Follow je lah..

Jumaat, 29 Februari 2008

Ikhlas Dariku

"Aku bukan seperti yang engkau sangkakan"

Mungkin ayat inilah yang paling sesuai untuk menyedarkan mereka yang mempunyai penyakit hati seperti dengki kepada mereka yang berusaha membawa Islam. Saban siang dan saban malam mereka merancang bagaimana ingin melemahkan dan menjatuhkan mereka yang membawa kebenaran dari Tuhan. Seperti zaman kegelapan, kebanyakan mereka tidak mahu mengambil dan menerima kebenaran sekalipun telah dibawa di hadapan mata mereka. Ini mungkin disebabkan oleh perasaan permusuhan mereka yang mendalam dan ingin menjaga kepentingan mereka seperti kepentingan kekayaan dan jawatan. Ramai kini, yang gagal apabila diuji oleh ALLAH akan nikmat kekayaan dan jawatan. Bimbang andai jawatan dan harta hilang, mereka rela menjual dan menghalang kebenaran . Ada juga kerana jawatannya sebagai orang terpenting, maka mereka berasa mulia menuruti kehendak manusia daripada kehendak ALLAH.

Sebagai seorang pejuang, ketelusan dalam perjuangan haruslah dimiliki. Tidak mengharapkan kepada harta, pangkat, atau pujian. Sebaliknya, memadailah dengan keredhaan ALLAH. Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang pejuang, mereka akan menempuh pelbagai ujian. Ujian seperti dimaki hamun, dihina, dan dipermainkan adalah apa yang telah dilalui oleh semua pejuang Islam terdahulu. Biarlah mereka yang bergelumang dengan kebatilan berseronok dan berketawa di dunia, kelak mereka akan mengetahui, dunia ini hanyalah seumpama sebuah lamunan.

Menjaga aqidah sendiri dan aqidah semua umat Islam adalah tanggungjawab bagi kita. Kita tidak sanggup menggadaikan aqidah untuk meraih keseronokan dunia. Biarlah dikutuk, asalkan aqidah terjaga dan kita tidak mahu melihat generasi akan datang selepas kita mula meninggalakan aqidah suci ini. Pejuangan aqidah adalah terlalu luas dan meliputi setiap cabang an dalam kehidupan.

Marilah kita bersama-sama berada di jalan yang benar dan bukan jalan yang sentiasa di dalam kekaburan. Perjalanan di dunia adalah sementara dan kita pasti ingin pulang ke Syurga yang tersedia indah. Inilah janji-Nya buat kita seorang hamba yang memiliki kebenaran dari Tuhannya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan