Follow je lah..

Khamis, 28 Februari 2008

Menyatakan Kesalahan UMNO-BN


Kejahilan adalah antara salah satu penghalang untuk kita mendapat hidayah dari ALLAH. Namun kejahilan itu tidak akan dipandang hina sekiranya dalam masa yang sama kita berusaha untuk mendalami ilmu sebgai pedoman dalam kehidupan. Sesungguhnya ilmu itu terlalu luas dan lebih luas daripada lautan yang terbentang di muka dunia ini. Ini kerana, ilmu sentiasa berkembang apabila melalui satu-satu masa dan apabila ia dikupas atau dibincangkan.

"ADAKAH SALAH UNTUK KITA MENYEBUT KEBURUKAN ORANG LAIN DIDALAM SEMUA PERKARA?"

Sesetengah orang melihat perbuatan menyebut keburukan orang adalah bersalahan kerana mendatangkan keaiban kepada diri mereka yang disebut itu. Lalu terus membuat kesimpulan bahawa orang yang menyebutkan keburukan itu sebagai tidak Islamik atau mereka akan terus dibenci. Bagi mereka yang terdiri dari golongan seperti ini, tindakannya yang diambil tidaklah salah, akan tetapi masih terdapat sedikit kekurangan pengetahuan yang harus ditingkatkan.

Sebagai perkongsian ilmu lagi bermanfaat, menurut Al-Imam Ghazali di dalam buku Bimbingan Mukmin dan Imam Yusuf Qardhawi di dalam buku Halal dan Haram, beberapa perkara telah digariskan bahawa seorang muslim berhak menyatakan atau menyebut kelemahan dan keaibannya berdasarkan syarat-syarat tertentu:

a. Didepan hakim didalam membela seseorang dari penganiayaan.

b. Apabila meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kemungkaran atau mengembalikan seseorang ke jalan kebaikan.

c. Mengingatkan seseorang Muslim kepada sesuatu kejahatan seseorang. Dimana tujuannya mengingatkan orang lain supaya menjauhkan diri dari orang itu. Begitu juga didalam kes membincangkan kesesuaian seseorang untuk menjadi suami atau isteri , iaitu didalam pemilihan pasangan hidup.

d. Apabila seseorang itu memang sengaja terang terang membuat kefasikan dan bermegah megah dengan perbuatan itu.

e. Ketika meminta fatwa atau penerangan sesuatu hukum dalam ugama.

f. Apabila seseorang itu terkenal dengan sesuatu gelaran, maka tidak salah untuk menyebut gelaran itu walau menyebut gelaran itu bagaikan mengumpat.

Sila faham dan ingat keadaan-keadaan ini. Dalam keadaan seperti yang dinyatakan di atas, kita berhak untuk menyebut kesalahan seseorang kepada mereka yang sepatutnya.

Pilihanraya adalah satu proses untuk memilih kepimpinan dan mengakkan keadilan. Sesungguhnya di negara ini, hanya dengan cara inilah paling sesuai jika igin membuat perubahan kepada struktur pentadbiran kerajaan yang telah lemah dan rosak. Jika ketika pengundian, kita tersalah memilih pemimpin ataupun parti, lalu parti yang memerintah itu melakukan kesalahan atau mengkhianati kepercayaan pengundi, kita adalah orang yang tetap mendapat dosa kerana kita mengangkat mereka sebagai pemimpin. Oleh itu, pemimpin yang sememangnya dikeatahui akan kefasiqannya, haruslah diberitahu kepada seluruh pengundi atau masyarakat supaya kita tidak salah memilih seorang pemimpin dan memberi kuasa kepadanya untuk memerintah.

Perkara a. dan c. mahupun d. yang dinyatakan di atas, adalah perkara yang layak untuk kita takrifkan bahawa dalam memilih kepimpinan, kita dibolehkan untuk memberitahu akan keburukan orang itu jika perlu. Ini kerana, rakyat adalah hakim kepada pemimpin mana yang akan diundi mereka untuk dijadikan kerajaan. Samalah juga seperti memilih pasangan, jika tersilap memilih pasangan sudah pasti masalah besar yang menimpa di kemudian hari. Maka jika tersilap mengundi calon yang korup dan fasiq, maka masalah besar menimpa rakyat di kemudian hari. Selain itu, tetap wujud kemungkaran yang berlaku di negara ini serta dibangga-banggakan restu daripada pemimpin yang memerintah. Contohnya konsert-konsert dan tempat perjudian di Pahang.

Walaubagaimanapun di dalam usaha untuk menerangkan dan memberitahu bahawa orang tertentu tidak layak untuk menjadi kepimpinan negara, adab adab masih perlu dijaga. Ianya mestilah tidak sampai hingga ketaraf menghina orang itu. Pemberitahuan itu hanya untuk menerangkan orang ramai bahawa orang begini tidak layak memimpin negara. Imam Yusuf Qardawi di dalam membicarakan mengenai memberitahu keburukan orang lain kerana sesuatu kepentingan berkata:

"Dan jika kepentingan itu dapat ditempuh dengan sindiran maka tidak boleh berterang-terangan atau menyampaikan secara terbuka."

Cuma kadang-kala penggunaan sindiran tidak memberitahu perkara sebenarnya dan hanya membuatkan orang keliru dan tertanya-tanya seperti ketika isu 'UMNO-Orang Utan'. Asasnya, di dalam usaha memberitahu keburukan orang lain dalam pemilihan kepimpinan, kita perlu berhati-hati dan menjaga adab sebaiknya. Tetapi jangan kita pula menolak ada kalanya memang ada keperluan untuk memberitahu keburukan orang lain, untuk memastikan mereka yang bersih sahaja memegang tunggak kepimpinan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan