Follow je lah..
Isnin, 21 Disember 2009
Arah Bersara?Citt!!
Kadang-kadang ini lah bahasa Melayu, penuh bermadah dan beralas. Hendak ditelan mati mak, hendak diluah mati bapak. Susah juga untuk berterus terang.
Insiden yang memalukan negara iaitu berkaitan dengan kes kehilangan enjin jet. Dari media, mereka ada berlaku pasar gelap. Musnah negara kena jual dalam senyap-senyap.
Adakah ini yang pertama, atau pertama kali dihebahkan. Akibatnya beberapa tentera termasuk pegawai ditahan. Mereka juga diarah bersara. Arahan dalam tentera tidak boleh dilawan, kalau putih warnanya, putih lah sebutny sekalipun ia warna hitam.
Pendek kata arah bersara sama dengan makna anda dipecat! Namun hukuman lagi keras mesti dikenakan jika sabit kesalahan tambahan pula mereka adalah anggota beruniform dan berkuasa. Mesti ganda.
Kebiasaan kes tentera akan diselesaikan secara dalaman sesama mereka. Hebah-hebah pun masa awalnya sahaja, selepas itu sepi semula. Ini biasalah, namanya isu! Menteri pertahanan ketika itu mesti jawab dan dia juga perlu diheret kekandang saksi.
Citarasa Tinggi 'abang' Bung
Bung Mokhtar, dia tidak kacak, kata dia lah. Tak layak untuk Zizi, seorang pelakon muda yang hot.
Anda pasti kenal siapa Zizi. Seawal pembabitan lakonannya dalam Cili Padi dan kian berkembang dalam pelbagai lakonan cerita lain. Penampilan beliau dalam lakonan sekali sekala mencemaskan!
Bung ni mulanya macam-macam kata menafikan kenyataan hubungannya dengan artis ini. Ah, memang ramai je 'bengkak' dengan perangai dia ni. Sekarang ngaku pula itu bini dia. Inilah pemimpin BN.
Kita tak peduli dia nak kahwin berapa atau siapa. Itu rezqi namanya. Cuma tolonglah jangan buat lawak yang tak beberapa nak lawak, naik menyampah.

Langgan:
Catatan (Atom)
Bacalah juga:
-
"Apakah dosa patik, Tuanku?" barangkali itulah katanya jika menghadap Sultan Terengganu kelak. Baling batu sorok tangan pula. Siap...
-
Bermula dengan angkat sumpah dan telah pun mendapat perkenan dari YDP Agong maka temetrai satu lagi seejarah negara iaitu terangkatnya Najib...
-
Persidangan UMNO yang sedang hebat dan berdegar-degar sedang berlangsung kini di PWTC yang paling penting bagi mereka (ahli UMNO)itu ialah u...