Follow je lah..

Sabtu, 16 Mei 2009

Keahlian PAS Bukan Islam: Sila Undi

Di samping PAS sedang sibuk dengan pemilihan calon mereka sebelum bermulanya muktamar, PAS juga berhadapan dengan isu keahlian bukan Islam. Tuan Guru Nik Aziz telah memberi kata dua mengenainya.

Motto 'PAS Untuk Semua' menguji kewibawaan parti itu. Malah, kemenangan calon PAS dalam PRU sebelum ini dipengaruhi juga faktor dari pengundi bukan Islam. Atas apa undian mereka, samada kerana menerima pendekatan PAS atau kerana sentimen anti BN, suatu tanda tanya.

Di sebelah kanan blog ini ada undian setujukah keahlian PAS di buka kepada bukan Islam. Undian anda mungkin boleh memberi panduan kepada kita. Terima Kasih.

Khamis, 14 Mei 2009

Dah Lawa Tu Najib

Solekan demi solekan bagi memastikan kerajaan baru ini lawa. Dengan menggunakan solekan jenama 'rakyat', BN mahu memikat. Jika pun rupa paras sahaja yang cantik tetapi perangai tiada berubah, sehari dua boleh lah orang tahan.

1Malaysia, apa yang kita sudah dapat faham mengenainya. Adakah perpaduan? Jika perpaduan lah maknanya, sejak dari bangku sekolah rendah lagi kita sudah diterapkan. Kisah 3 sekawan Ali, Ah Chong, dan Muthu itu harus dikatakan 1Malaysia. Namun itu hanya dalam sebuah silibus pengajaran pelajar sekolah. Paling tepat makna perpaduan BN ialah rakyat bersatu padu pelbagai kaum dengan satu pentadbiran BN. Rakyat haruslah bersama-sama menerima BN.

"Rakyat di dahulukan. Prestasi diutamakan." Maka Najib bergegaslah untuk turun Pudu, Pantai Dalam, dan sebagainya. Umumnya tempat yang beliau pergi itu ialah kawasan yang padat dengan orang ramai. Amalan turun padang memang baik, sebaik-baik amalan turun padang ialah seperti Saidina Umar Al-Khattab dan Umar Abdul Aziz. Fikirkanlah!

Hari ini, nama baru lagi keluar. Nama Perdana Menteri bertukar kepada "Perdana Menteri Rakyat". Okaylah, letaklah apa-apa nama pun Najib... PM Rakyat itu tetap Najib Razak. Suara rakyat dah banyak sangat berkumandang. Ia bukan sahaja suara yang mahu pembangunan dan penambah baikan perkhidmatan, tetapi lebih dari itu.

Rakyat mahukan pemerintahan yang baik. Tidak menggunakan polis untuk kepentingan politik mereka. Pentadbiran berjalan di atas undang-undang dan perbicaraan mahkamah yang telus tanpa ada sebarang kesamaran. Alih-alih, rakyat kena tahan tak tentu pasal. Ini realitinya semenjak dari dahulu lagi Mahathir memerintah.

Nilai kosmetik terlalu tinggi harganya bak taraf Datin Sri dan Mak Datin. Boleh letak botox lagi baik, nampak tegang dan montok gitu. Ia cuma luaran sahaja. Orang ada kata, "yang penting ialah hati..."

Rabu, 13 Mei 2009

Berhujah Nafsu?

BN lebih kepada nafsu sebenarnya untuk mendapat kuasa MB di Perak. Kalau berani, bubar DUN lah. Jangan nak main belakang dan main cara haram. Kata orang melayu, ikut nafsu lesu. Tetapi BN agak lain, tidak pernah lesu dalam mengikut nafsu. Barangkali menggunakan Tongkat Ali.

Proses perundangan biasanya kompleks. Sesiapa yang bijak mengatur dan bercatur, ada harapan besar untuk menang. Jika mahkamah suci dari tangan-tangan 'ajaib', bagaimana sekalipun perjalanan perbicaraan, masuk mahkamah mana pun di dunia ini, kebenaran dan keadilan akan tertegak juga.

Agak memualkan juga apabila rakyat terus dihidang politik sebegini lama di Perak. Dua MB untuk satu kuasa, satu pejabat, satu jemaah exco adalah tidak mungkin. Maka masing-masing akan seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Zambry ada sokongan Perdana Menteri kerana mereka UMNO. Malah permulaan malang di Perak ini ialah dari Perdana Menteri. Jika hasrat Perdana Menteri ini gagal, banyak kesan negatif akan melandanya. Pembubaran DUN akan menyebabkan pilihanraya peringkat negeri yang gamat.

Pakatan Rakyat sudah berakar di Perak sebenarnya. Mereka pun ada modal besar untuk menidakkan BN tidak mentadbir Perak semasa pilihanraya nanti. Kekalahan lebih teruk menjadi jaminan BN. Lantaran itulah mereka (BN) menerima aib dan termasuklah Perdana Menteri.

Kesudahannya dalam mana-mana pertandingan ataupun perlawanan akan ada satu pihak yang menang dan kalah. Dalam politik tidak sihat, yang kalah akan disingkir jauh. Sejuta harapan dari sejuta rakyat ada di sisi Pakatan Rakyat. Munajat dan doa diteruskan mudah-mudahan kita berjaya menentang kezaliman.

Isnin, 11 Mei 2009

Takbir! Nizar Kemenangan Rakyat

Daulat Tuanku!!

Baru sahaja diumumkan bahawa YAB Nizar, telah diputuskan sebagai MB Perak yang sah. Sah bererti Nizar masih lagi MB seperti dahulu dan memang BN mahu menggulingkan beliau secara haram. Dengan keputusan ini, Insya ALLAH, Perak akan kembali aman dan damai kerana itulah janji Tuhan, bahawa kebenaran pasti terlaksana akhirnya.

Seperti dalam entri yang lalu, titah Sultan Perak supaya bersabar, kerana ALLAH bersama dengan orang yang bersabar, benar-benar memberi makna yang mendalam. Tambahan pula, Raja Muda Dr. Nazrin yang mahu kerajaan baginda dibawah pentadbiran pemimpin yang baik dan adil iaitu Pakatan Rakyat. Sekali lagi, inilah kemenangan kedua kita dalam perjuangan rakyat di Perak.

MB Haram Zambry tidak hadir pada perbicaraan akhir tadi. MB Haram mesti bertaubat dan kembali kepada pangkal jalan. Berapa banyak malapetaka yang beliau telah saksikan semenjak bergelar MB Haram. Segalanya mesti disamak! Rakyat sentiasa ingat, bagaimana Nizar dihalau, Siva diseret, rakyat dan polis ditekan oleh beliau dalam merencanakan kejahatan itu.

Kini, Perak sudah menjadi 'emas' bagi Pakatan Rakyat. Dari blog Adun Titi Serong , Tuan Guru Nik Aziz berkata:
" Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembhyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"
Maaflah lawan dan kawan yang bertalam dua muka. Itulah kemulian kemenangan Islam setelah diasak dan ditekan dari semua sudut, mereka akan dimaafkan moga-moga terbuka hidayahnya. Cuma sesiapa yang bersalah mestilah dibawa ke muka pengadilan bagi menerima hukuman sewajarnya. Segalanya ini adalah pemberian dari ALLAH.

Hadza Min Fadhli Rabbi... Takbir: ALLAHU AKBAR!!!

Ahad, 10 Mei 2009

Uthaya: Sebelum & Selepasnya

Ramai sudah orang dimasukkan ke dalam ISA. Mereka mengukir cerita tersendiri berada jauh dari keluarga, kerja, dan apa sahaja. Uthayakumar, salah seorang tahanan yang menunjukkan beliau 'tak kalah' dengan akta itu. Menariknya, penampilan sebelum dan selepas ditahan, beliau memberi seribu makna bagi akta zalim tersebut.

Sebelum

Selepas

Siapakah Uthayakumar?

Namanya ialah P Uthayakumar, seorang peguam. Sebagai seorang peguam, beliau tidak buta kepada keadilan dalam perundangan. Beliau menolak untuk menanda tangani syarat pembebasan memandangkan beliau tidak bersalah dan mahukan pembebasan tanpa syarat. Kerana ketegasan beliau, kerajaan seolah terpaksa akur dan membebaskannya juga. Beliau merupakan adik kepada Wayathamoorthy, Pengerusi Hindraf. Katakan tidak pada ISA.

ISA:Pemebasana Sekadar Mengaburi Isu Pencabulan Perlembagaan Perak
Tahanan ISA Paling Lama...Bebaskan Suami Saya- Isteri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan