Follow je lah..

Sabtu, 12 Januari 2008

Di Mana Sharlinie?



AIR MATA anak
ini barangkali sudah habis untuk ditangisi. Mungkin begitu juga bagi ibu Sharlinie ini. Misteri yang terus melanda rakyat Malaysia dengan bayangan yang digembur-gemburkan sebagai 'lelaki kucing' menakutkan mereka yang mempunyai anak kecil. Kita sangat bersedih dengan nasib anak ini berkaitan keselamatannya, kesihatannya, dan kebajikannya. Apakah anak ini selamat di waktu anda membaca berita ini?

Kes kehilangan bukanlah perkara yang baru di Malaysia. Peristiwa Tan Shong Sheng pada tahun 1990an turut juga menggamatkan keadaan. Kali ini keupayaan PDRM akan terus diuji lagi dan dinilai oleh masyarakat sungguhpun kes Nurin Jazlin Jazimin (NJJ) pun masih belum selesai dan terus menjadi kerahsiaan PDRM.

Di dalam al-Quran ada juga mengisahkan orang yang hilang. Di dalam Surah Yusuf diberitakan tentang kehilangan Nabi Allah Yusuf. Kesannya, ayahanda Nabi Allah Yusuf iaitu Nabi Allah Yaakub menangis sehingga kehilangan penglihatannya.

"Dan (bapa mereka iaitu Nabi Yaakub) pun berpaling dari mereka (kerana berita yang mengharukan itu) sambil berkata: Aduhai sedihnya aku kerana Yusuf, dan putihlah dua belah matanya disebabkan ratap tangis dukacitanya kerana dia orang yang memendamkan marahnya di dalam hati." (Yusuf:84)

Bagaimana pula dengan peristiwa Nabi Allah Ibrahim dan NAbi Allh Musa, yang dipelihara oleh Allah ketika baginda ditinggalkan bersendirian semasa kecil. Berkat pergantungan kepada Allah baginda terselamat walaupun berseorangan. JANGAN sesekali mana-mana pihak cuba berjumpa kepada ahli sihir atau pun tok bomoh untuk mendatangkan petunjuk di mana anak ini.Sebaliknya melakukan solat hajat, berdoa dan sebagainya. Bergantunglah pada Allah dan usah putus asa.

Dari Ibnu Abbas r.a katanya:"Rasulullah s.a.w membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda:”Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.”
(Muslim)


Semoga adik selamat dalam perlindungan Allah...

Khamis, 10 Januari 2008

1 Muharam, detik bersejarah...

Photobucket Album
Photobucket

Yang Pertama dan Yang Terakhir


1 Muharram 1429 Hijrah......
Dalam kehidupan insan Islam yang beriman kepada Allah adalahi paling indah berada dalam keadaan sujud kepadaNya. Sujud dalam erti kata mematuhi perintah dan laranganNya. Sungguh benar peristiwa seorang muslim mati dalam keadaan sujud. Ia menjadi pilihan di hati sanubari seorang mu'min.

Perjuangan untuk bergelar mu'min adalah sukar. Namun ia bukanlah alasan untuk kita terus duduk dalam kekufuran dan kemaksiatan. Kegelapan perlu diterangi seperti si buta yang menghendaki dicelikkan matanya agar mudah ia menyusuri kehidupan ini.
Saya berasa insaf melihat keadaan diri jika ditarik oleh Allah akan nikmat penglihatan.. Nah,Terpaksa berjalan di dalam kegelapan dan tongkat menjadi kawan yang rapat.
Mujurlah buta di dunia masih lagi mempunyai tongkat untuk berjalan ditambah lagi ada tangan yang mulia mebimibing si buta itu. Jika diakhirat mata dibutakan, apakah mampu untuk kita mencari tongkat dan meminta pertolongan orang lain? Ya Allah, sungguh rugi nya diri ini.

"Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar)." al-Israa' :72

Ya Allah, aku memohon agar tidak dibutakan mata ini di dunia dan di akhirat... Ya Allah, mata ini banyak berdosa pada Mu, Ya Allah..


"Maka rasakanlah azab-Ku dan ancaman-ancaman-Ku" al-Qamar:39

Hanya sujud penawar jiwa dan penjamin kebahagiaan. Semasa di alam Roh, kita sudahpun berjanji untuk sujud pada Allah. Itulah seawal-awal perkara dalam rangka hayat kita. Semoga jiwa ini akan berakhir jua di dalam sujud kepada Allah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan