Follow je lah..

Isnin, 29 Disember 2008

Salam Awal Muharam

Salam Maal Hijrah kepada semua. Alhamdulillah masih lagi kita dapat menghela nafas pada tahun yang baru ini. Pastinya tahun ini seribu satu cabaran sedang menanti hari demi hari. Sebagai seorang insan, cabaran adalah asam garam kehidupan yang membuatkan kita lebih bersedia untuk masa-masa akan datang.

Dalam kehidupan kita hanya ada tiga masa. Pertamanya masa yang lalu, seterusnya masa sekarang , dan masa akan datang. Masa yang lalu kita sudah tidak dapat kembali yang hanya milik kita ialah masa sekarang. Manakala masa yang akan datang belum pasti kita miliki.

Khamis, 25 Disember 2008

Jantung Rakyat Kita

Di Malaysia penyakit jantung adalah antara pembunuh nombor satu negara selain kemalangan lalu-lintas. Ditambah pula banyak faktor yang boleh menyumbang kepada peningkatan kes sakit jantung di negara. Faktor ini pula terbahagi kepada beberapa bahagian pula.

Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu sangat suka makan kepada makanan berlemak, manis, dan bergoreng. Makanan seperti lemak cili api, kuih tradisional, dan nasi goreng itu mampu meningkatkan kolesterol dalam darah. Kesannya, orang Melayu berpotensi besar mengidap penyakit jantung dan mereka perlu dirawat!

Tiada tempat lain di Malaysia ini pusat rawatan jantung terbaik dari segi perbelanjaan dan perkhidmatan seperti Institut Jantung Negara (IJN). Jika dikira jasa IJN kepada rakyat, sangatah besar dan jasa atau khidmat mereka seperti itu harus berterusan dan berkekalan.

Jika ditakdirkan kos rawatan di sini terlalu mahal, mana mungkin rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk ke IJN. IJN ini adalah jantung rakyat Malaysia. Jika IJN sudah tidak dapat berfungsi seluruhnya dalam memberi perkhidmatan kepada semua golongan rakyat, maka rakyat boleh mati dengan izinNya.

Buatlah keputusan terbaik wahai pemerintah, jangan keputusan itu tidak membela nasib orang ramai. Andai nasib wang menjadi keutamaan bagi kerajaan, rakyat akan rebah dan ekonomi pasti musnah selepas kerebahan itu.

Ahad, 21 Disember 2008

Dalam Sujud Terakhirku


Dalam sujud terakhirku, Ya ALLAH...
kuteriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya
agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku

Dalam sujud terakhirku, Ya Rabbi...
ku menangis sejadi-jadinya
biar kering mata ini
namun basah ladang hati yang gersang

Dalam sujud yang terakhirku, Ya Rahman...
ku lihat semua dosa yang membayangiku
kelam mencengkam jiwa yang lusuh

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahim...
biarkan aku patah dalam cahaya-Mu
biarkan kemusnahan titik kemunafikanku
agar ku kembali dalam pelukan hidayah-Mu

Dalam sujud terakhirku
biarkan aku hirup nafasku sekali lagi
hanya unntuk menyebut namaMu dan kekasihMu tercinta

www.sujudterakhir.blogspot.com

Sabtu, 20 Disember 2008

Berjumpa Di KT!

Kali ini nampaknya BN seperti sudah lebih bersedia apabila mengumumkan awal siapa calon yang akan bertanding di Kuala Terengganu (KT). Tempat ini menjadi kayu pengukur kekuatan BN Terengganu di bawah kepimpinan MB yang bukan dari pro-Abdullah inni. Inilah BN Terengganu yang punyai sedikit ketegasan dan sedikit berani apabila bercanggah pendapat dengan pucuk pimpinan.

Pun begitu, jentera PAS sentiasa mengintai-intai kelemahan BN. Barangkali Mat Sabu dan beberapa orang PAS lain sedang tekun menyusun masa dan langkah supaya sebuah kejutan boleh menerpa keasyikan BN diulik wang dan kuasa.

KT ini ialah ibu negeri Terengganu. Jika ibu negeri berjaya ditawan, bererti lumpuhlah kerajaan mentadbir di situ. Contohnya, jika Putrajaya sebuah kompleks kerajaan atau markas BN jatuh ke pembangkang, manakan hilangnya kekuatan dan maruah kerajaan itu. Atas semangat itulah, pilihanraya kecil di tempat ini menjadi sebuah pertempuran yang besar.

Pertempuran ini besar kesannya. Dengan kehadiran calon bebas juga memberi makna yang mendalam mengapa mereka bertanding lagi sedangkan mereka telah hilang duit deposit lalu. Apa pentingnya KT untuk mereka dan siapakah dalang mereka jika ada dan untuk apa mereka perlukan KT.

Terengganu kita kembali panas. Idris dan konconya adakah sudah tidak berminat lagi dengan politik Terengganu? Pertandingan ini bukan lagi satu lawan satu, tetapi seakan enau di dalam belukar, masing-masing melepaskan pucuknya. Hanya satu yang akan menang.

Rabu, 17 Disember 2008

Giliran SPRM Bermula

Sah lah memang BPR tidak berjaya mencegah rasuah sepenuhnya apabila SPRM telah ditubuhkan. Kemungkinan BPR masih terdapat banyak kecacatan dan kekurangan. Dengan itu, diharapkan SPRM bukan lah dua kali lima dengan BPR.

Kita sedar dalam pelbagai bentuk undang-undang, masalah jenayah masih berleluasa seolah penjenayah ini tiada hairan dengan sebarang penguatkuasaan. Pun begitu lebih teruk jika penguasa itu sendiri yang pecah amanah dan bermain rasuah. Ditambah pula kebal dari badan penyiasatan.

SPRM ini hanyalah satu penambahbaikan yang masih belum terbukti. Hanya yang ada adalah susun atur perancangan dan ketumbukan yang mungkin lebih telus dan adil. Kes rasuah di Malaysia sentiasa mencatat reputasi paling tinggi dan menjadi jelik bagi SPRM jika tidak berjaya menangani kes rasuah atau politik wang dalam UMNO.

Ilham Abdullah untuk melaksana dan menggagaskan SPRM akhirnya menjadi nyata tetapi ia lewat. Beliau yang hanya mempunyai baki kurang 4 bulan lagi sebagai Perdana Menteri mampu menyebabkan goyah SPRM ini kerana tiada penggagasnya. Kelak mungkin kabur lalu terkubur. Pastinya SPRM dalam tempoh 4 bulan masih lagi mentah tanpa dipimpin oleh Abdullah sebagai 'bapa anti-rasuah'.

SPRM adalah adik kepada SPR. Adik beradik ini sangat penting dalam menjalankan misi demokrasi dan integriti negara. Pengalaman kita bersama SPR cukup mengajar bahawa ketelusan sangat penting dan tidak boleh berlaku tidak adil. Apabila amanah menjadi lingkup, maka lingkuplah semua yang telah diamanahkan.

Sabtu, 13 Disember 2008

Bukit Antarabangsa Ada Harta Karun


Hidupnya bukan di dunia tetapi di angkasa. Mungkin itu satu gurauan yang cuba dikeluarkan bagi meredakan sedikit rasa stress penduduk Bukit Antarabangsa yang mana terpaksa mengosongkan rumah mereka kerana tanah runtuh.

Kejadian hitam ini pasti akan mengganggu ketenangan bagi semua mangsa tanah runtuh di situ. Empat orang yang telah dilaporkan mati menjadi pengajaran entah kali yang ke berapa untuk semua pihak yang bertanggungjawab samada pemaju, penguasa, dan sebagainya. Apapun, apabila berlaku satu masalah besar, kebiasaanya segelintir pihak cuba berlepas tangan.

Adapun begitu tempat bencana ini adalah bukan tempat sembarangan orang. Tempat golongan berdarjat dan berharta. Tidak kurang juga orang-orang yang profesional seperti doktor dan seumpamanya. Kerana Tuhan Maha Adil ujian yang diberikan adalah besar iaitu dengan meranapkan rumah dan harta mereka kerana Tuhan Maha Tahu mereka adalah golongan yang berharta.

Jika disingkap sejarah, ujian yang diberikan Tuhan adalah selayaknya bagi mereka. Golongan Arab Jahiliyah dahulu yang pandai bersyair diuji dengan bait Al-Quran. Ujian itu ingin menguji mereka adakah mereka akan mentaati segala perintah Al-Quran yang mana perkataan-perkataan di dalam Al-Quran itu lebih indah dari syair mereka. Qarun yang kaya, iaitu setiausaha kepada Firaun juga mendapat ujian terhadap kekayaan. Hartanya yang banyak dan tidak mahu disumbangkan kepada mereka yang memerlukan akhirnya ditelan bumi sebagai hidangan bumi. Sebagai tanda kebesaran Tuhan, hartanya yang tertimbus menimbuskan juga dirinya dan timbullah istilah harta karun.

Layanan bagi orang miskin dan orang kaya jika berbeza tidak dapat dinafikan. Ada pihak yang melihat layanan kerajaan kepada mangsa Bukit Antarabangsa lebih dari yang lebih. Sehinggakan beribu-ribu petugas terpaksa berkampung di tanah runtuhan itu demi menyelamat dan mencari dan media berkajang-kajang laporan menceritakan peristiwa ini disamping mamak-mamak sibuk membuat lebih 2000 roti canai untuk para petugas. Selain itu, setengah mangsa Bukit Antarabangsa ini juga masih boleh mengomel dengan perkhidmatan yang disalurkan oleh para petugas keselamatan setelah nyawa mereka diselamatkan.

Yang pergi dan yang hilang biarkanlah ia menyepi. Akhirnya ke surau juga mereka pergi setelah bala menjelang. Ambil iktibar dan mulakan kehidupan yang baru. Nasib mereka jauh lebih baik daripada keluarga yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.”



Riwayat at-Tirmidzi

Jumaat, 5 Disember 2008

Hari Raya Aidil Adha

Tiada pengorbanan yang paling besar melainkan pengorbanan untuk Islam. Kita mampu berkorban masa untuk kerjaya dan pelajaran sebegitulah jua kita harus mencari ruang untuk berkorban demi agama.

Hari Raya Aidil Adha ini adalah sebuah hari yang mengingatkan semula kita kepada peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim. Baginda membuktikan bahawa hubungan darah dalam kekeluargaan seperti isteri dan anak-anak tidak dapat mengatasi kepentingan suatu perintah ALLAH.

Selain itu, pada perayaan ini jugalah umat Islam berhimpun di kota Arafah, Mekah, dan Madinah. Lautan umat Nabi Muhammad bertemu di suatu tempat demi memenuhi perintah ALLAH jua. Sekiranya dilihat lautan umat manusia itu sekuat perpaduan umat Islam, kita dengan izinNya mampu menguasai dunia.

Pada masa yang sama, umat Islam di tempat lain menyembelih haiwan seperti unta, lembu, kambing dan sebagainya sebagai melaksanakan perintah ALLAH. Daging yang dilapah akan dibahagikan secara adil dan di infaq kepada golongan yang miskin. Natijahnya semua umat Islam samada miskin atau papa pasti dapat bergembira kerana menikmati rezqi ALLAH yang Maha Luas.

Sujudterakhir merakamkan terima kasih kepada semua pembaca dan salam Aidiladha. Blog ini akan bercuti selama seminggu dan sebarang kelemahan amat dikesali. Suburkan kasih sayang dan semaikan akhlak mulia. Wassalam.

Selasa, 2 Disember 2008

Berada Di Sabah

Sekian lama juga saya tidak menulis artikel dalam blog ini disebabkan jadual yang padat. Sebelum ini saya telah berada di Sabah selama empat hari untuk berehat. Di saat kekusutan melanda pemikiran kita, apalah salahnya jika kita keluar dari kepompong itu untuk berehat sebentar dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat.

Antara isu menarik adalah isu fatwa. Jawatankuasa fatwa di Malaysia ini telah lama ditubuhkan dan sudah menjadi petunjuk dalam kehidupan umat Islam. Fatwa-fatwa ini juga mampu dibaca di laman web e-fatwa. Dalam laman itu, terlalu banyak perkara yang sebelum ini menjadi kemusykilan telah dirungkai satu persatu buat pemahaman umat Islam. Pendek kata, lebih banyak kita tidak tahu berbanding yang tahu.

Masyarakat Islam awam di negara ini, sebenarnya pun begitu juga. Masih banyak tidak tahu daripada yang tahu. Sebab itu kadang-kala kejahilan mereka tersembah apabila mereka bermula berhujah. Sebagai bukti, pengharaman yoga dan sebagainya, masih ada suara sumbang dari pihak tertentu resah dan gelisah serta membantah keputusan ini.

Menjadi kebiasaan juga ulama' sering kali tidak mendapat sokongan moral dari para umara'. Ada sahaja para pembesar memandang rendah keilmuwan ulama' dalam mengeluarkan sesuatu fatwa. Mereka memberi komen dan pandangan peribadi mereka yang sebenarnya mendedahkan lagi kebodohan mereka.

Hormatilah keputusan fatwa sebagaimana di negara ini mereka menghormati keputusan mahkamah. Keputusan fatwa bukan untuk dikomen andai jahil dalam ilmu agama. Mempelajari ilmu agama juga perlu bergurukan mursyid dan bukan mempelajari dengan otak dan buku semata-mata.

Inilah satu reformasi besar dalam kehidupan kita iaitu membuka hijab kejahilan masyarakat sekarang. Kerana ilmu itu adalah cahaya yang menyuluh kehidupan. Andai tiada cahaya maka tersesat dan terhantuklah kepala pada dinding yang tegak berdiri.

Ahad, 23 November 2008

Yoga Diharamkan, O.K.

Keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa adalah tepat dan perlu untuk kita beriman dengan fatwa. Yoga itu sudah jatuh haram hukumnya dan jika umat Islam masih berdegil dan mahu mengamalkan lagi, maka dia telah berdosa.

Timbul perasaan ingin tahu barangkali kenapa Yoga itu hukumnya haram. Perasaan ingin tahu bagi setiap insan adalah lumrah dan tidak salah. Pun begitu, dalam sesetengah perkara kita perlu dengar dan taat sahaja. Itulah namanya perintah agama Islam.

Kebijaksanaan masyarakat sekarang kadan-kala membuat diri terpesong juga. Kerana terlalu bermain dengan fikiran berteras logik tanpa wahyu, telah ramai masayarakat yang terkeluar dari landasan jalan yang lurus. Inilah bahayanya jika ada diantara kita cuba dan berkeras mahu menghalalkan haram dengan menjadikan diri seperti loyar buruk.

Marilah sama-sama kita mendengar dengan taat. Tanpa bersoal-soal dalam bab hukum dek sebab kita ilmu yang cetek, lebih baik dengar dan taat. Inilah hukum ALLAH dan kita mesti komited biarpun fatwa ini dilihat tidak popular bagi mereka yang bukan Islam.

Inilah cara kita dari bangkit tidur sehingga tidur kembali. Semuanya telah dikawal dan diajar bagaimana menjadi insan yang terbaik di dunia dan akhirat. Berimanlah dengan fatwa ulama' tanpa ada rasa curiga. Fatwa itu tidak kira kepada yoga sahaja, malah semua fatwa yang telah dikuatkuasakan. Tidak kira siapakah mereka asalkan seorang Islam, maka wajib dia mematuhinya.

Khamis, 20 November 2008

Kak Jat Lawan Kak Dah


Ini kisah orang perempuan UMNO, bukan masalah seluruh orang perempuan melayu di negara kita. Kisah ini ialah krisis kepimpinan wanita UMNO yang terus meruncing. Petikan lagu "Bersatu kita bersatu" sudah tidak kedengaran kerana pertelingkahan dalaman yang wujud antara sesama wanita UMNO itu.

Pada hari ini, Kak Jat sah dan memang benar mahu melawan atau merebut jawatan dengan Kak Dah itu. Masing-masing mempunyai penyokong sendiri tetapi situasi melihat seolah Kak Dah lebih ramai penyokong berbanding Kak Jat. Sungguhpun begitu, Kak Jat mampu untuk bertanding jawatan itu kerana Kak Jat pun okay what???.

Kak Dah lebih lama dalam UMNO dan itu tidak dinafikan. Beliau telah melalui beberapa perubahan pucuk pimpinan sepanjang beliau bersama dengan UMNO. Pada masa yang sama beliau seorang ahli Parlimen di Kuala Kangsar. Namun begitu, dalam pasukan kabinet Abdullah, Kak Dah ini tidak disenaraikan. Akibatnya Kak Dah sedikit kecewa akan tetapi terus mahu berjuang dan ingin membuktikan dirinya di mata Abdullah bahawa beliau tidak mudah kalah dan tidak mudah lupa.

Berbeza dengan Kak Jat. Kak Jat adalah junior Kak Dah dalam UMNO. Jika dilihat pengalaman beliau, nyata bagaikan langit dan bumi berbanding Kak Dah. Kak Jat hanya pernah memegang suatu jawatan menteri yang kurang kritikal. Kritikal ini bermaksud jawatan menteri yang tidak utama hanya sekadar mentadbir pada satu prarioriti yang rendah. Setelah itu Kak Jat yang dahulunya ahli Parlimen Pantai tersungkur kalah dengan anak muda dari PKR pada pilihan raya lalu.

Sekarang, kedua-duanya akan bertanding. Apapun diharapkan mereka akan bertanding secara profesional dan tidak melakukan sesuatu yang boleh mengeruhkan hubungan sesama mereka. Barangkali Najib apabila menjadi PM akan melantik Ketua Wanita UMNO untuk jadi ahli kabinet. Mereka yang sudah tidak lagi menjadi ahli kabinet tatkala ini, harus sedar itu peluang mereka untuk kian glamour.

Inilah kisah Mak Datin, 'aunty', dan kakak-kakak yang aktif dalam Wanita UMNO. Apalah yang dibalahkan jika hanya sebuah jawatan yang cukup berat untuk dipikul. Lebih baik berbalah pada soal keruntuhan maruah wanita tatkala ini. Wanita pengkid, wanita malang, dan wanita yang terjerat mestilah diselamatkan dan dijadikan keutamaan sepanjang masa pergerakan itu. Isu siapa ketua haruslah menjadi isu sampingan sahaja bagi mereka, jika mereka itulah yang bergelar pejuang melayu Wanita UMNO.

Selasa, 18 November 2008

RM2


Harga terbaru bagi minyak petrol hari ini ialah serendah dua ringgit seliter sahaja. Penurunan turun dengan sedikit demi sedikit. Lantaran harga minyak sering dikaitkan dengan harga pasaran. Ini kerana minyak adalah umpama emas hitam yang sangat berharga akan tetapi ia telah dikuasai negara-negara berkuasa besar.

Teringat dahulu apabila minyak naik harganya, banyak terdengar riuhan suara akan tidak puas hati pada kenaikan ini. Semenjak dari itu, pengguna bagaikan dibayangi dengan bayang-bayang naik harga barang. Terasa bagaikan kos hidup akan lebih terbeban angkara kerajaan menaikkan harganya.

Sekarang juga kerajaan yang dahulu menaikkan harga secara mendadak ini telah menurunkan harganya. Masih lagi ketua kerajaan sekarang ialah Abdullah Badawi. Pun begitu beliau sudah tidak lama dan kebanyakan Najib lebih banyak tampil di hadapan masyarakat. Sekurang-kurangnya kita boleh mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menurunkan harga minyak ini.

Apabila minyak mula turun harganya, ada harga barang lain tetap kekal mahal. Ini semua adalah kesempatan yang diambil oleh sebahagian pengusaha dan penjual. Jika dahulu, ketika Shafee Afdal, beliau ada memantau harga barang-barang runcit, berbanding menteri sekarang masih ada juga.

Sedikit masa lagi, mungkin harga minyak naik atau turun lagi. Begitulah ekonomi, ada kala melambung naik dan adakala meleset teruk. Kata kerajaan kita, negara ini tidak meleset lagi sekalipun negara jiran kita, Singapura sudah mengalami kemelesetan ekonomi.

Rakyat harus bijak berbelanja dan peniaga usah suka mencari untung dengan melampau. Semangat bantu-membantu harus segar antara kita sesama rakyat. Kerjaan pula akan memainkan peranannya dengan mengawal ekonomi. Mampukah Najib?

Sabtu, 15 November 2008

Dr. Faiz Bila Mahu Berlepas?

Sepatutnya berdasarkan yang kita pernah fahami dahulu, hanya dua orang sahaja akan dinobatkan sebagai angkasawan negara. Terbukti iaitu Dr. Sheikh Muzaffar dan Dr. Faiz Khalid telah berjaya melepasi pelbagai ujian dan saringan untuk bergelar seorang angkasawan.

Sungguhpun demikian, daripada dua itu, hanya seorang sahaja yang berpeluang berlepas dan berada di angkasa raya. Dr. Sheikh Muzafar ataupun terkenal dengan panggilan Dr. SMS telah menjejak kaki ke ruang angkasa itu. Manakala sahabatnya Dr. Faiz, tidak lagi. Beliau harus menanti giliran seterusnya untuk dipanggil ke sana.

Kewujudan beberapa orang dari ahli politik menyarankan agar program angkasawan kedua ini dikaji semula. Ini bererti, perancangan untuk melancarkan atau menerbangkan Dr. Faiz ke angkasa mungkin berhadapan dengan pembatalan ataupun penangguhan. Keadaan ini menyebabkan seolah Dr.Faiz tidak berpeluang ke sana dan rakyat seolah sudah ditipu lagi.

Manakan tidak, jika dahulu sudah merancang dan menetapkan begini dan begitu, akhirnya sebaliknya yang terpaksa berhadapan. Tidak ada suara sokongan dari mana-mana ahli politik setakat ini yang terus menyokong agar program angkasawan kedua ini diteruskan hatta bekas menteri MOSTI dahulu yang ala emosi itu. Akhirnya, Dr.Faiz sahaja yang menyuarakan isi hatinya semasa menghadiri satu program di Perlis baru-baru ini. Jika makin lambat beliau berlepas, makin tinggi risikonya untuk tidak layak lagi ke sana atas faktor usia, kesihatan, dan kecerdasan.

Biarpun begitu, adakah rakyat telah mendapat manfaat yang besar dari kejayaan Dr.SMS mencapai ke langit? Ujian-ujian eksperimen sains yang dilakukan tidak mendapat perhatian meluas dari media tatkala Dr.SMS pulang ke negara. Hanya menjadi hebohan ialah Dr.SMS orang Malaysia sudah berjaya sampai ke ISS itu sahaja. Dimana hasilnya? Hasilnya ialah ada cerita-cerita Dr.SMS menjadi kaya raya.

Selasa, 11 November 2008

Kerusi Den Terbang

Keadaan yang tegang tempoh hari dalam mesyurat UMNO di Seremban sebenarnya juga amat menggelikan hati. Ini kerana mereka sesama mereka bertegang urat leher dan nasib baik tiada yang terputus uratnya. Mesyuarat kecoh riuh satu Malaysia kerusi sudah terbang. "Apa korang ni gengster sekolah ke?"

Tiada adab barangkali oleh mereka yang melakukan demikian dalam mesyuarat. Macam mana hendak beradab jika ada yang sudah main biadab dalam tempoh pemilihan seperti ini. Puak sana nak yang sana dan puak sini nak yang sini....akhirnya tiada sepakat dan mudah-mudahan UMNO roboh.

Sepakat membawa berkat dan bercerai roboh. Ambillah slogan ini sekurang-kurangnya agar 'kepala angin' mereka ini dapat diredakan. Andai amalan keras (baling kerusi dan bertumbuk) ini terus tersemat dalam hati, kelak binasalah jika mereka mentadbir kawasan dan negeri.

Sehubungan dalam pemilihan UMNO ini juga, ada sedikit kelakar iaitu bagaimana Taib dan Rahim Tamby Chik masih lagi mendapat tempat dalam bahagian-bahagaian UMNO ini. Harapnya mereka tidak memilih kayu sebagai pendekar melayu kelak mereka cabut lari.

Oh, nampaknya UMNO selepas ini adalah UMNO generasi baru. Generasi muka-muka baru yang akan meneruskan kekusutan dalam negara. Mereka akan terdiri daripada rekod-rekod diri yang kurang memuaskan. Harapnya Pakatan Rakyat dapat memintas lebih awal sebelum golongan generasi baru ini menjadi raja. Raja apa?

Ahad, 9 November 2008

Obama Presiden, Cina Layak Jadi PM

Tidak kira sesiapa pun yang menjadi pemimpin negara Amerika itu, selagi mana dasarnya tidak berubah, maka arahan dan tindakan mereka pastinya sama. Kita boleh merubah pemimpin, tetapi amat sukar untuk merubah naluri manusia.

Naluri sentiasa ingin keluar dari kegelapan kecuali bagi hati yang mati. Manusia yang terus dipimpin oleh golongan kuffar akan terus menjadi penghalang kepada kesejahteraan. Sebagai orang Islam, pelindung kita ialah orang Islam yang beriman seperti mana pemimpin Islam zaman keagungan empayarnya.

Golongan kulit hitam seperti Obama ini telah diberi mandat untuk memimpin majoriti kulit putih negara itu. Inilah satu perubahan dan kematangan rakyat negara itu memilih pemimpin. Sehinggakan di Malaysia ini pun, ada suara segelintir yang menyuarakan sudah tiba masanya jawatan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri diberi kepada bukan melayu.

Tidak mengapa sekalipun kaum Cina hatta Kadazan menjadi Perdana Menteri kita kelak. Soal kaum dan bangsa bukanlah penting asalkan dia seorang Islam. Hal ini sangat penting kerana Islam adalah termulia dan tiada yang lebih mulia darinya. Tidak ada dalam sejarah pun setakat ini pemimpin bukan Islam sehebat pemimpin Islam seperti Rasulullah.

Bagi yang bukan Islam sebahagiannya, mungkin sukar untuk menerima keputusan ini. Tetapi percayalah ini bukannya penindasan kepada bukan Islam. Sebaliknya ini adalah atas nama Islam, dan Islam untuk semua sekalian alam kerana Tuhan itu hanya satu iaitu ALLAH. Tuhan si bukan Islam dan orang Islam itu ialah ALLAH.

Selasa, 4 November 2008

Eurocopter: Bayar Sahaja Dengan Nyawa


Helikopter Nuri sudah uzur dan ini diakui sendiri oleh barisan kepimpinan negara. Memandangkan hal ini, mereka mahu mencari sebuah helikopter yang dapat mengambil alih tugas helikopter Nuri sewaktu ini. Ini kerana pengangkutan udara adalah sangat penting terutamanya bagi melaksanakan misi-misi kecemasan dan seumpamanya.

Sejarah hitam telah helikopter Nuri ini telah melenyapkan segala sumbangan helikopter Nuri sebelum ini. Kejadian helikopter hilang dan terhempas sebenarnya juga adalah satu ancaman keselamatan kepada negara. Berdasarkan trek rekod, hampir 40 tahun helikopter ini beroperasi, terdapat sejumlah 13 kecelakaan yang berlaku membabitkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta-benda.

Contohnya pada 15/8/2004, helikopter ini dipercayai membawa 10 penumpang serta juruterbang hilang di kawasan Long Seridan, Sarawak. Kemalangan ini bukanlah kemalangan pertama bagi helikopter Nuri yang mana sepatutnya tidak berlaku lagi jika kerajaan membuat langkah awal. Kesemua anak kapal ini menjadi saksi atas kemalangan sebuah helikopter bernama Nuri.

Apakah langkah yang dilakukan oleh kerajaan ketika ini? Polemik pembelian helikopter penggantinya, Eurocopter, masih diselaputi dengan soal ketelusan dan perkara teknikal. Seharusnya hal ini tidak berlaku andai pengurusan berjalan dengan teratur dan mematuhi prosedur. Lebih teruk, dalam keadaan krisis ekonomi dunia, kerajaan telah mengambil tindakan menangguhkan pembelian Eurocopter.

Urusan udara yang memerlukan khidmat dari TUDM seperti penggunaan helikopter sentiasa diperlukan oleh negara. Tidak kira masa, helikopter ini mesti sentiasa siap siaga untuk berlepas ke udara.

Perlukah dari soal keutamaan, pembelian kapal selam berbanding pembelian helikopter baru menggantikan helikopter uzur ini, kapal selam dibeli dahulu. Pengaliran wang yang tidak cekap boleh menjejas lagi ekonomi negara kita.

Mungkin belum cukup nyawa lagi yang harus dibayar untuk memeliki sebuah helikopter untuk negara. Begitu murahkah nyawa seorang juruterbang TUDM yang telah mereka lalui pelbagai kelas dan latihan bagi memiliki lencana sayap untuk mengendalikan jentera besar itu. Andai polemik pembelian helikopter masih belum selesai dan masih bertangguh, kerajaan BN perlu memikirkan sesuatu yang mencemaskan.

Jumaat, 31 Oktober 2008

Bolos Dalam Kusut

Sudah semua tahu bahawa Razak baginda bebas dari semua tuduhan kepadanya. Bagi dirinya, ahli keluarga, dan para penyokongnya, berita itu adalah berita gembira pada hari Jumaat yang mulia ini. Doa mereka dimaqbulkan Tuhan dan akhirnya apa yang dihajati itu telah dimiliki. Razak tersenyum gembira selepas melalui hari-hari yang memuramkan sepanjang perbicaraan kesnya.

Disebalik itu, bagi keluarga mangsa terutama ayah kepada Altantuya, beliau berasa kecewa. Beliau yang merupakan orang bukan rakyat Malaysia satu-satunya dapat menilai sejauh mana ketelusan dan keihklasan sistem kehakiman berhubung kes ini. Beliau pernah juga berusaha untuk bertemu dengan pemimpin Malaysia tetapi tidak tercapai. Bagi kita orang Islam, jika bolos di dunia, di akhirat pasti terkena jua.

Perbicaraan yang berprofil tinggi ini sungguh terperinci. Biarpun kadang-kadang bagi pihak pendakwaan atau peguam keluarga mangsa tidak dapat memenuhi kehendaknya oleh mahkamah. Apapun sahaja keputusan, pada peringkat dasarnya, tidak ada mana-mana pihak boleh mempertikai atau menafikannya. Jika tidak, anda dituduh menghina mahkamah.

Oleh itu mahkamah harus sentiasa diletakkan di tempat yang mulia. Tapi kita boleh berasa kecewa dan hampa jika jelas kelihatan lubang kelemahan perbicaraan tidak ditampal rapi. Ada sesuatu perkara yang dihadkan dari terus diperkatakan. Apapun, tulisan ini tidak merujuk kepada mana-mana kes yang berkaitan.

Bolos di dunia, di akhirat akan tertangkap jua bagi sesiapapun seorang insan. Selamat pulang ke pangkuan keluarga bagi Razak dan berbahagialah. Ambil keputusan ini sebagai satu titik hidayah untuk menjadi insan soleh dan membimbing keluarga ke jalan yang lurus. Pembebasan ini adalah satu peluang yang diberi oleh ALLAH kepadanya.

Siapa bersalah masih belum kita ketahui. Perbicaraan masih diteruskan sehingga semua urusan selesai. Raja Petra pula punya cerita tersendiri berkaitan kes ini. Bukan urusan kita untuk membawa manusia ke neraka, tetapi memadailah kita dengan membawa kebenaran agar tiada siapa harus ke neraka.

Selamat Berlepas!


Hari ini melakarkan pesawat pertama jemaah Haji dari Malaysia yang akan bertolak bagi memulakan ibadah haji. Perkara ini telah menarik perhatian Agong dan Permaisuri bagi mengucapkan selamat berlepas kepada semua bakal haji.

Pergi menunaikan haji merupakan rukun Islam yang kelima dan wajib bagi mereka yang mampu. Bagi yang tidak mampu, usahlah berasa sedih, sebaliknya sentiasalah berdoa agar diberi kemampuan dan dimurahkan rezqi. Doa yang dipanjat demi waktu pastinya akan diterima oleh ALLAH Taala.

Pergi menunaikan haji jua bukanlah pergi untuk melancong atau membeli belah. Hanya satu matlamat di hati agar mendapat Haji Mabrur. Sesungguhnya haji Mabrur balasannya adalah syurga. Sabda Nabi Muhammad:

"Daripada Abu Hurairah r.a. lagi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Mengerjakan umrah ke satu umrah yang lain menjadi penutup dosa yang dilakukan di antara kedua umrah itu. Manakala haji yang mabrur pula akan dibalas dengan syurga kepada orang yang mengerjakannya”.
 
(al-Bukhari dan Muslim)

Pemergian mereka sentiasa didoakan selamat dan kepulangan mereka kelak akan pastinya dinanti oleh sanak-saudara. Kini hidup akan bermula wadah baru kerana hidup sudah selangkah lebih hadapan yang sudahpun lengkap kesemua Rukun Islamnya.

Jumaat, 24 Oktober 2008

Bercuti 24-27 Oktober2008

Kepada semua pembaca sujudterakhir akan bercuti dari 24 sehingga 27 Oktober 2008. Terima kasih kepada semua dan berharap agar kita dapat bertemu pada entri yang baru. Konsistensi saudara[i melayari blog ini amatlah dihargai. Bersama membawa Malaysia yang amanah. adil, dan berkebajikan. Usah dilalaikan dengan kesibukan pemimpin dan ahli UMNO yang sedang berebut-rebut jawatan demi survival politik mereka. Terbukti rakyat sudah menolak UMNO dalam kebanyakan peristiwa yang berlaku di sekeliling kita lantaran barah yang ada dalam badan itu.

Wassalam.

Rabu, 22 Oktober 2008

Semoga Tuan Guru Sihat

Kesihatan Tuan Guru menarik sedikit perhatian. Mursyidul Am PAS itu yang dilaporkan semakin pulih memberi perkhabaran yang baik. Orang-orang baik dan alim seperti beliau adalah merupakan suatu nikmat yang sangat berharga bagi setiap orang Islam. Kehadirannya melebarkan cahaya(ilmu) Islam hingga ke seluruh dunia.

Kesakitan yang dialami iaitu pada lutu kiri itu menurut beliau adalah kerana terjatuh semasa menunggang kuda dahulu. Saranan yang dibuat oleh Nabi Muhammad mengajak umatnya untuk berkuda telah disahut oleh Tuan Guru. Sekaligus menolak andaian bahawa orang-orang alim tidak aktif bersukan.

Semua orang berhak untuk sihat. Maka kesihatan merupakan suat nikmat yang berharga. Jika tanpa sihat, pergerakan dan perbuatan kita terbatas. Dari sebuah nikmat sihat yang diambil, maka nikmat lain yang berturutan dari kesihatan akan terhenti.

Orang alim sentiasa dimuliakan. Hadirnya membawa cahaya dan pulangnya membawa amalan. Kita harap agar Tuan Guru akan terus sihat mentadbir PAS dan negeri Kelantan disamping masih berupaya memberi kuliah agamanya. Jika sebelum ini, Sultan Kelantan ada menasihati pengurusan kerajaan negeri, kerajaan negeri akan mengambil nasihat itu sebaik-baiknya.

Ahad, 19 Oktober 2008

Terlewatkah Reform Pak Lah

Kata dua yang dihamburkan menerusi sebuah sidang media benar-benar pedas. Perkara ini mungkin jarang-jarang sekali dilakukan oleh Abdullah tetapi tatkala sekarang beliau semakin konsisten.

Perkataan 'reform' yang disebut oleh Abdullah dan begitu juga pernah disebut oleh Ezam menjadi target di saat akhir beliau memegang jawatan seorang Perdana Menteri dan Presiden parti. Usaha reform yang sebenarnya dilakukan oleh Pakatan Rakyat ini tidak menyebabkan untuk Abdullah mengabaikannya kerana reform adalah apa yang dikehendaki oleh rakyat. Biasalah apabila perubahan ingin dilaksanakan pasti ada sahaja yang tidak kena atau mungkin juga tidak dipersetuju oleh orang lain.

Mahathir seharusnya duduk diam dan usahlah masih sibuk lagi mengikuti politik UMNO dan BN jika sudah lama meletak jawatan. Jika ini dilakukan, Abdullah sekurang-kurangnya tidak terbeban dengan tekanan pemilihan 'orang Abdullah'. Apakah Mahathir juga tidak ada 'orang'nya dan begitu juga 'Najib' apakah tiada pengikutnya yang setia?

Suasana kabilah atau kem dalam UMNO ini membuktikan pada peringkat kepimpinan atasan nyata bersatu dalam zahir dan retak dalam sembunyi. Benar juga jika dikatakan Abdullah mungkin dipaksa untuk letak jawatan lebih awal berbanding pada masa dan waktu yang sepatutnya berdasarkan apa yang berlaku sekarang.

Kelak kita akan dibayangi dengan pemimpin yang tidak bersih, pemimpin yang diselebungi dengan kes jenayah berprofil tinggi, berskandal seks, rasuah, dan main tikam belakang. Reform layak dibawa oleh mereka yang bersih dan bukan orang yang reform secara bertelingkah dan menggunakan salah kuasa seperti akta ISA.

Sementara itu, parti komponen BN mencari ruang dan peluang di celah tempoh peralihan kuasa ini. Beberapa suara sumbang mengenai hak dan kuasa sudah kedengaran. UMNO kian sibuk dengan dunia dan kuasa akhirnya memakan diri. Yang dikejar tak dapat dan yang dikendong keciciran.

Rabu, 15 Oktober 2008

Segalanya Berjalan Lancar Boss!!


Ketika meneliti blog No2umno, gambar ini memberi maksud tersendiri yang bergantung pada tafsiran individu itu sendiri. Gambar dan berita mengenai ini boleh dilihat di blog ini pula.

Dalam majlis jamuan hari raya ini, tentu sekali tidak kelibat Abdullah biarpun beliau masih lagi boss kepada Najib, Muhyiddin, dan semuanya. Barangkali hubungan keruh antara Mahathir dan beliau menyebabkan antara faktor mengapa hubungan dua pemimpin ini seolah-olah dingin.

Hasrat Mahathir bagi melihat Abdullah meletak jawatan kian tercapai. Konspirasi, kerelaan, atau paksaan dalam perletakan jawatan Abdullah bukanlah perkiraannya. Jelas kini 'anak didik atau anak buah' Mahathir yang telah menjadi Presiden UMNO selama 22 tahun memainkan peranan dalam merialisasikan impian Mahathir demi parti itu.

Dalam masa yang sama juga, anak kandung Mahathir , iaitu Mukhriz semakin mendapat banyak pencalonan bahagian yang menyebabkan anak mertua Abdullah ketinggalan beberapa bahagian. Imperialisme Mahathir menjadi bayang-bayang dan KJ terhoyong -hayang. Biarpun begitu, KJ bukanlah calang-calang orang dalam kelompok itu kerana KJ juga berpengaruh.

Jika dahulu, Mahathir pernah berkata beliau tidak dibenarkan berjumpa dengan ahli UMNO, tetapi kini jelas di gambar tersebut beliau sudahpun boleh berjumpa tidak sahaja dengan ahli UMNO malah bakal Presiden UMNO itu. Abdullah sebenarnya terperangkap sehingga beliau akhirnya terpaksa akur untuk melepaskan jawatan.

Isnin, 13 Oktober 2008

Majlis Ulama' UMNO?


"Saya dengan ini mencadangkan agar UMNO mengambil langkah berani dengan menubuh Majlis Ulama parti berkenaan. Namun, penubuhan itu bukan sekadar mengujudkan sebuah replika tanpa fungsi, sebaliknya hendaklah Majlis Ulama tersebut berperanan membimbing perjalanan parti selaras dengan kehendak Islam dalam segala aspek,"

Begitulah kata-kata dari seorang Mufti, Mohd Asri. Beliau memang dilihat lantang dan peka dalam banyak perkara sungguhpun kontrak beliau sudah tidak disambungkan lagi oleh Perlis. Hakikatnya jawatan bukanlah idaman atau keutamaan sebaliknya adalah tanggungjawab sebagai seorang dai'e itu sentiasa dipikul sehingga ajal menjelma.

Melihat keadaan UMNO yang dirasuki dengan banyak perkara-perkara tidak baik, harus cadangan itu diambil. Jika UMNO menolak atau mengabaikan cadangan ini, UMNO menolak saranan ulama' dalam menentu hala tuju parti mereka. Tuan Guru jua penah berkata, UMNO adalah parti sekular.

Memang wujud ilmuwan Islam dalam kolompok UMNO. Tetapi kadang kala mereka terbatas dan dibataskan dalam meng'Islam'kan UMNO itu sendiri. Kecewa juga ada diantaranya yang tergamak menjual agama dengan keuntungan dunia yang sedikit. Islam Hadhari ciptaan Presidennya tidak memberi langsung impak kepada pergerakan UMNO dalam mendukung Islam dan dipercayai akan terus pupus dan luput dibawah Najib Adul Razak kelak.

Memiliki Majlis Ulama' sangat penting (lebih penting dari Majlis Tertinggi) supaya UMNO terpimpin dibawah landasan yang lurus iaitu landasan Islam. UMNO tidak boleh hanya begitu menumpukan pada bangsa Melayu tetapi eloklah ditumpukan kepada Melayu-Islam. Memang sukar kehendak ini dilaksanakan bagi mereka sebenarnya kerana amalan Islam yang dipegang oleh ahli termasuk wanita dan puteri organisasi itu rapuh.

Abdullah yang datang dari keturunan ulama' pasti sangat mengerti cadangan Mufti ini. Sayangnya semua sudah terlambat untuk beliau membawa reformasi Islam dalam UMNO. Masa yang singkat untuk beliau ini hanya adalah masa untuk mengemas dan beransur.

Khamis, 9 Oktober 2008

Pertandingan Yang Dirancang


Hari ini semua maklum bahawa Abdullah tidak bertanding. Dalam erti kata lain, beliau tidak lagi menjadi Presiden UMNO dan seterusnya Perdana Menteri Malaysia. Pada awalnya beliau mahu dilambatkan lagi peralihan kuasa ini, tetapi setelah beberapa watak tampil dalam 'plan' peralihan kuasa ini menggesa Abdullah untuk melepaskan jawatan paling eksekutif dan idaman ramai.

Watak Muhyidin menjadi antara pembantu watak utama. Kenyataannya yang kadang kala dilihat tidak sekutu dengan aspirasi Perdana Menteri menjadi simbol suara akar umbi. Namun pelik juga sekalipun beliau menginginkan perubahan dalam pucuk pimpinan kerana memandangkan kelemahan UMNO sekarang, beliau tidak sama sekali berhasrat meletak jawatan seperti mana Zaid lakukan. Ini kerana beliau masih mahu bertanding dan memegang jawatan dalam parti itu, ataupun dalam erti kata lain apabila Abdullah berundur, beliau boleh naik pangkat sedikit.

Beliau yang mahu Abdullah berundur segera kini memasuki plan kedua iaitu menyeru semua bahagian menyokong Najib. Dalam erti kata lain juga, mesti bagi Najib menang. Team beregu ini makin cemerlang dalam mengukuhkan kedudukan dalam politik masing-masing. Kemudian, Najib akan memegang kuasa dan Muhyidin menjadi 'kawan' rapat kepada bakal Perdana Menteri itu.

Selain Muhyidin yang ingin bertanding jawatan Timbalan Presiden, tetap ada beberapa kerat pemimpin UMNO dalam MT mahu bertanding sama. Sekalipun diantara mereka ada rekod lama yang tidak memuaskan dan ciri kepimpinan yang tidak tetap pendirian, berbanding Muhyidin, beliau agak kemas dalam langkah susun atur politiknya.

Tiba-tiba juga, Zahid Hamidi menarik penyertaan dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden. Alasannya mudah iaitu suara akar umbi dan demi perpaduan UMNO. Namun hal ini pasti berkait rapat dengan persaingan beliau dengan yang lain dan barangkali juga arahan dari otai-otai UMNO.

Jika Abdullah sudah pilih siapa penggantinya sejak awal lagi, begitulah juga Najib mahu juga memasang angan-angan timbalannya. Harus timbalan beliau itu sefikrah dengan beliau dan sangat hampir hubungan mereka kerana ini penting bagi melancarkan pentadbiran negara dan hal-hal sulit. Najib mempunyai rekod peribadi yang sofisikated dan sulit. Anwar harus pintas Najib sebelum beliau menjadi Perdana Menteri Keenam.

Rabu, 8 Oktober 2008

Bukan Untuk Mendewa

Hanya gambar dan itu sahaja yang dimaksudkan dan bukan pula patung seperti yang dipuja. Jika puak UMNO mengatakan itu adalah untuk pemujaan maka sangat wajar untuk mereka melihat kembali batu berhala yang cukup besar dan tinggi didirikan di seluruh Malaysia. Dalam masa yang sama, patung Murugan di Batu Caves adalah jelas bertujuan pendewaan semata-mata.

Gambar yang besar bagi seorang tokoh sudah tidak asing lagi di dalam dunia ini. Tidak menjadi pelik jika gambar seorang yang terkenal terpampang di mana-mana dan dalam masa yang sama mereka adalah seorang pemimpin.

Isu gambar ini hanya timbul oleh puak UMNO yang sentiasa cuba mencari titik kelemahan parti lawan mereka. Dalam soal yang remeh ini juga, mereka mahu membesar-besarkan isu. Jika dibandingkan keutamaan isu, lebih banyak perkara lagi yang perlu dijadikan isu serius termasuklah isu keselamatan negara yang kian membimbangkan.

Antaranya ialah kejadian yang melibatkan mereka yang bertanggungjawab pada sola keselamatan. Hal di pagi raya angkara tembakan rambang sebanyak 58 das tembakan mengalahkan letupan mercun bola mainan anak yang berusia 7 tahun sudah menjadi ancaman keselamatan. Di tambah lagi dengan insiden yang dipercayai polis yang menyamun seorang kontraktor seperti dilaporkan oleh Berita Harian hari ini menggemparkan institusi itu. Apa sudah jadi dengan mereka?

Ada sebahagian isu yang sahaja digembar gemburkan dan ada yang terus disembunyikan. Jika hal gambar besar ini menjadi kontroversi, ia lebih kepada kontroversi berunsur politik sempit UMNO. Lihat gambar sebilangan para pemimpin terbilang di dunia yang terpampang besar di negara mereka masing-masing di http://s252.photobucket.com/albums/hh4/luggagemantis/foto%20pemimpin/

Isnin, 6 Oktober 2008

Akhirnya Ku Undur Jua

Ada cerita-cerita yang memberitahu kemungkinan Abdullah tidak akan bertanding dalam pemilihan bahagian UMNO kali ini. Di sebalik itu juga, ada juga yang menyatakan Abdullah akan terus menjadi Perdana Menteri mungkin sehingga tahun 2010.

Dalam dunia politik, perancangan kadangkala tidak selari dengan tindakan. Tidak hairan jika ada yang merancang untuk sekian waktu dan sekian masa akan berlaku sesuatu, tetapi sebenarnya ia tidak menjadi seperti apa yang benar-benar dikehendaki.

Baik isu tarikh 16 September atau mesyuarat agong UMNO pada hujung tahun ini, pada waktu itu pencapaian yang seperti diimpikan dan dirancang tidaklah seperti diharapkan. Maka begitulah jua, jika Abdullah sendiri menyatakan sesuatu waktu untuk sesuatu tindakan seperti keputusan samada beliau ingin bertanding diberitahu pada esok dan lusa, tidak semestinya beliau terikat dengan waktu itu.

Sudah tentu kita sebagai pemerhati dari golongan rakyat, Abdullah suka membentuk teka-teki pada satu tindakan yang kita anggap sangat penting. Sehingga kini pun, teka-teki bila tarikh sebenar beliau meletak jawatan tidak diberitahu. Cuma yang wujud adalah tanda-tanda atau alamat bagi sesuatu itu sahaja.

Contohnya, jawatan Timbalan Presiden UMNO sudah mula dicabar. Adat sebelum ini di dalam UMNO, dua jawatan tertinggi dalam parti tidak akan ditandingkan atau dicabar. Tetapi apabila ada tindakan mencabar jawatan tertinggi itu, ini memberi makna mungkin ada jawatan kosong tertinggi. Natijahnya sebilangan pemimpin utama UMNO berlumba-lumba bertanding pada jawatan itu. Masih lagi terngiang-ngiang akan lagi kata-kata Presiden mereka iaitu " Saya pantang dicabar!"

Abdullah akan berundur jua. Jika tidak ditekan oleh orang UMNO mungkin beliau akan ditekan oleh seteru politik beliau. Bilakah masanya, corak politik hari ini menampakkan beliau mungkin akan berundur selepas mesyuarat agong UMNO bulan Mac ini. Mesyuarat ini terlalu penting bagi semua ahli UMNO apatah lagi bagi seorang Presiden parti dan bakal-bakal Timbalan Presiden parti terbabit.

Peralihan akan dijangka disaluti dengan kecemerlangan negara pada kelemahan pentadbiran Abdullah. Segala kucar-kacir yang berlaku hampir setiap hari akan cuba dienapkan supaya jelas dilihat pada permukaannya, Abdullah adalah antara pemimpin yang 'baik'.


Rabu, 1 Oktober 2008

Salam Lebaran 1429H


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sujudterakhir.blogspot mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca dan penjenguk blog ini. Sehubungan itu penulis akan bercuti dari 1 Oktober 2008 sehingga 5 Oktober 2008.

Berhati-hatilah di jalan raya kerana pandu cermat jiwa selamat.

Pulang Ke Kampung Dengan Eurocopter

Ini adalah sebuah helikopter yang bakal menjadi kebanggaan Malaysia. Helikopter ini ialah Eurocopter. Persis seperti helikopter penggempur dalam peperangan. Bentuk yang dinamik dan keupayaan yang canggih serta terkini menjadi pilihan sebagai pengganti kepada helikopter Nuri.

Helikopter Nuri biarpun pernah dipanggil sebagai 'keranda terbang' namun jasa'nya' kepada rakyat dan negara sangat tinggi. Memandangkan usia Nuri itu telah lama, maka menjadi keutamaan kepada kerajaan menggantikan sebuah helikopter yang lebih baik.

Maka bermulalah satu persaingan tender. Difahamkan sebuah syarikat pengeluar helikopter telah berjaya memenangi persaingan ini. Sama seperti kapal selam tatkala era Najib, dan sekarang Eurocopter pula pada era Abdullah. Inilah kemajuan.

Tanpa bersifat prejudis dalam kemenangan syarikat itu terhadap kejayaan diterima tendernya, harus ada hitam putih atau transparensi dalam segala urusan. Ini kerana terdapat suara-suara yang tidak enak menggangu bahawa syarikat helikopter ini ada perkaitan dengan kronisme atau nepotisme.

Nepotisme tidak salah jika adil atas haknya. Tetapi kerana nepotisme jugalah mampu barangkali korupsi dan rasuah bermaharajalela. Abdullah sebagai Menteri Pertahanan pasti tahu akan isu ini.

Ahad, 28 September 2008

Duit Raya Kepada Lanun

Dalam beberapa hari lagi seblum 1 Syawal seperti yang diharapkan adalah tebusan kapal Melati 5 dibebakan oleh sekumpulan lanun. Itu tekad dan harapan kerajaan Malaysia demi keselamatan dan maruah negara.

Tidak begitu adil jika menghakimi bagaimana tindakan membebaskan tebusan ini hanya berasaskan satu sumber kerana berita dan maklumat sebenar dilindungi dan dirahsiakan oleh tetera. Sungguhpun begitu, kita menghormati usaha, plan, dan tindakan yang telah mereka di Perairan Teluk Aden. Pastinya tentera mempunyai kredebiliti yang telah ditetapkan sejak dahulu lagi.

Cuma apa yang dilihat, sebelum pertukaran Menteri Pertahanan dahulu iaitu Najib dengan Abdullah, pembebasan tebusan dengan sejumlah wang tidak dilakukan semasa Najib memegan jawatan itu. Hanya selepas Abdullah memegang kuasa pertahanan atau tentera, tebusan dapat dibebaskan dengan bayaran yang telah dirahsiakan.

Ini bererti kehendak lanun yang telah mengganggu kedaulatan negara telah dipenuhi. Signifikannya, tindakan menyimpan tebusan atau menculik ini bagi mereka adalah satu cara menambahkan pendapatan. Akhirnya, Malaysia akur dengan tuntutan para lanun itu.

Biarpun begitu, mungkin itu cara terbaik bagi kerajaan membuat keputusan tanpa sebarang pertumpahan darah. Duit yang diberi mungkin boleh diganti semula tetapi jika nyawa tergadai, pastinya hilang buat selama-lamanya.

Jika kita berbicara soal ketegasan pula, dari satu sudut ketegasan dan keagresifan kerajaan luntur sedikit. Apabila memenuhi tuntutan lanun atau penjenayah, ini bererti kekalahan di pihak kita. Kecemerlangan dan kecekapan tentera kita tidak layak dipetikai dalam mengendali operasi-operasi yang berisiko tinggi sepertimana drama tebusan ini.

Selepas ini, Abdullah wajar membuat kenyataan media serampang mata berhubung isu ini bagi menjelaskan kepada rakyat sepertimana yang dilakukan oleh Syed Hamid tatkala menahan rakyat dibawah ISA. Kita bersyukur dengan keselamatan mangsa tebusan ini dan semoga dapat pulang ke tanah air dengan rasa selamat dan rasa syukur.

Jumaat, 26 September 2008

Sepuluh Sen Sahaja

Penurunan harga minyak sepuluh sen yang dibuat oleh kerajaan lalu nampak suram. Sekalipun mungkin boleh menghela nafas lega, tetapi tidak semudah itu untuk menikmati kelegaan. Adapun nilai sepuluh sen ini terlalu kecil peratusannya daripada kenaikan.

Sedikit perkiraan matematik. Setakat ini minyak telah turun sebanyak dua kali iaitu yang pertama sebanyak 15 sen dan yang terkini ialah 10sen. Maka jumlah harga telah turun ialah 25 sen sahaja dibandingkan dengan kenaikan sebanyak 78 sen. Oleh itu kerajaan hanya menurunkan sebanyak 32% dalam tempoh kurang tiga bulan.

Hari ini satu liter minyak menyamai dengan RM2.45. Harga minyak memang bergantung pada pasaran global dan peranan negara-negara besar, akan tetapi formula yang diguna pakai oleh kerajaan dalam menentu harga minyak membebankan.

Secara ringkas harga minyak di negara kita sepatutnya tidak mencecah lagi kepada harga
RM 2.00 seliter. Satu formula yang mudah mengira harga minyak adalah seperti berikut*:

Mengikut formula kerajaan ketika menaikkan harga minyak :

Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45
Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01

Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 2.01 - RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 2.45 sen

Beza kerajaan tipu Rakyat Malaysia = RM 2.45 - RM 1.71 = RM 0.74 per liter.
(*sumber:harakahdaily)

Penurunan harga minyak kini semestinya sebuah drama yang dimainkan oleh pelakon-pelakon Barisan Nasional. Lihat sahaja setiap kali penurunan harga minyak pasti akan dikaitkan dengan satu peristiwa atau perkara yang signifikasi dengan rakyat Malaysia.

Dahulu, sebelum pilihanraya dikatakan harga minyak tidak naik. Malang sekali apabila mereka menang dengan kerusi mudah, minyak mencanak naik dengan tinggi. Selepas beberapa bulan, setelah debat harga minyak antara DSAI dengan Shabbery, dan rungutan, harga minyak mula diturunkan. Penurunan pertama adalah ketika sekitar pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan keduanya turun kerana rakyat mahu berhari raya.

Moral daripada drama ini ialah membuktikan kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan perihatin kepada beban rakyat. Terima kasih kepada kerajaan BN yang hanya memerintah untuk beberapa bulan lagi.

Khamis, 25 September 2008

Peralihan Kuasa: Najib Atau Anwar


Perdana Menteri Ke-Enam Malaysia manjadi kerusi hangat. Perbicaraan peralihan kuasa sungguh kelihatan tidak nampak untuk dihentikan. Ketaraan ini jelas ditunjuk samada dari dalaman dan luaran UMNO.

Barangkali perkara ini juga meletakkan Malaysia pada satu suasana politik yang tidak stabil. Kedudukan Perdana Menteri kini sudah ada usaha untuk diambil dari Abdullah tambahan pula beliau komited dengan plan peralihan kuasa. Menurutnya dahulu, peralihan kuasa akan berlaku pada tahun 2010 tetapi sekarang ketetapan peralihan kuasa itu menjadi fleksibeliti.

Anwar, Ketua Pakatan Rakyat terus meyakinkan rakyat akan majoriti Parlimen dalam gengaman mereka. Kehendak ini hendak sahaja disuarakan melalui sidang khas di Parlimen tetapi seperti dijangkakan, tidak semudah itu untuk Abdullah menyetujui cadangan itu.

Cakap-cakap ini semakin hangat. Ada cerita pula bahawa satu perjumpaan tertutup diadakan antara pihak pembangkang dan kerajaan dalam usaha membuat usul undi tidak percaya. Selain itu, ada juga cadangan yang mahukan campur tangan dai pihak Istana bagi mengatasi kuasa eksekutif Perdana Menteri itu.

Dari segi tempoh masa, tempoh yang dikenakan oleh Pakatan Rakyat lebih singkat dari tempoh peralihan kuasa UMNO. Bagi Pakatan Rakyat, peralihan kuasa mesti dicepatkan seboleh-bolehnya sebelum raya memandangkan kosentrasi hala tuju negara terjejas. Ini dapat dilihat kepada penggunaan ISA, pertukaran jawatan Menteri Kewangan dengan Menteri Pertahanan, dan ekonomi antarabangsa yang meruncing memungkinkan kegagalan Malaysia untuk berhadapan dengannya.

UMNO di peringkat bahagian jelas menzahirkan pandangan berbeza. Ada yang mahukan disegerakan plan itu dan ada yang masih terus komited pada tahun 2010. Mereka yang juga suara akar umbi UMNO nyata sudah tidak sekata. Jawapan yang paling sesuai ialah mengadakan undi kepada Presiden. Inilah satu petaka buat imej Abdullah dalam membawa UMNO dan negara apabila wujud keadaan seperti tadi.

Sabtu, 20 September 2008

Usul Tidak Percaya


Kepercayaan yang telah diberi jika dikhianati maka agak sukar lagi untuk diyakini buat kali yang seterusnya. Lebih-lebih lagi seseorang yang mempunyai kepercayaan yang tinggi oleh orang lain, hilang lenyap kepercayaan kepadanya seterusnya akan gagal untuk meneruskan amanah hasil kepercayaan yang sudah tiada. Secara ringkas, usul tidak percaya kepada Perdana Menteri menjadi tanda tanya atas kewajarannya.

Jika benar BN mengatakan bahawa dakwaan Anwar bahawa sebilangan ahli Parlimen melompat parti adalah bohong, mengapa harus dilewat-lewar atau ditolak usul itu oleh Pedana Menteri. Abdullah seharusnya tidak gusar dengan dakwaan atau khabar angin kerana beliau sendiri sanagat tidak menyukai khabar angin. Oleh itu Abdullah mesti segera membuktikan beliau sedang dipercayai.

Dalam masa ini, keadaan di Malaysia sedang berhadapan dengan krisis kepimpinan dalam politik. Biarpun sebelum ini, pernah diusul akan undi tidak percaya kepadanya, dan kini sekali terpaksa lagi bakal berhadapan dengan hal yang sama. Reputasi yang buruk dalam perkembangan BN mencerminkan kekusutan, kecelaruan, dan tekanan yang bertubi-tubi diterima oleh mereka.

Tekanan yang hebat sekali pastinya dari Pakatan Rakyat. Pertemuan yang diharapkan antara pemimpin Pakatan Rakyat dengan Perdana Menteri menampakkan respon yang negatif darinya. Sehubungan itu, serangan peribadi terhadap Anwar juga sering digunakan oleh Abdullah sebagai mematahkan serangan politik kepadanya. Tetapi sejarah di Permatang Pauh membuktikan seangan peribadi adalah senjata yang ampuh.

Namun kesedaran dan suara rakyat tidak mampu ditahan oleh kepimpinan yang diktator atau seumpamanya. Suara rakyat yang berasas mestilah didengari dan diberi ruang untuk dilaksanakan. Begitu sukar untuk Abdullah meletak jawatan serta-merta di saat ini. Pelbagai alasan dan sebab diukir yang menyukarkan beliau untuk berbuat demikian.

Kini opsyen kedua adalah meminta restu dari yang Di-Pertuan Agong. Mengadap Seri Paduka Baginda bagi meyatakan hasrat rakyat kini dibawah payungan Tuanku. Merealisasikan harapan baru ini kerana sekarang Malaysia agak kelam. Undi kepada usul tidak percaya adalah yang terbaik untuk melihat adakah BN atau PR wajar menerajui negara.

Rabu, 17 September 2008

Abdullah, Checkmate!

Kali ini beliau benar-benar kena penangan dari rakan dan seteru politiknya. Soalnya, mampukah Perdana Menteri mampu terus kekal sebagai Perdana Menteri hanya dengan berbekalkan kuasa di tangannya? Tatkala Najib sudah mula memberi signal, Muhyidin memberi ingatan, Anwar memberi tekanan, kabinet bercakaran, dan pelbagai andaian, Abdullah menempa liku kejatuhan buat karier politiknya.

Jika benar Najib setia pada Abdullah tetapi itu hanya satu waktu terdahulu. Hari ini Najib dan Muhyidin menjadi pasukan 'beregu' untuk menewaskan Abdullah dengan meyuarakan suara akar umbi dari ahli UMNO sendiri. Katanya segerakan peralihan kuasa sebelum 2010 kerana kita sudah kritikal. Tapi apakan daya, bak kata mantan Presiden UMNO, Mahathir, ini parti adalah parti Abdullah Hj. Badawi.

Sekarang, masanya diuji. Kepentingan peribadi menguji kepentingan parti. Abdullah tidak mahu berundur kerana katanya kerja masih banyak. Memanglah, kerja Perdana Menteri sentiasa banyak dan kerja itu sentiasa berterusan selagi Malaysia masih wujud. Cuma tidak bererti jika Abdullah sudah tiada memegang jawatan itu, kerja Perdana Menteri sudah selesai. Jawatan ini adalah satu kesinambungan dari satu individu ke individu yang lain.

Zaid sudah meletak jawatan dalam kabinet dan tegas atas pendirian perletekan jawatannya itu. Barangkali reformasi dalam perundangan atau kehakiman yang dibawanya tidak popular dalam perjuangan UMNO kini. Isu ISA mencacatkan lagi perlembagaan dengan persoalan mengapa harus seseorang itu perlu ditahan jika belum didakwa oleh mahkamah. Tindakan Hamid Albar melingkaui peranan yang dibawa oleh Zaid sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan menjaga undang-undang dan perlembagaan negara.

Pakatan Rakyat dilihat semakin stabil dan kukuh dengan isu sudah cukup bilangan Ahli Parlimen bagi menubuhkan kerajaan yang baru. Kerajaan yang baru akan menggantikan kerajaan Abdullah dan meletakkan Abdullah sebagai ketua pembangkang pula. Percaturan Pakatan Rakyat kepada kerajaan Abdullah sudah menampakkan bahawa Abdullah tiada jalan lain lagi melainkan untuk mengangkat bendera putih.

Tansisi perlaihan kuasa yang baik adalah diharapkan dengan harapan Abdullah akan dilihat bersifat 'gentleman'. Pertemuan antara dua pemimpin utama iaitu Abdullah dan Anwar seumpama satu dentuman petir yang kuat. Ini kerana jika benar pertemuan ini berlaku maka 'checkmate' dari Anwar untuk Abdullah.

Kini tinggal masa untuk Abdullah samada untuk akur dengan kehendak rakyat atau terus menguatkan kekuasaan yang dirisaukan boleh menjurus kepada kezaliman. Abdullah yang dikenali jua sebagai Mr.Clean berkata "ISA adalah baik sebab kita hendak pastikan apa yang kita nak kuat kuasakan adalah wajar dan adil."

Selasa, 16 September 2008

Kemuncak Hari Ini

Hari ini ialah 16 September 2008 atau dikenali sebagai Hari Malaysia. Hari di mana Sabah dan Sarawak bergabung dengan Semenanjung Malaysia pada 45 tahun yang lalu. Di situlah bermulanya nama 'Malaysia' dan hari ini dikenali di seluruh dunia.

Tarikh keramat ini juga sekali lagi akan menggegarkan Malaysia kerana tarikh ini adalah tarikh penting perjuangan rakyat. Ada rakyat yang telah dinafikan hak, dirampas rezkinya, disingkir dan sebagainya akan menjadi titik noktah. Harapan suci ini nyata tidak dapat dipikul atau dilaksanakan oleh kerajaan BN yang memerintah. Maka hari ini BN perlu ditukar kepada kerajaan yang lebih amanah, adil, dan bersih.

Sehingga saat ini, rata rakyat mendambakan sesuatu berita yang baik yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri dalam penantian, Dato' Sri Anwar Ibrahim. Berita itu ialah bagaimana kita akan kembali menikmati kehidupan sejahtera di dalam Malaysia dan menamatkan barah yang sangat krtikal dalam struktur kerajaan.

Di jangka pada jam 2.00 petang ini di Damansara, Anwar akan memperincikan lagi. Ngauman reformasi sudah berkedengaran dan terus menjadi perkataan tunjang ke arah melahirkan Malaysia yang lebih baik. Hendak seribu daya, seribu daya akan digunakan demi mereliasiskan misi yang cukup besar ini.

Sabtu, 13 September 2008

ISA Bukan Main-main

Setakat ini yang terbaru tiga orang yang pro-pembangkang telah ditahan dibawah ISA. Sesiapa yang menghasut sama ada dalam blog, media cetak atau elektronik, dan lebih-lebih lagi tidak menyokong kerajaaan berhadapan besar dengan ancaman ISA ini. Sekaligus dengan adanya akta ini barangkali dapat 'mengecut perut' bloggers dan penyokong atau penggerak pembangkang.

Ujar Abdullah ISA tidak digunakan sewenang-wenangnya. Tetapi bala dari ISA itu cukup meresahkan dan menyusahkan. Anda tidak akan tahu kenapa ditahan, tiada perbicaraan atau pembelaan, tiada pengetahuan akan nasib diri, dan fikiran akan terus ditekan.

Kita tidak boleh nafikan bahawa kita mungkin terlepas dari akta itu. Mulai sekarang mungkin ada lagi yang sudah tersenarai untuk di bawa ke kem tahanan ISA. Mungkin untuk 3 bulan, 3 tahun, atau bertahun-tahun. Rakyat menjadi tertekan dek kerana wujudnya bayangan seperti ini.

Sekarang di bulan Ramadhan yang berkat mari kita berdoa agar kezaliman terhenti dan kebenaran dimiliki. Sungguhpun ada orang seperti KJ yang suka kepada ISA, namun ia tetap seperti hantu yang meninggalkan rasa takut seseorang jika berhadapan dengannya. Sesiapa yang ingin bebas, tiada bebas sepenuhnya untuk diri anda dalam dunia ini. Tetapi sekatan kebebasan itu mestilah adil dan munasabah.

Harapnya dalam masa terdekat ini, apabila 16 September menjadi impian yang terlaksana, ISA akan terhenti pada tarikh itu. Tahanan ISA akan dibebaskan untk hidup makmur, aman dan sentosa.

Jumaat, 12 September 2008

Ops Tukar Kerajaan Lancar


Sekalipun sebahagian ahli Parlimen di bawa lari keluar dari negara, usaha itu tidak dapat menjejaskan proses mendapatkan pemerintahan yang baik dan adil. Usaha membawa keluar ahli Parlimen dari Malaysia menuju ke Taiwan seperti usaha untuk mengelak dari mereka menyertai Pakatan Rakyat.

Empat orang wakil dari PKR dihantar bagi mereliasasikan misi ini. Negara Taiwan akan menjadi saksi dan di sana mereka lebih mudah untuk berbincang soal lompat parti. Di sana suasana lebih kondusif dan tekanan tidak begitu dirasai oleh kerana pucuk pimpinan BN berada jauh dari Taiwan.

Sekarang kelihatan lebih jelas peristiwa yng dikenali 16 September ini akan menjadi sejarah Malaysia. Anwar tidak bermain-main atau berolok-olok dalam merangka agenda perjuangan. Dalam perjuangan, matlamat adalah paling utama dan mesti direalisasikan sebaik mungkin.

Di petik dari sebuah sumber, ahli Parlimen kita di Taiwan tidak dapat duduk diam. Ada sebahagian yang hendak balik awal ke tanah air dan ada juga yang mahu pergi lagi jauh dari Taiwan iaitu ke Hong Kong. Sebagai ahli parlimen yang jujur, kepentingan rakyat adalah lebih utama daripada kepentingan parti dan termasuklah diri sendiri.

Kepulangan mereka ke Malaysia sentiasa dinantikan kerana rakyat ingin tahu apakah pendirian mereka. Rakyat sentiasa mendoa yang terbaik buat mereka agar dapat membuat keputusan yang terbaik untuk melompat parti.

Peluang biasanya datang sesekali. Jangan dilepaskan peluang ini tatkala sekarang BN-UMNO kian barah. Capaikan matlamat dengan sebaiknya dengan jaminan masa depan rakyat yang lebih cerah, bersih, dan adil.


Selasa, 9 September 2008

UMNO P.Pinang Tunjuk Hero



Sah, ada konflik dalaman antara puak Ahmad Ismail dan Tsu Koon. Sekali lagi terasa malu dengan sikap gila orang UMNO yang membusukkan nama melayu. UMNO Terengganu dahulu pernah dilabel biadap, kini UMNO Pulau Pinang hendak tunjuk hero!

Semangat setiakawan dan hormat menghormati sudah lama berkubur terutama bagi Ahmad Ismail dan konco-konconya. Hati cukup membakar dan keras dalam menghormati budaya sopan santun rakyat Malaysia. Isu mulut celupar Ahmad masih dipanjangkan walaupun Abdullah telah minta dihentikan isu ini.

Kita berasa geram dengan perangai hina manusia seperti ini. Sedangkan di bulan
 Ramadhan diajar untuk bersabar dan banyak bertaqarrub kepada Tuhan. Tetapi malang, tindakan seperti mereka ini dengan menyalakan kemarahan orang Cina sungguh bertentangan. Yang punya angkara ialah orang UMNO. Apakah mereka akan digantung tugas atau meringkuk dalam penjara?

Koyak gambar Presiden Gerakan sama seperti memberi tanda kemarahan dan benci yang amat sangat kepada seseorang itu. Tidak kurang juga seperti mengisytihar dia adalah musuh. UMNO Pulau Pinang terus tempang di tambah pula Abdullah sebagai Perdana Menteri Malaysia dan ahli Parlimen Kepala Batas gagal mententeramkan kaum di negeri itu.

Ahad, 7 September 2008

Gerakan Perlu Gerak Keluar


Sudah beberapa kali dilihat Parti Gerakan terasa hati atau makan hati dengan sikap orang Melayu UMNO. Pernah ketika dahulu tersinggung dengan sikap pemuda UMNO dan hari ini UMNO Pulau Pinang pula yang menghiris perasaan mereka terutama bagi pucuk pimpinan parti itu, Koh Tsu Koon.

Ada orang yang sahaja membuat kontreversi dan menyentuh sentimen perkauman. Orang itulah yang sudah diketahi sikap dan perangainya iaitu Ahmad Ismail. Pada awalnya kenyataan beliau bersifat peribadi tetapi apabila disokong oleh UMNO Pulau Pinang, maka hal ini sudah tidak bersifat peribadi lagi. Sentimen yang dimainkan ini merupakan sentimen hasil dari cerminan para ahli UMNO Pulau Pinang.

Terlajak perlahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Sikap double-standard Abdullah dan Najib dalam hal ini cukup jelas. Sungguhpun kenyataan mereka bercanggah dengan dasar UMNO manakala kepimpinan teritnggi UMNO tidak mentokong kenyataan seperti itu. Ahmad Ismail dianggap tidak berdosa, dan masih boleh bersalaman dengan Abdullah.

Bayangkan, jika kenyataan ini disuarakan oleh pembangkang, pasti dan pasti pembangkang itu akan ditahan oleh polis. Pimpinan UMNO akan mengambil peluang ini untuk mengutuk sekuat-kuatnya kepada kenyataan seperti itu. 

Propaganda ini adalah kemelut dalaman BN sebenarnya. Parti kompenen BN sudah berat untuk meyakinkan diri mereka dengan masa hadapan UMNO seterusnya. Penegerusi Gerakan Wilayah, Datuk Dr Tan Kee Kwong sudahpun berhijrah ke Parti Keadilan Rakyat. Koh Tsu Koon apa lagi, Gerakan bukan "Pak Turut"  dan jangan teragak-agak untuk kelar dari BN.

Jumaat, 5 September 2008

Gula-Gula Kelat Cap UMNO

Pada Belanjawan 2009 baru-baru ini, apa yang dibentangkan oleh Abdullah telah diertikan oleh sebahagian pihak sebagai gula-gula untuk rakyat. Belanjawan itu memang membantu banyak perkara, tetapi asas keperluan tidak ditekankan dan masih terumabng-ambing.

Berita terbaru ialah harga minyak yang mungkin diturunkan sebelum hari raya. Inilah gimik politik yang dibawa oleh BN. Mereka yang menaikkan harga minyak dengan melambung tinggi, kini sudah mula bermain 'tarik-tali'  dengan menurunkan harga minyak agar rakyat kembali tahu BN ialah kerajaan perihatin.

Jika semua ini dianggap sebagai gula-gula,  gula-gula ini ibarat gula-gula kelat. Kelat disebabkan perisanya tidak enak akibat tersalah ramuan dalam resipi. Jika terus dihisap atau dikemam, lama-kelamaan akan muntah dan kelatlah mukanya. Ingin sahaja diludah gula-gula seperti itu.

Apa yang kelat ialah ekoran ahli UMNO yang tidak pernah henti dengan masalah disiplin. Sebahagian mereka yang tidak mempunyai disiplin menjadikan parti ini disisihkan oleh orang Melayu khususnya dan rakyat amnya.

Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera sehari dua ini menjadi kontrevesi. Beliau sebagai orang melayu perlu tahu terlajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya. Akan tetapi yang sangat pelik, kekesalan dan kemaafan itu dilahirkan oleh Najib sedangkan Ismail enggan memohon maaf. Kontra!

Terbaru, pucuk pimpinan UMNO, Abdullah telah dilaporkan dalam satu kes rasuah oleh Mazlan Harun seorang veteran UMNO. Katanya “Laporan dibuat hanya terhadap Abdullah. Ketua Eksekutif mesti bertanggungjawab salah guna kuasa dan macam-macam lagi." Imej Abdullah tercalar dan lebih memalukan lagi apabila orang UMNO sendiri yang membuat laporan atas salah laku Abdullah. UMNO sudah hilang kesefahaman. 

Rabu, 3 September 2008

Masa Berkemas-kemas


Tarikh yang dicanangkan oleh Anwar iaitu 16 September 2008 atau pertengahan Ramadhan sudah kian hampir. Antara cakap kosong atau sebuah realiti akan menjadi perhatian rakyat yang telah meletakkan keyakinan kepada beliau. Sekiranya semua perancangan sudah berada dalam trek, ia pasti berlaku 99%.

Dalam erti kata lain masa sekarang hanya tingggal kurang dua minggu sahaja. Usaha Anwar ini menjadi satu fobia yang cukup hebat kepada semua pemimpin UMNO. Mereka yang telah memegang pemerintahan separuh abad di Malaysia, maka apalah kiranya mereka membuka laluan kepada harapan baru dari agenda Pakatan Rakyat. Cuma sikap segelintir mereka yang angkuh dan selesa, menjadikan mereka alpa pada tarikh keramat ini.

Abdullah janganlah alpa pula. Masa yang tinggal ini lebih baik digunakan untuk mengemas-ngemas fail, dokumen, surat dan data untuk keluar dari Putrajaya. Harapannya untuk berundur dari pentadbiran pada tahun 2010 terpaksa diawalkan oleh sebab Anwar. Perdana Menteri dalam penantian sedang menanti dan penantian ini bukan satu penyiksaan tetapi harapan.

Tamparan yang hebat juga dalam belanjawan baru-baru ini. Ditamabha lagi dengan ahli UMNO yang terus membuat perangai melanggar disiplin. Seorang demi seorang dihadap ke mahkamah kerana masalah disiplin. Antaranya ialah politik wang, laporan palsu, dan memainkan sentimen perkauman.

Segala titik hitam sudah terlalu banyak dalam BN sendiri. Bendera BN akan diturunkan bersama dengan titik hitam yang telah melekat kedalamnya. Natijahnya, sekarang buakan masa untuk BN bersenang-senang atau rasa selesa.

Sabtu, 30 Ogos 2008

Perihatinla Sangat..


Banyak faedah mungkin diperolehi dari Belanjawan 2009 ini. Belanjawan yang disifatkan dari kerajaan perihatin menjadi bualan dan juga tanda tanya bagi sesetengah pihak. Ada lebihan juga dilihat kepada sesebuah pihak.

Sabah dan Sarawak medapat perhatian yang lebih oleh kerajaan BN. Jika melihat kembali mandat BN, ratanya lebih dari kerusi Perlimen Sabah dan Sarawak. Maka adakah pemberian ini kepada mereka sebagai hadiah atau tidak lebih sumpama sebiji 'gula-gula' agar Sabah dan Sarawak terus memberi mandat kepada BN.

Sejurus selepa pembentangan itu, hampir semua ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak berkumpul dan memberi tandatangan menyata sokongan kepada Abdullah. Sesungguhnya keadaan di Sabah dan Sarawak lebih tertekan ekoran kenaikan harga barang dan kadar inflasi yang tinggi.

Dalam masa pembentangan itu juga Abdullah memberi sedikit sentuhan kepada Pakatan Rakyat agar tidak merampas mandat mereka. Anwar yang berhadapan dengannya pasti tidak terlatah dengan kata-kata seperti itu. Segala dalam peracangan PR untuk mengembalikan Malaysia yang sejahtera.

Nyata ada beberapa perkara yang kurang disebut seperti harga minyak, tol, COLA, dana seni tanah air, dan pelbagai lagi. Belanjawan ini boleh dianggap seperti perkara biasa dan kurang berdaya saing. Ekonomi Malaysia di peringkat antarabangsa kini mungkin lebih suram berbanding era Dr. Mahathir ketika dahulu.

Mampukah diberi gelaran kerajaan perihatin sebelum semua cadangan dibuktikan. Kerajaan perihatin bersaing dengan kerajaan rakyat. Kita akan terus lihat.

Rabu, 27 Ogos 2008

Kemenangan Yang Bermakna


Anwar Menang, Arif Kalah
Keputusan pilihanraya semalam merupakan satu kemenangan mudah kepada Anwar. Beliau yang menang dengan undi 31 195 orang manakala Arif dari BN hanya peroleh 15 524 undi sahaja. Majoritinya ialah 13 398 undi (jika akhbar utusan melaporkan majoroti 15 671 undi). Sebelum ini, dalam satu laporan berita radio, Arif 'yakin' BN boleh menang sedangkan kini keputusan rakyat sudah menolak kepimpinan BN. Kekalahan Arif bukanlah difaktorkan kepada calon tersebut semata-mata tetapi ia adalah mesej kebencian rakyat kepada BN dan pemimpin yang korup.

Najib Harus Letak Jawatan
Jika dalam PRU-12 yang lalu, BN kalah teruk Abdullah diminta melepaskan jawatannya maka kini dalam pilihanraya kecil ini juga menyaksikan Najib juga perlu meletak jawatan dalam parti. Najib yang telah diamanatkan oleh Abdullah untuk membawa kejayaan BN di Permatang Pauh itu gagal berbuat demikian di kubu kuat Anwar itu. Maka kini tidak ada alasan untuk Najib meletak jawatan demi sifat tanggungjawab beliau atas kekalahan itu. Abdullah, Najib, Mahathir, Hishammuddin, KJ, dan lain semua itu sudah tidak lagi menepati citarasa rakyat dalam membawa Malaysia yang lebih baik.

Bala Untuk Mubahalah
Kekalahan BN ini juga adalah bala atau tsunami bagi BN. Inilah bala yang diturunkan kepada mereka kerana mempermainkan sumpah laknat. Sumpah laknat Saiful tidak kemana melainkan menambahkan lagi keyakinan rakyat kepada Anwar. Begitu juga dengan Najib dan Tajul Rosli yang mempermainkan kalimah sumpah. Kejahilan Saiful terus bersinar apabila Ramlang Porigi mendedahkan rahsia mereka. Akibat dari bala ini, BN dijangka bertahan tidak lama lagi kerana dipercayai beberapa ahli Parlimen BN bersedia untuk lompat parti.

Media Perdana Tiada Minat
Keganasan penyokong pembangkang, menjadi tajuk utama media perdana semalam. Media perdana ini juga tidak membuat sebarang temubual dengan mana-mana wakil pembangkang atas kemenangan kerana semestinya mereka adalah tali barut BN. Dalam dada akbar Utusan juga, gambar-gambar kemenangan PKR tidak diletakkan di muka hadapan akhbar melainkan sebuah gambar persedian kemerdekaan. Kita sudah muak dengan sikap media seperti ini yang memualkan.

Jalan ke Putrajaya Sudah Di Buka
Anwar menang dan akan mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh. Beliau juga akan menjadi ketua pembangkang di Parlimen. Atas platform ini keazaman untuk membawa Harapan Baru bagi Malayisa dilihat cerah. Selepas ini, kita lihat rentak langkah demi langkah jalan Anwar ke Putrajya.

Ahad, 24 Ogos 2008

48 Jam Ke Pengundian


Masa yang tinggal kini kurang 48 jam sahaja lagi ke tarikh 26 Ogos 2008, sebuah tarikh yang akan meledakkan lagi susur galur politik Malaysia. Permatang Pauh yang kini menjadi sebutan, sedang menanti setiap saat dengan penuh bermakna. Dari saat menjadi minit, dan seterusnya dari minit menjadi jam maka akhirnya kotak undi Permatang Pauh akan 'panas'.

Sepanjang laluan ini, pelbagai perkara dapat dilihat. BN yang mengakui sebagai parti 'under dog' dalam pertandingan ini tidak mahu mengaku kalah. Calonnya Arif Shah dihimpit kecaman dan sebilangan ahli BN yang bermain kotor. Wang dan kuasa menjadi taruhan agar mereka dapat menang tanpa keaiban.

Beberapa poster hasutan puak BN telah berjaya di rampas. Poster-poster ini meniup api perkauman dan ketuanan Melayu. Mereka membayangkan jika PR mentadbir negara, perpaduan kaum tidak stabil dan hak melayu akan dirampas oleh cina. Inilah satu-satunya keterdesakan modal buat BN dalam mengalahkan Anwar Ibrahim. Mereka bermain sentimen.

Arif Shah semenjak dicalonkan beliau semakin popular dan terkenal. Pun begitu, beliau bukan saingan yang setaraf dengan Anwar, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Apabila orang melayu Permatang Pauh tidak melayannya lalu beliau berharap kepada kaum cina dan india. Cenderung kepada kaum cina kerana pandai berbahasa Mandarin dan cenderung kepada India kerana beliau adalah dari geng mamak. Modal asas Arif Shah.

Dalam tempoh 48 jam ini juga memungkin untuk Arif Shah hilang kelayakan bertanding atas tiket BN. Sebuah akhbar berbahasa cina mendedahkan pengakuan Arif membayar duit kepada pekerja bukan jentera BN. Arif kata dia tidak mampu memeberi wang tetapi logikkah alasannya kerana dia sekrang adalah calon tajaan BN, sebuah parti yang terkaya hasil wang rakyat.

Selepas 48 jam kemudian, sebelum pengumuman diumumkan, undi adalah rahsia dan kawalan keselamatan kotak undi pula ditingkatkan 100 peratus. Jika tidak mungkin akan terjadi perkara yang tidak diingini. Kata mereka yang hatinya penuh dengan dengki "Jika tak menang pun, kasi sabotaj pun ok lah," .

Khamis, 21 Ogos 2008

Abdullah Naik Komuter


Tidaklah penting mana cerita nya jika seseorang itu menaiki kemudahan awam seperti komuter, lrt, atau bas. Bagi orang biasa, kemudahan-kemudahan pengangkutan ini menjadi nadi menghubungkan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Tetapi sekiranya Perdana Menteri Malaysia, Abdullah yang menaiki komuter dan lrt, ia seperti janggal pada dewasa ini. Orang ternama dan VVIP sepertinya setiap kali apabila melalui jalan raya pasti laluan pengguna jalan raya akan ditutup ataupun diperlahan bagi memberi laluan kepada kenderaan mereka. Hidup seperti itu menjadi diri lebih mudah dan boleh jadi alpa kepada kesusahan.

Menaiki komuter, lrt, dan bas pada waktu puncak iaitu antara 7.00 pagi sehingga 9.00 pagi dan 5.00 petang sehingga 8.00 malam seperti memasukkan diri ke dalam tin sardin. Manusia yang banyak dan perkhidmatan yang tidak cekap menyebabkan kesesakan dan stress. Suka atau tidak, sebagai orang biasa, semua itu harus ditempuhi dengan sabar.

Abdullah telah melihat perkara ini semasa beliau sendiri menaiki komuter dan lrt dari Serdang ke Masjid Jamek. Kesesakan, kekalutan, dan kepenatan itu adalah semua dirasai oleh pengguna perkhidmatan itu. Jika Abdullah sendiri turun padang dan mengakui kelemahan sistem ini, sesuatu yang drastik mesti dilakukan.

Banyak lagi Abdullah harus melalui masalah rakyat. Dalam baki waktu pentadbiran dibawahnya beliau perlu melahirkan sesempurna mungkin membantu rakyat. Masalah yang ketara juga berlaku ialah pengurusan pesakit luar sebahagian hospital atau klinik kesihatan yang terlalu lembab. Pesakit terpaksa menunggu berjam-jam lamanya menanti nama mereka dipanggil hanya untuk sejenis ubat seperti panadol atau pil tahan sakit barangkali.

Sektor perkhidmatan awam perlu mgagaskan'Research and Development (R&D)' jika mahu kualiti terus ditahap terbaik. Menteri yang bertanggungjawab perlu agresif dalam soal ini seperti rela ke tempat kerja menaiki bas dan melawat rakyat yang sedang kesusahan.

Selasa, 19 Ogos 2008

Kempen Permatang Pauh

Hampir hari-hari Anwar akan berkumpul bersama dengan ratusan rakyat untuk memberi maklumat dan janji. Ini semua adalah segala usaha yang dijalankan untuk memastikan perncangan menuju ke Putrajaya berjalan lancar.

Suasana di Permatang Pauh memang hangat. Dalam musim hujan ini juga, calon tetap bekerja keras melawat walaupun meredah banjir. Pertembungan 3 penjuru ini antara PKR, BN, dan Bebas nyata lebih memihak kepada PKR.

Kita tidak lihat Arif (calon BN) memberi ceramah atau pidato seperti Anwar. Beliau berkempen dengan cara tersendiri disamping cuba meraih undi dari masyarakat Cina setelah kaum Melayu agak berat ingin bersama BN. Arif mengambil peluang ini kerana dia boleh berbahasa Mandarin tetapi itu bukanlah agenda yang rakyat mahukan.

Plan BN sedang bergerak. Memanipulasi media adalah senjata utama. Pembangkang mahu dilihat sebagai penganjur kekerasan. Sedikit sahaja buruk PKR diketemui, ia akan dihebahkan berhari-hari. Jika tiada kes, soal ketuanan Melayu pula dijadikan modal berkempen sedangkan modal ini sudah tidak laku lagi kerana di anatra merekalah wujud melayu yang korup.

Tanggungjawab 'Malaysia baru' sebahagian terletak pada tangan pengundi Permatang Pauh. Mereka harus berkerja keras berkempen dan memastikan kawasan aman dari sebarang agen propaganda. Berkata Noh Omar, BN pun boleh jadi 10 kali lagi samseng dari PKR. Insiden yang tidak diingini dalam pilihanraya nanti mesti dielakkan dan rancangan yang lebih ketat perlu diadakan supaya tidak memberi ruang kepada pihak lawan.

Abdullah, Presiden BN pada tahap ini dilihat kurang agresif dalam membantu kemenangan BN di kawasan tersebut. Satu ketika dahulu, Najib memberitahu pengumuman calon BN akan diumumkan oleh Presiden tetapi sebenarnya tidak. Abdullah juga mungkin belum lagi turun padang ke Permatang Pauh untuk sama berkempen. Sayangnya, hanya Arif sahaja yang pergi berkempen seorang diri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan