Follow je lah..


Memaparkan catatan dengan label Pilihanraya Kecil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pilihanraya Kecil. Papar semua catatan

Selasa, 8 Mac 2011

Kenapa BN Menang...


Pilihanraya kecil dua hari lepas memberi kemenangan kepada BN. Malah, kebelakangan ini juga kemenangan berpihak kepada BN. Saya tertarik dengan kenyataan TGNA bahawa parti yang berlawan dengan BN adalah parti yang berlawan dengan kerajaan. Macam mana cara pun

Jumaat, 4 Mac 2011

Lagi Adun BN Rasuah

Saya kira ini berita yang tepat untuk dikeluarkan dua hari sebelum PR kecil. Seorang Adun BN di tuduh dengan 2 tuduhan rasuah. Hah!

Khamis, 3 Mac 2011

Bagi Saya Merlimau Ais Satu!


Udara panas, kering tekak..rasa macam nak pergi dapatkan sesuatu minuman untuk diteguk..Sedang menunggu order, sempat tgk RTM yang dok galak mengempen. "Merlimau Ais Satu...!"

Selasa, 1 Mac 2011

Kalau BN Tiada Malu, Lakukanlah Apa Sahaja





Perang psikologi sejak pengumuman calon bertanding telah bermula. Kedua-dua tempat iaitu Kerdau dan Merlimau menjadi tempat yang panas. Bukan disebabkan matahari yang panas, tetapi sebab

Jumaat, 25 Februari 2011

Harga Minyak Tak Naik Hanya Strategi Politik

Pengumuman yang dibuat oleh KPDNKK, bahawasanya harga RON95 dan diesel tidak naik pada saat harga minyak naik meninggi lebih kepada gimik politik. Bagi yang selalu membaca akhbar apabila membaca berita ini akan berkata

Ahad, 11 Oktober 2009

Respon Positif Kemenangan BN


Sudah lama kita tidak mendengar suara dari kepimpinan UMNO dan BN apabila mereka memenangi pilihanraya. Kemenangan di Bagan Pinang ini memberi sedikit nafas lega setelah tujuh kali kalah berturut-turut.

Dengan kekalahan PAS ini adalah petanda baik. Petanda bahawa untuk menggempur kubu-kubu BN di sesetengah kawasan adalah sukar. Maka cabaran ini berkait rapat dengan agenda Pakatan memenangi PRU13. Penelitian mestilah dikaji mendalam dan kita harus belajar dari kekalahan ini.

Biasanya apabila BN menang, kita akan mendengar:

a) Rakyat telah kembali memberi keprcayaan kepada BN dan ini adalah tanda Najib berjaya membaiki imej BN yang teruk sebelum ini. Akhirnya usaha kita berjaya.

b) Pakatan Rakyat sudah tidak diterima kerana hanya mencetus provokasi dan menyusahkan rakyat. Rakyat sudah menolak Pakatan.

c) BN adalah parti untuk 1Malaysia. Kerajaan sangat perihatin kepada masalah rakyat dan akan teruskan kesinambungan. Kerajaan amat serius terhadap kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang parti.

d) Terbukti segala apa yang dituduh oleh Pakatan adalah tidak benar. Sebaliknya BN satu-satunya parti yang bergerak lurus, seimbang, dan maju.

e) BN mempunyai peluang cerah untuk memenangi PRU yang seterusnya kerana rakyat sudah boleh menerima kita semula.

f) Rakyat kini sudah bijak dan mereka telah melaksanakan demokrasi dengan betul serta membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan kehendak masakini.

g) Isa Samad boleh jadi MB Negeri Sembilan semula.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Dacing Tak Guno


Maie den kobarkan..dah beghapo lamo kito dolu dok kono koncing dongan si Pendek tu? Apo kito dapek, ekau sekarang dapek la baju dongan duit, tapi lopeh tu meghano satu kampong kito.

Dulu laie..babi bersepah. Lopeh soghang-soghang tekojol mati. Apo ekau pedulik sobab yang mati tu orang kampong den, bukan oghang ghumah ekau, ekau dok sonang ajo. Apo ekau nak, sumo dapek. Sekarang ni den dah tak bokonan dah lagi dongan muko ekau.

Pot Diksen sekarang ni dah kotor. Bukan bole sebarang ekau menyolam, silap-silap totolan air taik. Gilo ko. Ontah apo-apo dibueknyo. Anak mudo sumo dah jauh dari masjid dan lobih suko lepak kek Terminal One. Lomah boto..

Setiap kali ghayo..bososak-sosak la manusio ngan gajah naik Bukit Putus. Bocampo-campo, ado yang nak poie kojo, nak poie hospita, mano-mano lah, den sikit laie den nak tejunam dalam gaung tu. Apo ekau buto ko tak nampak jalan macam ula kono palu. Dah bepuloh tahun ekau buto ko?

Den tak suko kaki ghasuah. Den tak kigho ekau nak kato langga kod etika ko, apo ko..ekau dah tak layak. Bukan den tak tau ekau dah tobat ko tidak, den tak kigho..tapi yang penting biorlah oghang yang baik-baik, sojuk mato lihat, cakap lomah lombut ajo, den suko.

Dacing dah tak guno botol!..nyampah..poie campak luar tu jang!

Selasa, 6 Oktober 2009

Bantu Pesakit Ini Segera


Sayu melihat penderitaan yang dialaminya. Beliau mengidap penyakit misteri yang sehingga kini tidak tahu apa dan siapakah puncanya. Keadaan menjadi teruk apabila terpaksa memakai bengkung leher. Badan beliau agak besar dan ini sudah pasti membebankan beliau.

Beliau mempunyai banyak tugasan lagi memandangkan mengidap penyakit ini, beliau dinasihat bercuti atau balik kampung tanam jagung. Pakar perubatan seharusnya berusaha merawat beliau agar beliau dapat kembali ke Kuala Lumpur bagi melaksanakan kerja beliau yang telah tertangguh.

Sesiapa yang bersimpati bolehlah datang ke Bagan Pinang untuk berkempen meminta bantuan kewangan untuk beliau supaya dapatlah sekurang-kurangnya meringankan beban yang beliau tanggung.

Ahad, 4 Oktober 2009

Bagan Pinang Bukan Untuk Isa


Penamaan calon sudah berlalu. Kini perlawanan kempen antara dua parti sedang sengit. Seperti biasa PAS bukanlah pasukan under-dog sebaliknya gelaran itu sesuai untuk BN yang telah kalah 7-1. Sasaran kita pula adalah 8-1, insya-ALLAH.

Isa adalah bekas MB Negeri Sembilan yang paling lama dan mungkin paling kaya. Pernahkah anda melawan Negeri Sembilan dahulu dan kini? Pastinya keadaan tiada mana berubah, Bukit Putus dalam era pentadbirannya telah membunuh banyak nyawa dan sampai kini tempat itu belum ada perubahan sepangjang era beliau.

Calon yang kontreversi ialah Isa. Beliau telah ditolak oleh orang UMNO sendiri dan kini kerana desakan pengikut taat beliau, beliau dipilih menjadi calon. Orang yang mempunyai rekod tidak baik amat malang untuk dijadikan teladan walaupun boleh. Apakah dalam UMNO sudah tiada calon lain yang lebih bersih darinya?

Isa mengamalkan 'personal touch'. Rakyat tak tahu apalah pendekatannya itu yang katanya ia adalah satu pendekatan paling mujarab. Apakah pendekatan ini sama seperti 'touch&go' yang bermaksud apabila ada pilihanraya barulah melawat rakyat di kawasannya dan selepas itu blah.

Apa jaminan dan janji Isa sendiri sebagai mewakili BN dalam pilihanraya kecil ini. Kalau BN menang pun dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang, tak jauh mana BN akan berubah. Mungkin pemimpin BN kata rakyat sudah sedar dan insaf betapa pentingnya BN membela nasib rakyat.

Selasa, 29 September 2009

Isa Dibuang Masih Dibilang


Pencalonan siapa adun di Bagan Pinang dari BN bukan lagi rahsia. Rata-rata nampak seolah Isa Samad boleh jadi orang terpenting dalam kemelut ini. Biarpun pernah disabit kaki rasuah, itulah yang disebut 'personal touch' oleh beliau.

Entah berapa kali buat UMNO untuk belajar dari kesilapan lama kerana memilih calon yang tidak bersih dan lemah. Kerana duit dan pengaruh masih ada, itu hal semua ditolak tepi. Barangkali orang yang bersih semuanya sudah lama keluar meninggalkan UMNO maka sebab itu tiada calon terbaik di mata rakyat.

Apabila cakap pasal ini, BN selalu berkata Anwar yang bekas banduan itu pun boleh jadi Presiden parti apatah lagi dia yang hanya dikenakan tindakan disiplin. Ini sebenarnya perbandingan seperti enggang dengan pipit. Bukannya dia tidak tahu apa yang berlaku kepada Anwar ialah sebuah konspirasi zalim era Mahathirisme.

Satu masalah yang paling merbahaya ialah apabila amanah itu diberikan kepada bukan ahlinya. Atau dalam erti kata lain bukan kepada orang yang benar-benar layak maka nantilah hari qiamat yang semakin dekat. Dan perkara ini ada dijelas dalam sebuah hadith.

“Apabila sesuatu urusan itu diserahkan bukan kepada ahlinya, maka nantikanlah kehancuran” Hadith riwayat al-Bukhari

Ahad, 13 September 2009

Raya Di Dalam Raya


Perayaan Aidilfitri yang di nanti-nantikan semakin hampir. Ketika itulah normalnya kita akan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing untuk bermaafan dan mengeratkan lagi silaturahim. Ia sangat digalakkan. Hari raya mahu insan miskin atau kaya berada dalam gembira. Inilah dinamakan perayaan.

Namun pada masa yang sama, ada yang terpaksa beraya jauh dari keluarga terutama kerana tugas-tugas penting seperti polis, hospital, penyelamat, dan sebagainya. Perkara ini bagi mereka adalah kebiasaan, demi mencurahkan bakti kepada negara.

Begitulah juga ada diantara kita yang perlu kerja keras juga untuk pilihanraya kecil di Bagan Pinang. Tugas ini tidak kurang berat juga untuk dipikul kerana ia adalah satu perjuangan. Pastinya matlamat kita adalah untuk tertegaknya negara kebajikan berasas kesyumulan Islam.

Kita tidak boleh lari dari cerita politik andai kita rasakan perjuangan ini sebahagian dari titik darah kita. Memandangkan Negeri Sembilan yang mungkin sukar ditembusi pakatan, kita tidak pernah putus asa. Apapun rintangan dan cubaan, terbukti Pakatan Rakyat masih stabil.

Maka jentera pilihanraya harus digerakkan ke sana biarpun dalam musim perayaan. Kita maniskan senyuman sambil memberi penerangan kepada pengundi di kawasan itu. Selamat bertugas.

Sabtu, 5 September 2009

Pucuk Dicita Ulam Mendatang

Dalam keadaan sekarang, ia adalah waktu terbaik untuk meraih kemenangan lagi dalam PRK. Kita mulanya harapkan di Kota Seputih, Kedah, SPR tak bagi. Namun di Bagan Pinang, Negeri Sembilan pula kita dapat.

Macam-macam 'senjata' boleh dibawa masuk. Hal kenaikan harga minyak adalah yang terbaik. Tambah lagi Umno sekarang hutang keliling pinggang.

MCA, MIC, dan Umno T'ganu berpecah belah. BN tak dapat menyelesaikan krisis dalaman mereka. Ibarat bom C4 yang boleh meledak bila-bila masa.

Selamat bertempur di kubu lawan kita,BN. Tiada pilihan untuk kita bekerja keras dari sekarang. Rakyat bersama Pakatan Rakyat.

Selasa, 25 Ogos 2009

BN Mahukan Simpati


Sudah habis senjata, mahu kibar bendera putih, tapi tidak mahu. Hanya mahu mengharapkan secebis simpati dari pengundi Permatang Pasir. Nak simpati ke pada golongan macam ini?

Zahid kata mahu kasi BN menang supaya kita dapat bagi hadiah kepada PM dan TPM. Kalau menang, depa ada bagi Zahid hadiah jugak kan? (Hehehe..) Simpatilah kepada mereka, yang hanya baru menang di Batang Ai, Sarawak sahaja sepanjang pilihanraya kecil.

Mereka mahu kita simpati kepada calon BN di Permatang Pasir, Rohaizat. Kesianla kat dia asik kena tuduh dan fitnah. Simpati k...

Cara ini adalah cara terakhir pihak BN apabila sudah suntuk masa mencari helah kepada isu yang dibangkitkan oleh pembangkang. Kalau di Perak dahulu, di Bukit Gantang, pendekatan mereka ialah 'BN Mohon Restu Rakyat'..nak tegelak pun ada.

Siapa nak simpati kepada mereka yang tidak layak untuk disimpati. Malah rakyatlah sebenarnya layak menerima simpati daripada pemimpin BN dari apa yang terah mereka lakukan kepada rakyat. Ramai rakyat yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, dan adakah mereka mendalami kesusahan rakyat ini?

Kita simpati BN dengan pangkah PAS di kertas undi. Mudah-mudahan parti ini akan hilang kepercayaan dan bubar pada akhirnya. Selamat tinggal BN!

Selasa, 18 Ogos 2009

Terkambus Di Permatang Pasir

Kerja-kerja menjayakan kemenangan PAS di Permatang Pasir Insya-ALLAH berjaya. BN tiada modal apa untuk mengalahkan lawan mereka iaitu PAS melainkan dengan menyerang peribadi. Seperti mana Anwar Ibrahim diserang.

Inilah kehebatan dan kekuatan semangat pasukan di dalam PAS dan Pakatan umumnya. Kemenangan kita mempunyai beberapa sebab atas apa yang BN telah lakukan. Sebenarnya, apa jua kesalahan BN lakukan kepada rakyat, adalah menjadi keuntungan bagi Pakatan.

Masalahnya, BN sentiasa tersilap dan tidak habis dengan salahnya. Tidak mahu mendengar suara rakyat. Rakyat tak nak PPSMI, taknak ISA, dan pelbagai lagi, masih buat tak endah. Fikirnya, apabila hendak ada pilihanraya, jalan mesti tar baru, buka klinik, dan peri ziarah tanya khabar.

BN susah nak menang di kawasan ini. Inilah halangan bagi BN untuk tunjuk yang mereka konon sudah diterima rakyat. Berhempas pulas lah mereka. Bermain kotor? Harus dijauhkan.

Apabila BN kalah lagi, terkambuslah dan hilanglah semangat mereka. Dipercayai akan hilanglah kepercayaan rakyat kepada parti yang memerintah tatkala ini. Terkambuslah.

Jumaat, 31 Julai 2009

Pergi Di Kala Subuh

Jika anda berfikir tulisan ini adalah untuk pergi berdemo esok pada waktu subuh, anda tersilap. Ia sebenarnya adalah sebuah perjalanan pergi tak kembali seorang hamba Allah yang menyerah segala jiwa dan hartanya ke jalan perjuangan.

Datuk Mohd Hamdan, Adun Permatang Pasir telah menghembuskan nafas terkahirnya pada subuh yang hening tadi di hari Jumaat yang mulia. Itu adalah satu anugerah Husnul Khatimah. Sheikh Ahmad Yassin meninggal pada waktu subuh juga. Hari Jumaat pula penghulu segala hari akan menjadi saksi di atas kematiannya.

Pemergiaannya tidak akan berganti dengan jasad yang sama. Tetapi perjuangannya haruslah sama. PAS sekali lagi akan duduk semeja memilih calon terbaik bagi menggantikan kekosongan jawatan itu. Majoriti PAS sebelum ini adalah selesa, namun harus diingat pengajaran di Manek Urai menunjukkan kemerosotan.

Apapun, DUN yang dibawah Parlimen Permatang Pauh bukan calang-calang kerana Anwar ada di situ. Itu tamparan hebat. Siapa selayaknya dari kalangan BN untuk bertanding nanti adalah cabaran besar juga.

BN tidak mahu dilihat sebagai pasukan belasahan apabila setakat ini sentiasa kalah dalam pilihanraya kecil. Isu terbaru berkaitan demostrasi anti ISA adalah seumpama peluru berpandu yang akan memusnahkan BN. Mulai sekarang, apa jua kontrovesi yang bakal mereka adakan, boleh memakan tuan balik.

Bersama kita berdoa agar roh Mohd Hamdan Abd Rahman bersama dengan burung-burung hijau yang berterbangan di dalam syurga. Amin.

Rabu, 15 Julai 2009

Aduh, Kenapa Menang Tipis Ni..

Syukur sejahtera PAS masih lagi membawa Manek Urai dan terselamat dari BN. Perlawanan satu lawan satu memang akan memberi tentangan yang hebat. Kemenangan dan kekalahan juga adalah 50-50. Tetapi alhamdulillah, kita masih diberi kemenangan.

Semoga dengan kemenangan ini PAS Kelantan akan berusaha membuktikan kepimpinan yang dicita-citakan. Selepas itu, rakyat Manek Urai akan mula bersatu dan bertaut dibawah kepimpinan yang cemerlang seperti mana kerajaan Kelantan itu sendiri.

Usaha Pakatan dalam kempen di dun ini tidak dapat dinafikan. Kehadiran kepimpinan utama iaitu tonggak parti masing-masing memberi suntikan semangat. Disamping dapat memberi pendedahan demi pendedahan kekorupan negara, mereka menyelami hati setiap rakyat.

Kemenangan yang tipis terjadi kerana beberapa faktor. Faktor BN yang bermain secara kotor itu sudah resam bagi setiap pilihanraya di negara kita. Kita yakin juga PAS sudah menyedari hal ini. Apapun, semangat perjuangan dari kesatuan kita lebih membanggakan.

Kita masih dihadapan sekarang, dan ini juga peringatan berhikmah untuk kita bahawa kemenangan harus di'bela' agar ia jinak. Turunnya presatasi PAS akan mencederakan sedikit kekuatan yang telah kita sedia ada perolehi.

Selasa, 14 Julai 2009

Manek Urai: Tidak Semurah Jambatan


BN dan PAS akan bertarung pula di Manek Urai. Kemungkinan untuk BN menang adalah tipis kerana PAS di dalam Pakatan bergerak seiringan dan teguh berusaha. Kehadiran BN ke Manek Urai seumpama seorang kaki pancing yang datang ke tasik untuk mendapat hanya beberapa ekor ikan.

Bagi memastikan pulangan besar buat BN dalam pilihanraya ini, umpan yang digunakan pastilah kepada meterialistik. Biasalah, BN akan buat itu dan ini. Contohnya di Terengganu, BN sudah buat stadium, tetapi selepas itu stadium pun runtuh. Dan selepas itu pula, senyap isu ini dari arus media perdana.

Janji Muhyiddin hendak buat jambatan di Manek Urai pun dua kali lima dengan stadium. BN, apabila buat projek akan menyelam sambil minum air dengan mengayakan orang-orang tertentu. Dalam diam, maruah rakyat dipijak. Untuk pengetahuan BN , maruah rakyat terutama pengundi di Manek Urai tidak sama nilai dengan sebuah jambatan yang boleh dijual beli seperti mereka janjikan. Hanya maruah BN sahajalah yang sudah lama tiada sehingga kini tergamak menggadai maruah agama dan bangsa.

Rakyat Manek Urai bijak dalam melakukan perubahan lebih-lebih lagi masyarakat yang terpimpin oleh seorang pemimpin adil lagi disegani iaitu Tuan Guru Nik Aziz. Selama ini, rakyat Kelantan harum segar dibawah lembayung Islam yang sedang dibawa oleh PAS. Masyarakat kampung tidaklah bermata realistik yang hanya terliur dengan wang dan aset yang ditaburkan membabi buta dari BN.

BN dijangka pulang lebih awal petang ini dari Manek Urai andai mereka kalah. Maka kemenangan PAS akan disepikan dari media arus perdana. Biarpun begitu, rakyat tidak buta dan pekak dalam mendepani situasi politik negara.

"Manek Urai, Jangan Maruah Tergadai, Biar BN Terburai"

Selasa, 2 Jun 2009

Selamat Berkhidmat YB Mansor


Mansor Othman yang telah menang di Penanti diucapkan selamat berkhidmat. Tugas itu adalah satu harapan besar dari apa yang telah terjadi oleh YB sebelum ini. Majoriti menang masih tinggi biarpun peningkatannya rendah.

Kemenangannya ini sekaligus mengalah dan menyenyapkan pesaing politiknya termasuklah Kak Min. Politik cetek yang dimainkan atau dimanupalsi olehnya itu adalah sia-sia sahaja. Taktik merendahkan sesuatu pihak dan bermain kotor bukanlah kunci kejayaan dalam demokrasi di abad kini.

YB perlu berkhidmat untuk rakyat dan rajin melawat kawasan. Masalah kemudahan dalam pembangunan dan kemajuan mesti diambil berat supaya kita boleh terus menang dalam PRU akan datang ini. Ini kerana, sekarang kita telah mempunyai akar yang kukuh di negeri-negeri Pakatan Rakyat maka kita mesti bijak.

Terima kasih kepada BN kerana menarik diri.

Bagi yang kalah, duit pertaruhan terbang melayang. Fikir-fikirkanlah apa rasional seterusnya politik individu mereka selepas ini.

Isnin, 25 Mei 2009

BN Keluar Mulut Buaya Masuk Mulut Rimau

Apa ya?

Di sini sebnarnya maksud tajuk itu:

BN Keluar Mulut Buaya (PKR) Masuk Mulut Rimau (PAS). Dan inilah penerangannya...

Semenjak kekalahan teruk BN di Bukit Gantang, yang memang dahulu kubu kuat mereka, BN sudah mula bermain politik secara hati-hati. Contohnya BN tarik diri dari bertanding di Penanti. Khabarnya dari Najib penarikan ini ialah kerana tidak mahu masuk perangkap PKR yang mana mereka (BN) boleh meramal kekalahan tersebut.

Okay..hang nak tarik diri, fine. Tenang sikit kat penanti.

Namun kemudian, berita gempar tentang kematian Adun Manik Urai. Maka kelang kabut jugalah dibuatnya BN. Maklumlah nak bertanding di negeri yang memang kuat akan semangat PAS. Kalau BN menang pun, tidak akan mengubah majoriti PAS di negeri tersebut.

Aduh, nak tak nak sekarang BN mesti tanding jugak di negeri Kelantan. Malulah kalau cakap lagi sekali taknak bertanding. Takpalah BN, pejam mata redah aje.

Isnin, 11 Mei 2009

Takbir! Nizar Kemenangan Rakyat

Daulat Tuanku!!

Baru sahaja diumumkan bahawa YAB Nizar, telah diputuskan sebagai MB Perak yang sah. Sah bererti Nizar masih lagi MB seperti dahulu dan memang BN mahu menggulingkan beliau secara haram. Dengan keputusan ini, Insya ALLAH, Perak akan kembali aman dan damai kerana itulah janji Tuhan, bahawa kebenaran pasti terlaksana akhirnya.

Seperti dalam entri yang lalu, titah Sultan Perak supaya bersabar, kerana ALLAH bersama dengan orang yang bersabar, benar-benar memberi makna yang mendalam. Tambahan pula, Raja Muda Dr. Nazrin yang mahu kerajaan baginda dibawah pentadbiran pemimpin yang baik dan adil iaitu Pakatan Rakyat. Sekali lagi, inilah kemenangan kedua kita dalam perjuangan rakyat di Perak.

MB Haram Zambry tidak hadir pada perbicaraan akhir tadi. MB Haram mesti bertaubat dan kembali kepada pangkal jalan. Berapa banyak malapetaka yang beliau telah saksikan semenjak bergelar MB Haram. Segalanya mesti disamak! Rakyat sentiasa ingat, bagaimana Nizar dihalau, Siva diseret, rakyat dan polis ditekan oleh beliau dalam merencanakan kejahatan itu.

Kini, Perak sudah menjadi 'emas' bagi Pakatan Rakyat. Dari blog Adun Titi Serong , Tuan Guru Nik Aziz berkata:
" Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembhyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"
Maaflah lawan dan kawan yang bertalam dua muka. Itulah kemulian kemenangan Islam setelah diasak dan ditekan dari semua sudut, mereka akan dimaafkan moga-moga terbuka hidayahnya. Cuma sesiapa yang bersalah mestilah dibawa ke muka pengadilan bagi menerima hukuman sewajarnya. Segalanya ini adalah pemberian dari ALLAH.

Hadza Min Fadhli Rabbi... Takbir: ALLAHU AKBAR!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan