Follow je lah..

Sabtu, 1 Mac 2008

Eksperimen Yang Sudah Berjaya

Sebenarnya BN adalah parti yang telah kehabisan modal sejak awal lagi. Malah parti itu sendiri menghadapi banyak masalah-masalah seperti perpecahan dalaman. Hishamuddin ketua pemuda UMNO baru-baru ini, memberi amaran akan memecat ahli mereka sekiranya ada yang protes setelah digugurkan dari pencalonan pada saat-saat akhir untuk bertanding pada pilihanraya ke12 ini. Sekiranya ditimbang-timbang secara logik akal, kebiasaannya keputusan yang dilakukan secara mendadak dan di saat-saat akhir adalah keputusan yang penuh sangsi dan misteri. Selain itu juga, awal-awal lagi Najib memberitahu kepada semua anggota parti, agar bersatu padu, yang mencerminkan kepada kita sebenarnya dari kenyataan itu bahawa BN ada perpecahan atau retak yang menanti masa untuk pecah.

Ketika penamaan calon, BN bergelut sesama mereka. Kemudian, ketika pencalonan, Abdullah telah meletakkan pula calon yang hakikatnya tidak layak kerana terdapat rekod yang tidak baik dan bersih. Di Kedah, calon BN Dun Bukit Pinang menggelapkan wang koperasi guru dan ada juga calon yang tergamak memakan wang zakat sebanyak RM400 000.00. Menteri-menteri yang 'muntah kedarah' memakan duit rakyat menjadi calon. Calon-calon gangster BN (MB Pahang ,calon BN DUN Paloh, dan 'ustaz sepak tong' di Permatang Pauh) pun bersama bertanding kerusi.

Jelas memang terdapat barah yang serius dalam BN sendiri dan kurangnya modal semasa berkempen. Manifesto BN yang dikeluarkan juga agak lambat seolah-olah hanya ingin menunjukkan mereka juga ada manifesto. Manifesto 'Selamat, Aman, Makmur' sukar difahami malah begitu panjang dan tidak jelas isi utama mereka. Apakah perubahan dan kemajuan yang jelas hendak BN lakukan? Seperti BA, jelas nampak isinya bahawa mereka hendak menurunkan harga minyak, pendidikan percuma, kesihatan percuma dan lain-lain lagi.

Selain itu, percaturan atau permainan lemah BN pada kempen kali ini lebih bermain sebagai seorang defender(penahan) daripada seorang striker(penyerang). Mereka yang sudah kehabisan modal kini hanya bercakap untuk menafikan sahaja setiap butir kata yang dikeluarkan oleh BA. Contohnya ketika manifesto BA diisytiharkan, BN mempertahankan partinya dengan menafikan keupayaan BA. Samalah juga apabila BA menyeru rakyat agar memberi mandat untuk BA mentadbir negara, BN bertahan juga dengan mengingatkan rakyat jangan eksperimenkan negara.

Di Kelantan, PAS telah memerintah 18 tahun dengan bersih dan amanah. Kerajaan Kelantan berjaya meletakkan kedudukan negeri ke-enam dalam senarai kedudukan negeri berhutang pada kerajaan persekutuaan. Ini maknanya, bahan, radas, dan kaedah eksperimen PAS adalah benar dan keputusan eksperimen sudah berjaya. Mereka yang sebnarnya takut hilang kekayaan jika kalah dalam PRU-12, suka memomok-momokkan rakyat akan perancangan pembangkang bahawa negara mungkin bankrup, hancur, dan punah setelah BA mengambil alih pemerintahan BN.

BN sudah kehabisan modal dan mereka tidak ada apa-apa lagi yang boleh mereka cakapkan kerana dalam semua bidang mereka adalah koruptor-koruptornya. Umpama ketam yang mengajar anaknya berjalan sekiranya BN berkata mereka memperjuangkan rakyat. Hari demi hari kepala pemimpin BN kian berserabut dengan hujah-hujah dari BA disamping masalah dalaman mereka sendiri.

Wahai rakyat yang masih setia kepada BN, buka hati dan buka minda. Berpikul-pikul wang anda mereka dah rompak untuk menantu, anak-bini, dan membina mahligai-mahligai. Sukarnya untuk menyedarkan ahli UMNO-BN ini. Kita tidak halalkan walau se-sen pun wang rakyat digunakan oleh BN untuk kerja-kerja kempen mereka. Kini adalah masa untuk menukar. Menukar parti yang bobrok!

Jumaat, 29 Februari 2008

Ikhlas Dariku

"Aku bukan seperti yang engkau sangkakan"

Mungkin ayat inilah yang paling sesuai untuk menyedarkan mereka yang mempunyai penyakit hati seperti dengki kepada mereka yang berusaha membawa Islam. Saban siang dan saban malam mereka merancang bagaimana ingin melemahkan dan menjatuhkan mereka yang membawa kebenaran dari Tuhan. Seperti zaman kegelapan, kebanyakan mereka tidak mahu mengambil dan menerima kebenaran sekalipun telah dibawa di hadapan mata mereka. Ini mungkin disebabkan oleh perasaan permusuhan mereka yang mendalam dan ingin menjaga kepentingan mereka seperti kepentingan kekayaan dan jawatan. Ramai kini, yang gagal apabila diuji oleh ALLAH akan nikmat kekayaan dan jawatan. Bimbang andai jawatan dan harta hilang, mereka rela menjual dan menghalang kebenaran . Ada juga kerana jawatannya sebagai orang terpenting, maka mereka berasa mulia menuruti kehendak manusia daripada kehendak ALLAH.

Sebagai seorang pejuang, ketelusan dalam perjuangan haruslah dimiliki. Tidak mengharapkan kepada harta, pangkat, atau pujian. Sebaliknya, memadailah dengan keredhaan ALLAH. Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang pejuang, mereka akan menempuh pelbagai ujian. Ujian seperti dimaki hamun, dihina, dan dipermainkan adalah apa yang telah dilalui oleh semua pejuang Islam terdahulu. Biarlah mereka yang bergelumang dengan kebatilan berseronok dan berketawa di dunia, kelak mereka akan mengetahui, dunia ini hanyalah seumpama sebuah lamunan.

Menjaga aqidah sendiri dan aqidah semua umat Islam adalah tanggungjawab bagi kita. Kita tidak sanggup menggadaikan aqidah untuk meraih keseronokan dunia. Biarlah dikutuk, asalkan aqidah terjaga dan kita tidak mahu melihat generasi akan datang selepas kita mula meninggalakan aqidah suci ini. Pejuangan aqidah adalah terlalu luas dan meliputi setiap cabang an dalam kehidupan.

Marilah kita bersama-sama berada di jalan yang benar dan bukan jalan yang sentiasa di dalam kekaburan. Perjalanan di dunia adalah sementara dan kita pasti ingin pulang ke Syurga yang tersedia indah. Inilah janji-Nya buat kita seorang hamba yang memiliki kebenaran dari Tuhannya.

Khamis, 28 Februari 2008

Dah Jumpa Dah Damai Abadi

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu dan orang-orang kafir musyrik itu menjadi penolong-penolong dan bertakwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman."
Al-Maidah:57

Menyatakan Kesalahan UMNO-BN


Kejahilan adalah antara salah satu penghalang untuk kita mendapat hidayah dari ALLAH. Namun kejahilan itu tidak akan dipandang hina sekiranya dalam masa yang sama kita berusaha untuk mendalami ilmu sebgai pedoman dalam kehidupan. Sesungguhnya ilmu itu terlalu luas dan lebih luas daripada lautan yang terbentang di muka dunia ini. Ini kerana, ilmu sentiasa berkembang apabila melalui satu-satu masa dan apabila ia dikupas atau dibincangkan.

"ADAKAH SALAH UNTUK KITA MENYEBUT KEBURUKAN ORANG LAIN DIDALAM SEMUA PERKARA?"

Sesetengah orang melihat perbuatan menyebut keburukan orang adalah bersalahan kerana mendatangkan keaiban kepada diri mereka yang disebut itu. Lalu terus membuat kesimpulan bahawa orang yang menyebutkan keburukan itu sebagai tidak Islamik atau mereka akan terus dibenci. Bagi mereka yang terdiri dari golongan seperti ini, tindakannya yang diambil tidaklah salah, akan tetapi masih terdapat sedikit kekurangan pengetahuan yang harus ditingkatkan.

Sebagai perkongsian ilmu lagi bermanfaat, menurut Al-Imam Ghazali di dalam buku Bimbingan Mukmin dan Imam Yusuf Qardhawi di dalam buku Halal dan Haram, beberapa perkara telah digariskan bahawa seorang muslim berhak menyatakan atau menyebut kelemahan dan keaibannya berdasarkan syarat-syarat tertentu:

a. Didepan hakim didalam membela seseorang dari penganiayaan.

b. Apabila meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kemungkaran atau mengembalikan seseorang ke jalan kebaikan.

c. Mengingatkan seseorang Muslim kepada sesuatu kejahatan seseorang. Dimana tujuannya mengingatkan orang lain supaya menjauhkan diri dari orang itu. Begitu juga didalam kes membincangkan kesesuaian seseorang untuk menjadi suami atau isteri , iaitu didalam pemilihan pasangan hidup.

d. Apabila seseorang itu memang sengaja terang terang membuat kefasikan dan bermegah megah dengan perbuatan itu.

e. Ketika meminta fatwa atau penerangan sesuatu hukum dalam ugama.

f. Apabila seseorang itu terkenal dengan sesuatu gelaran, maka tidak salah untuk menyebut gelaran itu walau menyebut gelaran itu bagaikan mengumpat.

Sila faham dan ingat keadaan-keadaan ini. Dalam keadaan seperti yang dinyatakan di atas, kita berhak untuk menyebut kesalahan seseorang kepada mereka yang sepatutnya.

Pilihanraya adalah satu proses untuk memilih kepimpinan dan mengakkan keadilan. Sesungguhnya di negara ini, hanya dengan cara inilah paling sesuai jika igin membuat perubahan kepada struktur pentadbiran kerajaan yang telah lemah dan rosak. Jika ketika pengundian, kita tersalah memilih pemimpin ataupun parti, lalu parti yang memerintah itu melakukan kesalahan atau mengkhianati kepercayaan pengundi, kita adalah orang yang tetap mendapat dosa kerana kita mengangkat mereka sebagai pemimpin. Oleh itu, pemimpin yang sememangnya dikeatahui akan kefasiqannya, haruslah diberitahu kepada seluruh pengundi atau masyarakat supaya kita tidak salah memilih seorang pemimpin dan memberi kuasa kepadanya untuk memerintah.

Perkara a. dan c. mahupun d. yang dinyatakan di atas, adalah perkara yang layak untuk kita takrifkan bahawa dalam memilih kepimpinan, kita dibolehkan untuk memberitahu akan keburukan orang itu jika perlu. Ini kerana, rakyat adalah hakim kepada pemimpin mana yang akan diundi mereka untuk dijadikan kerajaan. Samalah juga seperti memilih pasangan, jika tersilap memilih pasangan sudah pasti masalah besar yang menimpa di kemudian hari. Maka jika tersilap mengundi calon yang korup dan fasiq, maka masalah besar menimpa rakyat di kemudian hari. Selain itu, tetap wujud kemungkaran yang berlaku di negara ini serta dibangga-banggakan restu daripada pemimpin yang memerintah. Contohnya konsert-konsert dan tempat perjudian di Pahang.

Walaubagaimanapun di dalam usaha untuk menerangkan dan memberitahu bahawa orang tertentu tidak layak untuk menjadi kepimpinan negara, adab adab masih perlu dijaga. Ianya mestilah tidak sampai hingga ketaraf menghina orang itu. Pemberitahuan itu hanya untuk menerangkan orang ramai bahawa orang begini tidak layak memimpin negara. Imam Yusuf Qardawi di dalam membicarakan mengenai memberitahu keburukan orang lain kerana sesuatu kepentingan berkata:

"Dan jika kepentingan itu dapat ditempuh dengan sindiran maka tidak boleh berterang-terangan atau menyampaikan secara terbuka."

Cuma kadang-kala penggunaan sindiran tidak memberitahu perkara sebenarnya dan hanya membuatkan orang keliru dan tertanya-tanya seperti ketika isu 'UMNO-Orang Utan'. Asasnya, di dalam usaha memberitahu keburukan orang lain dalam pemilihan kepimpinan, kita perlu berhati-hati dan menjaga adab sebaiknya. Tetapi jangan kita pula menolak ada kalanya memang ada keperluan untuk memberitahu keburukan orang lain, untuk memastikan mereka yang bersih sahaja memegang tunggak kepimpinan.

Rabu, 27 Februari 2008

Manifesto BN

(gambar ini adalah paling tepat bagaimana tepatnya manifesto mereka)

Manifesto BN

Selasa, 26 Februari 2008

Antara bingung dan menentang!


Beberapa hari lalu dua respon telah diterima berkisar ketidak puashatian mereka. Sekadar untuk menjadi renungan dan muhasabah semula dalam diri sendiri, saya lahirkan dalam penulisan blog saya sebagai iktibar dan penjelasan buat semua.







Respon 1:

>Dude, please stop all the political bullshit on friendster bulletin. Enough to read it at your blog.
>Grow up. Focus on your study first, and then you can start to change the world!
>Thank You. Assalamualaikum.

>Assalamualaikum...
>People always complaint, but seldom to contribute. That is the simpliest thing I can describe on >what are u doing rite now. Keep on complaining and complaining lead u to nowhere.
>P/S I prefer to use message mode, for your eyes only to read. No need to publicly write it at >Comment. What r u trying to prove? 'Perjuangan' tu x semestinya untuk ko tunjuk-tunjukkan >dan bangga-banggakan.
>Tq. Sorry for everything.

Respon 2:

>salam...adakah umat islam diajar untuk mengutuk sesama islam?
>knp tok guru sanggup menggelarkan ahli umno sebagai orang utan? adakah islam mengajar sedemikian?
>adakah islam mengajar umatnya supaya mendoakan kecelakaan umatnya yang lain hanya kerana berbeza politik?
>AKU BINGUNG....


Selagi darah mengalir, selagi itulah perjuangan akan berterusan. Bagi responden 1, ayat-ayat bersifat provokasi dan busuk beliau terhadap diri saya mencerminkan penampilan, pemikiran, dan perangai dirinya itu sama seperti ayatnya. Namun, saya menerima dengan hati sejahtera dan mendoakan agar hatinya tenang.

Ingin saya jelaskan, kehancuran Bani Israil adalah kerana mereka tidak menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran (amar ma'ruf nahi munkar) sesama mereka. Setelah ALLAH memberi nikmat kepada mereka, mereka tidak bersyukur malah melupakan segala nikmat yang yang diberikannya. Kemungkaran yang paling besar adalah syirik kepada ALLAH. Apabila seseorang tidak lagi menjadikan ALLAH sebagai Tuhan yang berhak disembah, maka di saat itulah syirik bermula. Maka setiap orang yang mengaku dirinya Islam, wajib menegur, melarang, dan mengutuk perbuatannya yang dilaknat (laknat=kutuk) oleh ALLAH itu.

Bukan sahaja syirik itu dilaknat, malah semua jenis maksiat adalah sama juga dilaknat oleh ALLAH. Kita memandang serius segala kekufuran atau maksiat yang telah berlaku di negara kita terutama kepada pemimpin negara.Pemimpin negara yang khianat kepada amanah ALLAH yang telah diberikan kepadanya. Pemimpin umpama kepala dan rakyat umpama badan kepada kepala itu. Jika kepala sakit, maka seluruh badan akan lemah. Begitulah ibaratnya apabila pemimpin dengan jelas melakukan kemungkaran, maka tidak hairanlah rakyat juga melakukan kemungkaran seperti pembunuhan, rogol, dan sebagainya.

Oleh itu, kita sebagai umat yang sedar akan kesalahan pemimpin, semestinya menegur dan mengutuk diatas perbuatan terkutuk oleh mereka. Bukan mengutuk peribadinya, tetapi perbuatan atau dasarnya. Politik dan Islam tidak boleh diasingkan. Perbezaan dalam politik adalah disebabkan perbezaan dalam menurut kehendak ISLAM. Di dalam al-Quran sendiri, ALLAH mengutuk kepada manusia yang kufur. Firmannya:

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahaminya dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."
Al-A'raf:179

Bagi responden 2, Tuan Guru Nik Aziz telah menjawab persoalan 'Orang Utan' anda di sini.

Semoga kecelaruan dan kebingungan mereka diberi pertunjuk oleh ALLAH dan ALLAH mengampunkan dosa mereka. Saya sentiasa memaafkan kawan dan lawan kerana ia adalah sifat bagi ahli syurga.
Hidup ISLAM, musnah kekufuran!

Isnin, 25 Februari 2008

Sekitar Penamaan Calon

Penyokong PAS melangkah dengan penuh yakin ketika mengiringi semua calon dari parti tersebut menuju ke tempat penamaan. Bendera-bendera dijulang dan berkibar sambil bergerak di dalam saf bagaikan tentera yang sedang berjuang di pertempuran. Dengan lafaz takbir dan ikrar muslimin menambahkan lagi kekuatan dalaman setiap penyokong PAS. Sebagai contoh, anda boleh melihat kebenaran ini di tvpas.com, jelas memaparkan semangat dan iltizam semua ahli PAS Bachok ketika perarakan penamaan calon. Bukan sahaja di Bachok, tetapi diseluruh tempat di mana PAS bertanding, semangat ini dapat dilihat. Gambar-gambar penamaan calon dapat dilihat di laman ini (pru12). Malah di Bangsar juga, Anwar Ibrahim telah turun bersama dalam penamaan calon Parlimen Lembah Pantai. Perjuangan memusnahkan kekufuran negara tidak akan terhenti dan pastinya akan berjaya.

Keadaan sama di Kepala Batas, penyokong BN turut bersemangat membawa PakLah ke dewan Millenium Kepala Batas, rata-rata rakyat yang masih tertipu dengan BN masih menjadi penyokong setia yang tiada maknanya. Ada juga dikalangan selebriti yang memberi sokongan. Beliau yang menguasai kerusi itu sejak 1978 kini ditentang oleh calon PAS iaitu Subri Md Arsad.

Dalam masa yang sama, Parti Mahasiswa Negara (PMN) telah meletakkan hasrat untuk mencabar PakLah di Kepala Batas. Namun hasrat mulia suara mahasiswa itu terbantut ketika mana mereka gagal untuk sampai ke tempat percalonan kerana terdapat sekatan dari Polis. Menurut akhbar Harakah, mereka disekat sebanyak empat kali. Aktivis PMN yang diantaranya dari Universiti Malaya termasuklah calon yang sepatutnya bertanding itu, terpaksa akur untuk tidak dapat bertanding. Apapun, sekurang-kurangnya mahasiswa telah dilihat lebih matang dalam mencorak negara dan memainkan peranan mereka sewajarnya. Barangkali pada peringkat awal, PMN harus lebih banyak menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan dengan bijak.

Maimun Yusof,89 calon bebas di Parlimen Kuala Kuala Terengganu yang berpangkat nenek tidak mahu kalah dalam bertanding. Ataupun tidak, sekurang-kurangnya juga beliau telah mencipta rekod Malaysia sebagai calon bebas yang hampir seabad usianya pertama di Malaysia. Tidak mengapalah, atas nama demokrasi, sesiapa sahaja yang layak mahupun seorang nenek, mereka berpeluang untuk merasai peluang demokrasi ini.

Kejayaan BN pada peringkat awal sebanyak 9 kerusi tidak boleh lagi menjadi ukuran bahawa parti tersebut telah diterima masyarakat. Mungkin BN kini hanya sesuai untuk penduduk Sabah dan Sarawak sahaja kerana 9 kerusi yang dimenangi itu 6 daripadanya datang dari Sabah dan Sarawak. Sebaliknya, semenanjung Malaysia, akan dimiliki oleh BA sebagai agenda membawa harapan baru Malaysia dan ingin keluar dari kemelut kelemahan kepimpinan negara.

Tempat-tempat yang hangat pada penggal kali ini ialah seperti Parlimen Bachok, Marang, Arau, Bukit Gelugor, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Pokok Sena, Machang, Pagoh, dan banyak lagi. Dimana jua tempatnya, BA perlu berusaha bersungguh-sungguh menghadapi BN yang sanggup melakukan apa cara untuk menang sekalipun bersalahan dengan undang-undang. Sebagai rakyat, sumbangan anda dari segi material, moral, dan minda amatlah diharapakan.

Ahad, 24 Februari 2008

Boikot BN, Boikot Barang Naik (BN)



















































Usahlah memakai lambang lanun, kerana lanun kerjanya merompak. BN telah merompak wang rakyat. Jangan besubahat dan memalukan diri. JOM BOIKOT.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan