Follow je lah..

Sabtu, 16 Februari 2008

Tiada Integriti Lagi

(calon hantu untuk pengundi hantu)

Tan Sri Abdul Rashid (Pak Rashid) adalah pengerusi SPR yang telah dilanjutkan perkhidmatannya kerana berjasa kepada BN. Sebaliknya, bagi BA beliau dilihat sebagai 'kuda' untuk pemimpin BN menjalankan banyak strategi BN bagi tujuan bermain kotor dalam politik. Sesiapapun yang memimpin SPR, sekiranya tidak amanah pasti merosakkan negara dan bangsa. Rakyat telah mengetahui kelemahan SPR.

Dari Pilihanraya Umum sehinggalah ke Pilihanraya Kecil, peranan SPR sangat penting dalam menjadi penggerak kepada sebuah demokrasi. Malang apabila SPR lemah dalam menjalankan tanggungjawab seperti menangani pengundi hantu biarpun telah berulang kali kelemahan ini disuarakan oleh pelbagai pihak. Pengundi hantu ini adalah seperti pengundi yang namanya telah mati ataupun pengundi yang berumur 100 tahun tetapi layak mengundi. Selain itu ada juga pengundi hantu yang dari luar kawasan mengundinya datang untuk mengundi di tempat yang tidak sepatutnya seperti dalam PRU-11 di Terengganu.

Berikutan perkara ini setiap kali apabila ditanya oleh wartawan kepada Pak Rashid berkaitan pengundi hantu atau tarikh PRU-12 yang lebih awal dari waktu sepatutnya, Pak Rashid seolah-olah mengelak dari menjawabnya. Aduhai Pak Rashid, lihat pada PRU-11, terdapat banyak kesalahan dilakukan oleh SPR. Seperti nama pengundi yang telah dipadam, anggota SPR yang tidak jujur, dan pelbagai lagi. Masalah ini tidak diendahkan oleh kerajaan. Seolah-olah kerajaan tidak mahu campur tangan dengan hal urusan SPR apabila berhadapan rakyat tetapi apabila di belakang rakyat,mereka telah berpakat. Jelas SPR dan BN berkomplot atas nama kerajaan. Sepatutnya, SPR hendaklah berkecuali dan tidak berkompromi dengan mana-mana parti dan hanya menjalankan tugas dengan efisyen.

Sedikit sebanyak pembaikan dilihat seperti penggunaan dakwat dan peti lutsinar. Sungguhpun demikian, masalah utama iaitu integriti SPR tetap dipertikai setelah SPR gagal bertindak secara bersih dan jujur. Bersamalah kita meliihat pada PRU-12 ini akan kredebiliti SPR yang sememangnya tercalar dalam menunaikan amanah rakyat atas nama demokrasi. Tidak sesekali SPR berjaya melawan kemaraan rakyat. Rakyat telah bersatu hati melawan BN dan SPR yang korup.

(sila lihat gambat hantu terbaru di bawah)

Jumaat, 15 Februari 2008

Kesedaran Rakyat Meningkat


Benarkah di dalam politik, jika kita terlalu benar lagi jujur kita akhirnya akan mendapat kerugian? Apakah berkata benar itu terlalu sukar sedangkan menegakkan benang yang basah adalah lebih sukar? Sekiranya dilihat dalam kes Soi Lek, beliau telah bersikap jujur dan akhirnya terpaksa mengundur diri dari politik. Adakah ini risikonya jika bersikap jujur?

Kini rakyat semakin sedar dan mengetahui keadaan politik di Malaysia. Usaha-usaha untuk melindungi kelemahan BN secara berbohong atau putar-belit dalam pentadbiran telah melemahkan lagi BN tanpa mereka sedari.

"Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya."
(Al-Baqarah:9)

Kesedaran rakyat yang paling besar dapat dilihat menerusi perhimpunan BERSIH sebelum ini. Kita telah berjaya menyampaikan mesej kepada negara sekali gus meningkatkan kesedaran rakyat negara ini untuk terus menjaga Malaysia dari terus ranap oleh kezaliman. Semua kaum seperti Melayu, Cina, India, dan lain-lain jelas menunjukkan negara perlu mengalami reformasi kerajaan. Tanah rakyat yang dirampas, harga barang yang naik, kebajikan rakyat yang terabai sebagai bukti bahawa legasi BN perlu ditamatkan. Rakyat tidak mudah dibodoh-bodohkan mahupun ditipu seperti yang mereka sangkakan. Modal insan sudah tidak bermodal lagi kerana mereka sendiri sudah tiada modal dan mengecewakan.

Najib pula sering menakutkan rakyat dengan agenda Negara Kebajkan yang dibawa oleh PAS bahawa sekiranya ia dilakukan negara akan bankrup. Inilah sahaja teknik difensif yang boleh dilakukan oleh Najib bagi menyatakan bahawa BN terlebih dahulu menjadi juara dalam memperjuangkan kebajikan rakyat. Beliau seharusnya tahu bahawa korupsi yang dilakukan oleh mereka lebih lagi meranapkan ekonomi dan menjadikan rakyat bankrup. Lihat bank-bank seperti Bank BCB (kini CIMB) dan Takaful (kini etiQa) yang tidak wujud lagi di Malaysia kerana bankrup.

Kita tidak menafikan BN ada menjalankan usaha menjaga kebajikan . Namun BN terlupa, kebajikan bukanlah hanya terletak pada pemberian material semata-mata seperti membina jalan dan memberi wang ehsan, sebaliknya kebajikan adalah memelihara dan memuliakan manusia supaya membetuk insan berjaya. Tetapi kini mengapa masih banyak lagi masalah sosial yang tidak henti-henti membawa malapetaka. Sambutan di malam hari bagi tahun baru dan kemerdekaan umpamanya telah banyak kali menjahanamkan anak-anak melayu. Anak melayu terus rosak mindanya dan terhapus kesopanan di bawah BN.



Undi anda, bakal mengubah nasib mereka dari batil kepada benar.
-Undilah Barisan Alternatif (BA)-

Bilik Operasi Di Buka

Semua cawangan kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. Bilik operasi atau markas kecil parti dibina dan dibuka 24 jam. Bertujuan memberi khidmat kepada pengundi, merancang, bermesyuarat dan menyalurkan info. Penamaan calon pada 24 Februari 2008(sekirannya rakyat tak ditipu lagi) bakal merancakkan lagi suasana pilihanraya di setiap kawasan. Di bilik operasi inilah sekali lagi sebagai tempat menyusun atur strategi berkempen, menyimpan poster dan bedera, dan tidak kurang juga sebagai simbolik teritori setiap parti yang bertanding.

Pilihanraya dijangka sengit bagaikan pertemuan kucing dan anjing. Parti calon BN akan bertanding satu sama satu dengan calon BA dikebanyakan kawasan pilihanraya. Berlandaskan konsep kebarangkalian, setiap calon berkebarangkalian satu perdua untuk dipilih oleh pengundi dalam pilihanraya ini. Kebarangkalian ini besar disamping memberi erti bahawa setiap pengundi hanya perlu memilih satu sahaja daripada dua pilihan . Sekiranya terdapat calon dari bebas, maka kebarangkalian akan berkurang lagi namun calon bebas tidak mampu mencabar parti-parti utama. Dengan langkah satu lawan satu yang diambil oleh BA diharap adalah langkah bijak.

BN berbelanja besar dalam usaha kempen mereka pada setiap penggal PRU. Ini dikhuatiri perbelanjaan akan menjerumus kepada pembaziran dan disonglap. RTM hari ini bertukar menjadi RTBN. Begitu jugalah TV3 yang sentiasa lebih selesa menyokong kerajaan BN daripada bersikap adil dalam membuat liputan. Rakyat digesa usah dibodohkan oleh BN dengan diberi wang supaya mengundi dan menjadi taikun-taikun BN.

Dalam penamaan calon, ada muka baru yang diketengahkan dan ada juga muka lama yang dikekalkan. Strategi meletakkan KJ di Rembau, Negeri Sembilan dilihat sebagai langkah bacul. KJ antara 'pendekar' UMNO agak lawak apabila berpencak silat di kubu sendiri sedangkan musuh ada di luar. Ayuh keluar dari kubu, bertarung di medan pertarungan. Negeri Sembilan yang sifatkan sebagai kubu BN adalah tidak layak buat KJ bertanding di sana. Secara beraninya, KJ wajar diletakkan dikawasan yang 'panas' seperti lembah Klang atau di kubu kuat BA memandang KJ kununnya berpengaruh dan berani.

Presiden UMNO bakal menerima impak. Tsunami rakyat akan menghempap mereka. Dan kita juga kecewa, dengan Pak Lah yang menipu tarikh pembubaran parlimen. Kami tak mahu penipu dan biarpun menipu dalam bergurau atau berseloroh. Demokrasi dan pemerintahan negara bukan boleh dibuat bergurau mahupun berseloroh. Kerusi parlimen yang dipegang oleh BN akan diselamatkan. 4o kerusi menjadi kerusi sasaran.

Kibarkan bendera dan sampaikan kebenaran. Apabila datang kebenaran, maka musnahlah kebatilan.

Rabu, 13 Februari 2008

Kita Bersatu Tukar Kerajaan

Beberapa hari atau jam lagi Parlimen akan dibubarkan. Maka bermulalah 'peperangan' yang dipendam selama lebih 4 tahun ini. Setiap parti akan berkempen, bergerak, bergempur,dan berjuang habis-habisan. Yang benar akan terus menegakkan kebenaran dan yang palsu akan terus memutar belitkan kebenaran sehingga akhirnya diri sendiri yang terbelit. Inilah bahang pilihanraya yang makin panas dan menggelegak dan tidak mampu di'sejuk'kan oleh sesiapa pun rakyat Malaysia di negara ini.

Berdasarkan kalender, kini bulan Mac semakin hampir. Apakah PRU-12 pada bulan tersebut? Biarpun bila tarikhnya, kita semakin hampir dan makin bersedia dengan segala kejutan yang bakal tiba tanpa di duga. Politik umpama sebuah percaturan yang sengit. Didalamnya ada sepak terajang, mencarut, mengomplot, dan merapu.

Kemanakah hala tuju Malaysia selepas ini? Hala tuju atau realiti kini negara adalah harga naik(minyak,tol,tepung,makanan), jenayah melata, dan wang menjadi ukuran. Dalam isu harga naik, bagi BN, ini adalah senario yang perlu dihadapi. Alih-alih rakyat dan peniaga yang diselar. Rakyat diarah berjimat, peniaga disekat keuntungan, dan pemimpin BN terus mengaut wang berjuta-juta dari titik peluh rakyat.

Dalam satu video (http://www.youtube.com/watch?v=XtOTqJz_GZQ) yang disiarkan, taktik BN adalah lumrah setiap penggal PRU. Lima taktik yang disiarkan ini adalah antara taktik-taktik yang dijalankan. Dari sekecil-kecil taktik sehinggalah ke peringkat yang lebih besar seperti melibatkan institusi kehakiman mereka rakus melakukannya. Antara yang disebut dalam video itu ialah:

1.Wang Ringgit: Wang yang bakal mengaburi rakyat dan menggoyahkan pendirian suci rakyat. Selain dari wang, barangan keperluan juga akan disalurkan secara bantuan sekiranya berlaku bencana dan perkara ini akan disiarkan di media serta merta.

2.Ahli Baru: Semakin hampir dengan PRU, mereka akan hebahkan yang kunun(sebutan Tun M)nya ada ahli baru BN berhijrah dari parti lawan. Kebiasaanya adalah dari mereka yang dikenali ramai dan berjawatan dalam parti lawan.

3.Perpaduan Kaum: Rakyat perlu bersatu dibawah kepimpinan kerajaan kini sekalipun terlalu banyak masalah atau korupsi dalam petadbiran. Perkataan seperti 'kesinambungan' ,'kemakmuran', dan 'keamanan' digembar gemburkan. Menyiarkan bahawa pembangkang sentiasa ganas seperti suka membuat demonstrasi dan memfitnah.

4.Kemajuan Ekonomi: Rakyat Kelantan diseru agar memajukan diri. Maju dengan menukarkan kerajaan. Mereka akan melihatkan yang Terengganu lebih maju dari Kelantan oleh kerana ditadbir BN. Sebaliknya, kerajaan yang hendak ditukar ialah kerajaan persekutuan. Tiada sesiapa yang boleh mencabar kewibawaan Tuan Guru Dato' Haji Nik Aziz Nik Mat berbanding Dato' Sri Haji Abdullah Badawi. Walaupun kedua-duanya 'Haji',tetapi tetap berbeza.

5. Ketuanan Melayu: Andai terkubur UMNO apakah terkuburnya melayu? Biarlah melayu yang khianat sahaja berkongsi batu nisan dengan batu nisan UMNO dibawah satu liang lahad. Sebaliknya, melayu yang gigih, rajin, dan berakhlak, terus mendapat ketuanan dan hak dalam negara ini. Asal sahaja melayu, apakah mesti dikaitkan dengan UMNO? Tetapi inilah yang berlaku terutamanya di luar negara. Sesetengah pelajar-pelajar melayu diserap dalam UMNO. Tetapi disini, UMNO tidak relevan lagi. Sebuah dilema yang sukar dikupaskan.



Semakin hari kita semakin hampir dengan pilihanraya yang dinantikan oleh semua rakyat Malaysia. Bersedialah kita, bukannya soal minat politik atau tidak wahai kawan-kawan, tetapi ini adalah soal masa depan agama, bangsa, dan negara. Agar anak-anak mudah bersekolah, ibu ayah bertambah rezqi, masjid indah dimakmurkan, masyarakat hidup sihat dan selesa, dan negara gemilang di dunia dan akhirat.

"Ini negeri memang banyak problem kita tau,
sekarang orang India, orang Melayu, orang Cina,
bersatu
mau TUKAR ini kerajaan"

- Dato' Sri Anwar Ibrahim
Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Selasa, 12 Februari 2008

Siapakah Kita Hamba ALLAH?


"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati. Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat."

(Surah Al-Mu'minun: 12-16)


Kita yang diciptakan dari tiada kepada ada. Kemudian kita menjadi seketul daging yang lemah dan dhaif. Mempunyai mata tetapi tidak lagi celik dan mempunyai tulang tetapi tidak lagi kukuh malah rapuh. Sentiasa mengharap makanan dari ibu yang tercinta melalui hanya saluran tali pusat. Apabila cukup masa, kita diterjemahkan kepada bentuk manusia. Dilengkapi dengan cukup sifat dan organ supaya dapat hidup kelak setelah dilahirkan. Untuk kita berjalan, berlari, belajar, bermain, dan berbagai lagi.

Maka bermulalah siri kehidupan kita dalam pentas dunia yang sementara ini. Tahukah kerana sementaralah manusia lupa kepada yang kekal dan lebih malang lagi lupa kepada sejarah lalu bagaimana ia diciptakan oleh ALLAH. Semasa kita dilahirkan disambut dengan kegembiraan oleh semua ahli keluarga. Kata Imam Ghazali, janganlah pula ketika mati kita menangis lagi dan disamping ahli keluarga yang turut jua menangis. Kita menangis kerana dosa yang dilakukan dan ahli keluarga menangis kerana tiada sebarang harta dapat diwarisi daripada kita. Lahirnya seorang hamba ALLAH yang lemah dan sentiasa memerlukan bantuan dari sesiapa sahaja. Sehinggalah kita sudah besar dewasa dan dapat berfikir serta mengkaji baik dan buruk.

Ada juga yang angkuh dan sombong kepada ALLAH tatkala mereka dewasa. Jika tidak diizinkannya hidup semasa kecil sehingga sekarang pasti ia sudah lenyap di muka bumi ini. Tetapi akan ada yang berterangan mengingkari perintahNYA. Apakah hamba layak melanggar perintah? Dan akan ada yang lebih kuat lagi untuk menentang perintahNYA.

Sebuah cerita erti hidup manusia yang sedang anda cari dan sedang miliki. Anda bertuah kerana masih bernafas di alam dunia ini sehinggalah kini anda berjaya. Memiliki kehidupan bukanlah sesuatu yang murah,tetapi berharga yang tiada taranya. Pasti, kita akan pulang jua akhir nanti.



Isnin, 11 Februari 2008

Bersedia Hadapi PAS




"Ada apa dengan Hadi?"
-Mingguan Malaysia bertarikh 10/02/2008 mukasurat 17

Pemimpin ini nampaknya sudah memandang lemah pada seteru politiknya. Kadangkala dengan perasaan seperti ini boleh membawa kesan mendalam kerana memandang rendah kepada seterunya. Lawan tetap lawan. Sudah pasti Idris tidak mahu Terengganu jatuh semula ke tangan PAS. Andai PAS berjaya di Terengganu, tamparan hebat buat Idris maka terpaksa beliau melepaskan jawatannya. Ini bererti Idris gagal selama tempoh 4 atau 5 tahun pemerintahannya membentuk kepercayaan rakyat supaya yakin dengan BN. Kemenangan BN pada PRU-11 lalu di Terengganu berserta dengan kontrovesi. Setelah mentadbir, banyak wang telah dilaburkan dan berusaha mengekalkan bentuk Islamik tetapi Hadhari BN. Menurutnya, pelaburan itu bukanlah bersifat 'kosmetik' tetapi bertepatan.

Namun, tidak lain dan tidak bukan bagi PAS, bermatlamat untuk mendaulatkan Islam. Kita yakin sepertimana Kelantan, yang berjaya mengekalkan kemenangan PRU-11 oleh kerana rakyat menerima agenda suci PAS. Membina banyak masjid dan berjaya mengumpul 2000 kanak-kanak untuk khatam al-Quran tidak cukup, sebaliknya PAS akan berusaha memanfaatkan masjid dan melaksanakan perintah al-Quran. Serta berusaha memulangkan hak rakyat seperti royalti dan tanah yang telah dirompak oleh mereka yang rakus dan tamak kepada dunia serta melupakan balasan akhirat. Kini, rakyat terus menanti tarikh keramat pilihanraya kerana ingin merubah kezaliman kepada keadilan dan batil kepada yang haq.

Berikutan itu,dengarkan kata Tuan Guru Haji Hadi :




Takbir!!! Allahuakbar...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan