Benarlah kehidupan ini diibaratkan seperti sebuah pelayaran. Pelayaran diatas sebuah kapal yang menuju ke sebuah destinasi jauh. Perumpamaan ini mungkin digubah oleh mereka yang benar-benar menyelami sebuah kehidupan.
Cuba lihat sorotan pelayaran seketika...
Kapal yang berlayar di lautan yang luas akan tetap meneruskan perjalanannya walaupun apa rintangan. Keadan cuaca tidak menentu, mungkin tenang, bergelora, atau ribut kencang. Paling yang tidak diingini ialah ribut kencang. Ombak besar menghempas kapal pelayaran, kapal akan terumbang ambing ditengah lautan. Anak kapal perlu terus berusaha menyelamatkan kapalnya daripada karam. Andai mereka terjun dari kapal, pasti ajal yang menanti...maka ini bukanlah cara yang terbaik. Selamatkan kapal itu sehingga habis cara pun demi meneruskan sebuah pelayaran.
Apabila ribut berlalu, lautan kembali tenang dan kapal kembali pada pelayarannya. Sudah pasti semua anak kapal akan penat dan kesedihan kerana kesan dari pukulan ombak serta kencangan angin yang merosakkan kapal dan mencederakan mereka. Namun lama-lama kerosakan akan dibaiki segera dan kecederaan akan diubati sebaiknya.
Sungguhpun begitu, ketibaan mereka ke destinasi pasti dirasaai hasil penat lelah mereka. Itulah sebuah pelayaran.
Follow je lah..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Bacalah juga:
-
Mendapat jawatan bukan perkara yang seronok. Lebih lagi dalam menjadi ahli politik, berada di barisan kepimpinan, amanah bukan perkara yang ...
-
Kepada semua pemimpin dan ahli parlimen mahupun ADUN dari parti BN-UMNO, cepat-cepatlah mulakan kerja membantu rakyat. Usahlah berkelahi men...
-
Kita akan mati pada bila-bila masa. Entahkan esok atau lambat lagi. Hakikatnya setiap yang hidup seperti kita sekarang kelak kita akan mati....


1 ulasan:
Salam. Selamat menulis. Moga terus istiqamah.
Aku sudah masukkan link blog ini dalam senarai bloggers di blog aku.
Bagus sekali bila tengok ramai yg mulai menulis skrg. Semoga informasi dan segala ilmu dapat dikongsi.
Najwan
Catat Ulasan