Follow je lah..

Sabtu, 25 Julai 2009

Kecohnya Kematian Teoh

Kematian Teoh memang seolah menggemparkan Malaysia. Malah mendapat perhatian langsung dari kabinet dan parti politik di negara ini. Sejak mayatnya ditemui, sehinggalah sekarang, penyiasatan kes ini masih panas.

Sebab mungkin kes ini mendapat perhatian ialah kerana mendiang ialah orang politik. Beliau mempunyai ramai kenalan politik samada sama parti atau tidak. Maka kes ini mempunyai pengaruh dan unsur politik juga.

Dalam kematian ini juga, kita melihat kerajaan mahu menjadi hero dalam memastikan keadilan dan keberkesanan penyiasatan. Tambah lagi dengan tekanan dari pihak pembangkang agar siasatan dijalankan dengan terperinci.

Kalau kita lihat, setiap hari ramai rakyat biasa yang mati. Samada mati kena pukul atau kena rogol. Tiada pula kecoh nak buat suruhanjaya dan kabinet nak bermesyuarat. Kerana insan seorang ini yang telah pergi, kita jangan lupa isu-isu rakyat yang lebih besar.

Jangan lupa kes sebelum ini, Altantuya dan Kugan adalah dosa lama yang masih mengganggui mereka. Takda pun suruh inkues dan suruhanjaya 'apa jadah' semua tu. Undang-undang negara kita ini sesempurankha dengan undang-undang Islam? Masalah betul..

Rabu, 22 Julai 2009

Lilin Yang Terbakar

Lilin digunakan dengan meluas. Kebiasaannya lilin digunakan untuk mendapatkan cahaya dari api yang dibakar itu. Jika rumah anda terputus bekalan elektrik pada malam hari, maka lilin adalah antara benda yang penting buat anda ketika itu.

Lilin juga digunakan dalam meraikan sesuatu majlis hari lahir sepertimana yang sering dilakukan oleh masyarakat barat dan juga sesetengah orang kita. Bilaangan lilin dibakar berdasarkan bilangan umur, dan kemudian ditiup. Maka hadirin akan bersorak ramai sambil menepuk tangan. Namun cara ini, bukan dianjurkan oleh agama kita.

Lilin juga berguna dalam melekat sesuatu plastik dan sebagainya. Dan apa yang paling penting, 'Mat Gian' atau penagih dadah, tetap menggunakan lilin untuk membakar bahan atau penyuntik mereka. Di gereja dan sesetengah kuil, mereka juga menggunakan lilin sebagai satu alat atau simbol keagamaan mereka.

'Candle light dinner' juga satu contoh mengenai penggunaan lilin. Biasa ia diibarakan dengan suasana yang romantik. Ini hanya budaya barat, ia tidak pula menjadi amalan orang Islam.

Namun apa pula masalah dengan Nizar yang memegang lilin. Atas tujuan apa beliau berbuat demikian. Pastinya kehadiran beliau ke majlis itu adalah untuk menghormati kematian orang bukan Islam yang baik (bukan kafir habi).

Atas dasar kemanusiaan, Islam sangat mementingkan hubungan baik sesama manusia sekalipun berbeza anutan. Bagi kematian Beng Hock, adakah wajar Nizar mensedeqahkan surah Al-Fatihah? Jawapannya tidak. Cara terbaiknya adalah menziarahi dan memberi sedikit penghormatan tanpa ada sebarang niat pemujaan atau pengaruh agama buddha semasa memegan lilin.
Perasan tak sedikit wajah gusar pada Nizar, adakah beliau tidak sedap hati dengan perbuatan itu? Beliau pegang dengan tangan kirinya sambil wajah yang tidak tenang.

Sebaik-baiknya ialah tinggalkan apa sahaja jika ia menggusarkan hatimu.

Isnin, 20 Julai 2009

Wujudkah Pembunuhan Politik

Negara Malaysia aman, tidak seperti di Indonesia yang sering mengalami situasi agak meruncing sehingga terjadi pembunuhan melalui pergaduhan kaum ataupun siri letupan. Keadaan ini jika berlaku pasti mencemaskan semua pihak namun Alhamdulillah, ia masih belum berlaku di sini. Letupan yang berlaku di Jakarta dua tiga hari lalu, merupakan satu lagi tekanan kuat ke atas keselamatan negara.

Kejadian kematian sentiasa berlaku di Malaysia. Kematian yang berkait dengan politik merupakan kematian yang sering dibincangkan dari aspek ketelusan pengendalian kes itu. Samada kematian itu satu kemalangan atau mengejut, apabila dicampuri urusan politik, kes akan menjadi panjang.

Perkara yang selalu menjadi perhatian ialah penyisiasatan. Walaupun polis atau SPRM ada melakukan siasatan, tetapi sesetengah pihak mahu menubuhkan suruhanjaya. Secara tidak langsung, ini akan merendahkan sedikit imej unit itu. Kadangkala, termasuklah institusi kehakiman itu sendiri adanya pertikaian.

Kesimpulannya manusia mahu berbalik dan menuju kepada keadilan. Agak sukar di Malaysia ini untuk memenuhi tuntutan keadilan itu kerana dalam keadaan yang kompleks, ada beberapa hal kuasa perundangan tidak dapat menembusinya.

Kematian yang penuh misteri perlu dileraikan kemisterian itu. Jika tidak ditakuti, akan berlaku lagi siri-siri kematian yang sangat dirahsiakan dan tanda tanya. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsanya tetapi kita ingatkan, negara kita tidak harus ada pembunuhan berbau politik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan