Follow je lah..

Ahad, 22 Mac 2009

Berjayakah Pasukan Harapan Najib?


Najib kini seumpama satu kaki sudah melangkah untuk mengambil alih pemerintahan UMNO bagi menggantikan Abdullah. Beliau dan 'pasukan'nya sudah lama terbina dan bersedia pada bila-bila masa bagi melancarkan peralihan kuasa daripada Abdullah.

Jika Tuan Guru Nik Aziz umpama nakhoda PAS, maka Najib adalah ketua pasukan UMNO. Siapakah yang akan dan memang menjadi ahli pasukan Najib haruslah bersedia menempuh cabaran dan karenah Najib selepas ini. Rentak pasukan mungkin lebih ketara daripada pasukan Abdullah sebelum ini.

Sesiapa yang tidak layak atau berlainan fikrah dengan Najib, sudah dipastikan lebih awal agar mereka berhati-hati. Tiada sesiapa yang layak untuk mengubah atau melengahkan peralihan kuasa ini.

Namun pasukannya itu akan berhadapan dengan satu dugaan yang paling besar iaitu berhadapan dengan pasukan rakyat. Jika bertukar sekalipun pucuk kepimpinan UMNO atau negara, masalah rakyat masih belum mendapat penyelesaian dan haknya, rakyat akan terus menentang. Rakyat akan terus bangkit untuk memperjuangkan nasib mereka daripada terus diambil kesempatan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Dengan peralihan kuasa nanti, apa pun slogan atau cogan kata yang ingin Najib gagaskan sesekali tidak memberi makna. Pada masa situasi ini, sikap retorik yang mungkin dibawa oleh UMNO akan sentiasa diperlecehkan.

Mereka iaitu UMNO mesti membuktikan untuk menang di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Jika pasukan Najib dapat menguunggulinya, itu adalah lambang kehebatan pasukan mereka. Ayuh jadi anak jantan, pasukan harapan Najib!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan