Follow je lah..

Jumaat, 31 Oktober 2008

Selamat Berlepas!


Hari ini melakarkan pesawat pertama jemaah Haji dari Malaysia yang akan bertolak bagi memulakan ibadah haji. Perkara ini telah menarik perhatian Agong dan Permaisuri bagi mengucapkan selamat berlepas kepada semua bakal haji.

Pergi menunaikan haji merupakan rukun Islam yang kelima dan wajib bagi mereka yang mampu. Bagi yang tidak mampu, usahlah berasa sedih, sebaliknya sentiasalah berdoa agar diberi kemampuan dan dimurahkan rezqi. Doa yang dipanjat demi waktu pastinya akan diterima oleh ALLAH Taala.

Pergi menunaikan haji jua bukanlah pergi untuk melancong atau membeli belah. Hanya satu matlamat di hati agar mendapat Haji Mabrur. Sesungguhnya haji Mabrur balasannya adalah syurga. Sabda Nabi Muhammad:

"Daripada Abu Hurairah r.a. lagi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Mengerjakan umrah ke satu umrah yang lain menjadi penutup dosa yang dilakukan di antara kedua umrah itu. Manakala haji yang mabrur pula akan dibalas dengan syurga kepada orang yang mengerjakannya”.
 
(al-Bukhari dan Muslim)

Pemergian mereka sentiasa didoakan selamat dan kepulangan mereka kelak akan pastinya dinanti oleh sanak-saudara. Kini hidup akan bermula wadah baru kerana hidup sudah selangkah lebih hadapan yang sudahpun lengkap kesemua Rukun Islamnya.

2 ulasan:

sya_ais berkata...

yer..firdaus dah p madinah...maaf klau x di inform....dia pn kirim salam pd semua yg mengenali

Dib Dib berkata...

Saudara hazim, di mana tempat tinggal saudara sekarang? Blog saudara sangat aktif. Saya begitu bangga sekali. Di sini saya ingin syorkan sebuah buku yang menarik untuk saudara baca. Golongan Yang Tercicir tulisan Fathi Yakan. Semoga terus maju (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan