Follow je lah..

Sabtu, 7 November 2009

Aziz Bari ke Abu Hasan ke..Sama Aje


Meletop-letop kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pihak yang dikira arif dan profesional bidang mereka. Antaranya termasuklah yang sedang popular kini Dr. Aziz Bari (UIA), dan terbaru Dr. Abu Hasan (UM). Adakah cakap dengan fakta dan data atau sekadar menyampaikan cerita?

PAS tidak pernah sunyi dari suara-suara sumbang yang merendahkan keupayaan parti ataupun kepimpinan parti itu. Apapun PAS tidak pernah rasa rendah dan hina dalam meneruskan perjuangan memartabatkan Islam dan menjadi Islam sebagai jalannya. Selagi hidup berteraskan Al-Quran dan Sunnah, hidup tidak akan sesat.

Kita mendengar semua apa yang mereka kata dan kita tidak mampu untuk menutup mulut orang yang berkata-kata. Maka kita menerimanya dengan hati terbuka dan menganggap apa yang disuarakan adalah serius apatah lagi suara-suara pakar.

Sedangkan lidah lagi tergigit dan pisang setandan tidak semua yang baik. Tidak dinafikan bahawa PAS tiada masalah dalaman dari segi tatatertib dan paling besar adalah jalan halatuju parti itu. Kesemua masalah ini dapat diatasi dengan kita kembali kepada sirah mulia Rasulullah SAW. Sirah itulah yang menjadi cerminan kepada jasad PAS.

Biarlah apa orang mengata, kita akan sangkal dan buktikan jika mereka katakan tidak benar. Tidak memadai dengan kata-kata, tetapi buktikan dengan hasil. Serangan negatif kepada imej PAS sengaja diadakan menerusi media untuk menunjukkan PAS semakin bercelaru, hilang pemimpin, dan ada puak-puak.

Islam adalah satu. Tiada lain selain Islam yang mampu menyatu padukan hati kita. Dengan Islam kita bangkit kerana Islam kita berjuang.

Khamis, 5 November 2009

Amanah Jika Tidak Dapat Ditanggung

Mendapat jawatan bukan perkara yang seronok. Lebih lagi dalam menjadi ahli politik, berada di barisan kepimpinan, amanah bukan perkara yang kecil. Amanah yang paling besar itu ialah memikul perintah ALLAH iaitu memerintah dunia dengan keadilan.

Para Khalifah Rasyid memikul tanggungjawab dengan penuh keikhlasan dan sangat hebat menerima ujian. Bagi mereka, itulah urusan yang harus ditempuh tanpa mengira masa dan tempat selagi amanah terpikul di bahu mereka.

Ini kerana perkara ini bukan sahaja dinilai oleh pengikut mereka malah dinilai di hadapan ALLAH suatu hari nanti. Oleh itu kita tidak terlepas dari apa sahaja yang kita lakukan walaupun sekecil zarah kerana semuanya telah dicatit.

Jika rasa beban amanah itu terlalu berat, lepaskanlah bebanan itu kepada mereka yang sangat ikhlas dan mampu memikulnya. Jika terus dipikul, ditakuti beban itu akan menghempap diri dan akhirnya binasa. Apabila anda sudah goyang, itu tanda bahawa amanah itu sudah dapat dipikul lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan