Follow je lah..

Sabtu, 25 April 2009

Lumut Yang Akhirnya Berlumut Jua


Kita tidak pasti, entah bagaimana sebuah negeri yang dinaungi oleh seorang mufti yang cukup kuat dalam menyuarakan kebimbangan murtad tidak diambil manfaatnya dengan apa yang berlaku di negeri itu. Negeri itu ialah Perak, yang pernah diharamkan 'Sure Heboh' atau 'Jom Heboh' oleh muftinya. Kali ini, bagai meludah kelangit, akhirnya terpalit ke muka sendiri.

Sama ada kerajaan negeri ada merujuk kepada pejabat mufti atau tidak dalam meluluskan program ini, kita kurang pasti. Akan tetapi Tuhan yang telah memberikan kita suara dan kuasa, wajib untuk menyuarakan kebimbangan dan membuktikan kecaman jika ada program yang menyalahi apa yang pernah diucapkan satu masa dahulu. Bertempat di Lumut, Perak, program Jom Heboh mendapat lampu hijau untuk terus diadakan aktiviti yang diantaranya termasuk aktiviti melalaikan dan mengagungi para artis.

Usah ditanya Menteri Besarnya akan halalnya sebuah hukum yang pernah diharamkan oleh tok mufti ini. Menteri Besar ini pun adalah 'haram' tetapi semalam, lesen halal pun telah diberi oleh Najib iaitu dengan jawatan sebagai Ketua Perhubungan Negeri.

Jom Heboh ini, menodai hati orang Islam kerana acara yang menyimpang dari apa yang Islam mahukan. Islam mahu melahirkan pemuda yang hatinya gentar dengan nama ALLAH dan lunak pula dengan Al-Quran. Hati yang tidak dicuci dengan ilmu dan iman ini akan menjadi gelap. Seperti batu dinding putih yang lama tersadai di tepian, cat mula tanggal, akhirnya lumut membalut sebuah dinding yang dahulunya putih.

Inilah antara tugas seorang mufti, untuk menanggalkan lumut-lumut yang telah lama terlekat lagi hitam. Memberi dakwah kepada masyarkat dan membimbing kepimpinan yang sering alpa kepada hukum Tuhan. Jika tidak, mufti memikul satu persoalan yang paling berat kelak diakhirat yang tidak mampu untuk terjawab.

Jumaat, 24 April 2009

Operasi Pemutihan MB

Mungkin hari ini, Jumaat, berdasarkan sumber dipercayai, Najib akan mengadakan rombakan UMNO negeri setelah selesai merombak kabinet. Biarpun rombakan kabinet masih digganggu gugat oleh suara-suara sumbang, namun Najib tidak boleh berundur ke belakang membetulkannya semula demi reputasinya.

UMNO setiap negeri berkocak lagi.Semua negeri di bawah kuasa UMNO mengidap penyakit gila jawatan, kuasa, dan harta. Itulah kiblat UMNO selama ini yang tidak pernah meletakkan perjuangan politik adalah untuk membesarkan kalimah ALLAH. Konon perjuangkan melayu, tetapi apabila Najib mengumumkan penghapusan kuota 30% bumiputera dalam pegangan ekuiti, mereka terus senyap seolah mulut sudah di tampal dengan pelekat.

Dari Perlis hinggalah ke Johor, mereka berebut untuk siapa layak menjadi Menteri Besar. Masalah perebutan kuasa ini ialah masing-masing mahu melantik calon mereka dan kuat pula sifat asobiyah mereka. Sehinggakan di kalangan mereka menganggap sesetengah MB ini tidak layak, lemah, dan tidak popular.

Tidak perlu kita menyatakan negeri mana dan apa masalahnya kerana kita sendiri boleh melihatnya. Tidak cukup dengan itu sehingga ada yang sanggup menjadi MB dengan melalui pintu belakang. Selepas itu pula mereka 'mohon restu rakyat' atas apa mereka buat- Rakyat kata

" Piiiraaah....."

Apapun, 'produk haram BN' akan dikeluarkan dalam rombakan kali ini. Ini kerana, Najib mahu mereka yang betul-betul pro perubahan seperti Najib sarankan akan tampil sebagai muka baru. Tetapi, apakah perubahan sebenarnya kerana sehingga kini, UMNO masih tidak berubah.

Serabutnya politik kerana UMNO.

Khamis, 23 April 2009

Lelong, Lelong!

"Lelong..lelong..harga lelong...ada siapa mahu beli ?"

"Saya tuan saudagar...."

"Berapa harga?"

" Enam setengah..enam setengah!!"

" Enam setengah.....satu!,
enam setengah........dua!,
enam setengha........tiga!. "

Kling, kling, kling.....Kuda hitam !

Cerita di atas ialah petikan yang di ambil hampir sama dengan salah sebuah iklan yang pernah disiarkan oleh syarikat televisyen. Agak-agaknya kalau kereta Camry Exco Pakatan Perak itu bagaimanalah ia dilelong?

Ataupun silap hari bulan, dia yang kena lelong..



Selasa, 21 April 2009

Kerajaan Perpaduan Tanda Kebijaksanaan

Tuan Guru Haji Hadi telah mencadangkan idea ini, dan kini ia ditarik semula demi mengelakkan salah faham yang akan timbul samada dalam atau luar parti. Istilah baru yang digunakan iaitu 'Kerjaaan Perpaduan' mengundang pelbagai definisi mengikut kefahaman dan pendedahan individu itu masing-masing.

Beliau memberi tahu bahawa idea itu sudah jelas dalam kesepakatan kepimpinan antara pimimpinan Pakatan. Matlamat dan agendanya juga jelas dan tidak lari dari prinsip yang sedang diperjuang oleh mereka selama ini. Kerajaan Perpaduan adalah kerajaan yang adil dan telus dari peringkat bawahan sehinggalah ke peringkat atasan.

Kerajaan Perpaduan tidak sama seperti yang dimaksudkan dengan Kerajaan Campuran. Pembentukan Kerajaan Campuran memerlukan wakil parti dari parti memerintah dan wakil dari pembangkang untuk sama-sama dalam mentadbir kerajaan yang bergerak seumpama sebuah pasukan. Walaupun nampak Kerajaan Campuran ini macam baik, tetapi hakikatnya ia sukar dilaksanakan kerana ia melibatkan sesuatu dasar yang berbeza.

Masyarakat seharusnya faham dahulu apakah Kerajaan Perpaduan. Apa pun namanya kerajaan itu yang wajib adalah terasnya itu benar. Akibat cetek pengetahuan kita mungkin mudah di ambil kesempatan oleh musuh yang senitasa mendahagakan haloba wang dan harta. Ditakuti, akan ada agen propaganda yang akan menghangat lagi cerita ini.

Ujar beliau, suatu hari nanti, masyarakat akan pasti memerlukan dan mahukan kerajaan yang adil, telus, dan bersih. Dalam hal ini, perpaduan memberi makna dengan skop yang begitu luas. Kerana itulah perpaduan menjadi tonggak dan lambang negara kita.

Ahad, 19 April 2009

Awat!Hang Takut Ka?

Baru nampak bayang-bayang, sudah mahu angkat kaki cabut lari. Tak pernah rasanya BN tarik diri dari sebarang pilihanraya walau sekecil manapun. Apa tidaknya, kuasa, harta, media, pengaruh kan semua dah ada. "Apa lagi yang tak cukup sayang?"

Penanti atau penunggu adalah sama makna. Barangkali di Dun Penanti itu mempunyai penunggu yang BN tidak dapat memasukinya. Hantu-hantu BN tidak begitu kuat kali ini. Ini kerana semua hantu telah dibelasah cukup-cukup dalam pilihanraya sebelum ini dan telah dihalau ke kawasan yang sunyi di pedalaman sana seperti Sabah atau Sarawak.

Mahu tidaknya, wang berjuta-juta yang semua dari titik peluh kita telah dibazirkan. Harga mee segera yang terlalu mahal masih tidak terbayar-bayar lagi. Trauma kekalahan BN yang masih belum sembuh menyebabkan mereka tidak ada kekuatan dalaman. Kesannya, seseorang yang trauma akan menjadi takut dan kadangkala bercakap syok sendirian.

Takut kalau-kalau lagi banyak rahsia buruk makin didedahkan dan takut kalau kena malu lagi hatta sasterawan negara pun mahu berkempen anti-BN. Pastinya Najib tidak mahu menjadi 'Bapa Kekalahan' dalam era kepimpinan baru beliau. Najib memilih untuk bermain playsafe.

Jika benar BN tarik diri, maka jelas mesej rakyat menolak BN semakin hari semakin terbukti. Usaha perubahan BN seumpama menutup bangkai gajah dengan nyiru. Jangan Najib sahaja yang terkial-kial mahu berubah, sedangkan anak buah langsung tidak pernah endah dan apatah lagi berubah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan