Follow je lah..


Khamis, 19 Februari 2009

Khir Toyo K.O.

Mentang-mentanglah dahulu dia bekas MB Selangor dan sekarang jadi pembangkang paling 'hot' di negeri Selangor. Bicaranya sudah mampu menggegar lutut kerana hujah-hujanya itu sentiasa bernas! Beliau yang merupakan anak Jawa harapan itu terus tegar memberi bangkangan kepada Pakatan Rakyat (PR) di negeri Selangor.

Beliau lebih minat menjadi ahli politik daripada menjadi doktor gigi. Itulah dia Khir anak Pak Cik Toyo yang sejak dari awal PR menang sehingga ke saat ini orang yang tidak senang duduk. Maklumlah dahulu duduk di kerusi empuk MB tetapi semenjak hilang kerusi itu, beliau tidak senang duduk di mana sahaja.

Dari kes babi Selangor sehinggalah yang terbaru kes dalam kain Elizaberth, beliau cukup peka. Kepekaannya itu termasuklah kepada lembu-lembu yang terdapat di Selangor. Pantang ada peluang, Khir Toyo pasti tentang, adat pembangkang. Kita pasti beliau masih berangan-angan untuk merampas kemabli kerusi MB Selangor seperti mana kawannya di Perak itu.

Sepandai-pandai doktor gigi ini pun, hujahnya bisa dibalas dengan tepat. Saman sahaja orang yang sepertinya seperti mana MB Selangor, Khalid yang telah lakukan. Puncanya Khir Toyo ini suka cakap berdegar-degar dan apabila ditanya semula, dia tidak mampu menjawab semula.

Terbaru, apabila beliau dihala dengan pertanyaan bagaimana kes Senator Datin Paduka Norhayati Onn (orang kuat wanita UMNO Selangor) yang didapati mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain tatkala beliau masih MB Selangor, beliau tidakpun menyuruh Norhayati letak jawatan seperti yang beliau desak kepada Elizaberth. Jawapan beliau cukup menggelikan perut apabila ditanya mengapa tidak dikenakan tindakan, iaitu "(Isu) itu masalah rumahtangga. Kita tak ada hak untuk campur tangan rumahtangga orang." (hahaha..)

Apa kejadahnya Khir Toyo ini? Sebelum ini beliau telah berdemo membantah tindakan Karpal Singh yang kononnya menghina Sultan lalu ditahan polis (secara acah-acah je). Khir Toyo tidak patut lupa akan kekorupan yang berlaku dalam perjalanan pemerintahannya. Segala duit rakyat, tempat ibadat seperti surau, dan hak orang tertentu dirakus dan disekat. Dosa pada rakyat Selangor masih belum terampun!

Sedikit masa lagi Khir Toyo akan K.O., jika anda ingin tahu apa itu K.O., K.O. itu ialah istilah kepada kekalahan dalam sebuah pertarungan, kadang-kadang ditafsirkan sebagai mati. K.O. dalam konteks ini lebih mudah menerangkan bahawa kuat mana dan lantang mana Khir Toyo sebagai pembangkang paling hot, semua perbuatannya tersebut akan memakan dirinya sendiri, lantas ia K.O. .

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan