata...

kenapa buat gambar Najib mcm tu..

Mcm gambar budak pulak jadinya :-)






















+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Anda tidak boleh mendaki gunung kejayaan dengan tangan anda di dalam poket. Sekiranya anda mahu berjaya, anda perlu berusaha pada jalan baru daripada merentasi jalan yang sama sejak dahulu kala.


http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
http://pro-faizal.blogspot.com
http://Forum1Malaysia.blogspot.com

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

the hazim berkata...

Anak Pendang Sekeluarga,
1.boleh saya tahu mana satu yang tipu sperti saudara maksudkan?
2. Pijak gambar 'najid'..maaf, saya tidak tahu apa dan siapa itu najid..
3. Masalah Nik Aziz: Macam mana saudara tahu beliau tidak menegur dan jahil? Kalau saudara jahil, pergilah beljar dengannya.
4. Campur lelaki perempuan: Jika itu yang saudara lihat..saudara tidak faham apa sebenarnya telah berlaku ketika itu. Kalau nak kira campur laki perempuan ni, hang pi la konsert2 yang di adakan di bawah keredhaan pemimpinan BN.

the hazim berkata...

Faizal zakaria's Blog,
gambar tu saya ambil di internet..gambar seorang pejuang negara :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan