Follow je lah..

Selasa, 21 April 2009

Kerajaan Perpaduan Tanda Kebijaksanaan

Tuan Guru Haji Hadi telah mencadangkan idea ini, dan kini ia ditarik semula demi mengelakkan salah faham yang akan timbul samada dalam atau luar parti. Istilah baru yang digunakan iaitu 'Kerjaaan Perpaduan' mengundang pelbagai definisi mengikut kefahaman dan pendedahan individu itu masing-masing.

Beliau memberi tahu bahawa idea itu sudah jelas dalam kesepakatan kepimpinan antara pimimpinan Pakatan. Matlamat dan agendanya juga jelas dan tidak lari dari prinsip yang sedang diperjuang oleh mereka selama ini. Kerajaan Perpaduan adalah kerajaan yang adil dan telus dari peringkat bawahan sehinggalah ke peringkat atasan.

Kerajaan Perpaduan tidak sama seperti yang dimaksudkan dengan Kerajaan Campuran. Pembentukan Kerajaan Campuran memerlukan wakil parti dari parti memerintah dan wakil dari pembangkang untuk sama-sama dalam mentadbir kerajaan yang bergerak seumpama sebuah pasukan. Walaupun nampak Kerajaan Campuran ini macam baik, tetapi hakikatnya ia sukar dilaksanakan kerana ia melibatkan sesuatu dasar yang berbeza.

Masyarakat seharusnya faham dahulu apakah Kerajaan Perpaduan. Apa pun namanya kerajaan itu yang wajib adalah terasnya itu benar. Akibat cetek pengetahuan kita mungkin mudah di ambil kesempatan oleh musuh yang senitasa mendahagakan haloba wang dan harta. Ditakuti, akan ada agen propaganda yang akan menghangat lagi cerita ini.

Ujar beliau, suatu hari nanti, masyarakat akan pasti memerlukan dan mahukan kerajaan yang adil, telus, dan bersih. Dalam hal ini, perpaduan memberi makna dengan skop yang begitu luas. Kerana itulah perpaduan menjadi tonggak dan lambang negara kita.

1 ulasan:

Media Siber berkata...

TGHA telah tarik balik cadangan itu ..ntah jadi ke tak.. mmg tak betullah penyokong pas ni membantah cadangan seorang presiden yang memikirkan cadangan itu demi kebaikan rakyat, orang islam, orang melayu dan parti. hai .. penyokong pas ni ego tak sudah2.. nak kata BN ego, PM dengan TPM sudah menerima rundingan secara terbuka. Kita ni seperti melihat karenah budak2 nak berunding tapi itu pun payah.. cuma nak berunding jer. bukannya nak berbunuh pun ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan