Follow je lah..


Sabtu, 12 Januari 2008

Di Mana Sharlinie?



AIR MATA anak
ini barangkali sudah habis untuk ditangisi. Mungkin begitu juga bagi ibu Sharlinie ini. Misteri yang terus melanda rakyat Malaysia dengan bayangan yang digembur-gemburkan sebagai 'lelaki kucing' menakutkan mereka yang mempunyai anak kecil. Kita sangat bersedih dengan nasib anak ini berkaitan keselamatannya, kesihatannya, dan kebajikannya. Apakah anak ini selamat di waktu anda membaca berita ini?

Kes kehilangan bukanlah perkara yang baru di Malaysia. Peristiwa Tan Shong Sheng pada tahun 1990an turut juga menggamatkan keadaan. Kali ini keupayaan PDRM akan terus diuji lagi dan dinilai oleh masyarakat sungguhpun kes Nurin Jazlin Jazimin (NJJ) pun masih belum selesai dan terus menjadi kerahsiaan PDRM.

Di dalam al-Quran ada juga mengisahkan orang yang hilang. Di dalam Surah Yusuf diberitakan tentang kehilangan Nabi Allah Yusuf. Kesannya, ayahanda Nabi Allah Yusuf iaitu Nabi Allah Yaakub menangis sehingga kehilangan penglihatannya.

"Dan (bapa mereka iaitu Nabi Yaakub) pun berpaling dari mereka (kerana berita yang mengharukan itu) sambil berkata: Aduhai sedihnya aku kerana Yusuf, dan putihlah dua belah matanya disebabkan ratap tangis dukacitanya kerana dia orang yang memendamkan marahnya di dalam hati." (Yusuf:84)

Bagaimana pula dengan peristiwa Nabi Allah Ibrahim dan NAbi Allh Musa, yang dipelihara oleh Allah ketika baginda ditinggalkan bersendirian semasa kecil. Berkat pergantungan kepada Allah baginda terselamat walaupun berseorangan. JANGAN sesekali mana-mana pihak cuba berjumpa kepada ahli sihir atau pun tok bomoh untuk mendatangkan petunjuk di mana anak ini.Sebaliknya melakukan solat hajat, berdoa dan sebagainya. Bergantunglah pada Allah dan usah putus asa.

Dari Ibnu Abbas r.a katanya:"Rasulullah s.a.w membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda:”Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.”
(Muslim)


Semoga adik selamat dalam perlindungan Allah...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan