Follow je lah..


Khamis, 17 Januari 2008

Masalah Air Yang Kritikal

Bukan sehari dua gangguan air telah berlaku di kolej ini, bahkan seminggu dua. Gangguan yang berlaku benar-benar menguji kimanan dan kesabaran seseorang. Orang kata "Biar takda api asalkan jangan takda air" Inilah ungkapan yang mudah dan memberi makna kepada kita. Gangguan bekalan air ialah bekalan air yang tidak menentu sekejap ada dan sekejap tiada seperti biskut Chipsmore.

Tetapi mengapa keadaan ini berlarutan sehingga dalam tempoh yang berhari-hari lamanya. Bukan ingin mencari siapa salahnya, akan tetapi mencari siapakah yang sepatutnya membela kebajikan kami ketika keadaan yang kritikal seperti ini?

Seharusnya pihak yang bertanggungjawab atau pemimpin menyediakan khidmat yang baik kepada seluruh warga kolej. Sepatutnya tangki bekalan air tambahan disediakan sepanjang masa selagi mana gangguan ini tidak dapat diatasi. Tangki air tambahan perlu diselia sebaiknya. Kita perlu bertindak cepat dan bijak yang mana bukan hanya sekadar berkokok di tepi tangga. Sebarang maklumat harus dijelaskan bagi mengelakkan salah faham.

Air sangat penting dalam kehidupan dan satu keperluan wajib bagi hidupan. Air digunakan hampir seluruh aspek kehidupan manusia seperti dalam makanan dan minuman, kebersihan, ibadah, dan pekerjaan.
Apa yang paling ditakuti, apabila tiada air pada waktu subuh umpanya, maka ada segelintir muslimin akan meninggalkan solat. Sikap pandang remeh pada kefardhuan solat membinasakan diri sendiri. Solat tidak boleh ditinggalkan walaupun tiada air, kerana air perlu dicari diluar sana, cuma memerlukan sedikit pengorbanan.


Kepada Allah kitia berdoa agar krisis air ini berakhir. Lindungilah Kami daripada bala yang menghimpit atas kelalaian kami. Amin. Bersama kita meninsafi dan mengakui kelemahan diri sendiri. Firman Allah:

Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?." (al-Mulk:30)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan