Follow je lah..

Sabtu, 3 Mei 2008

Mufti Perlis Sudah Diterima?

Dr Mohd Asri Zainul Abidin (DRMAZA), Mufti Perlis ini sering kali mengeluarkan kenyataan-kenyataan berhubung isu sosial. Setiap kenyataannya akan diikuti dengan respon dari pelbagai pihak samada para ilmuwan Islam atau masyarakat umum. Biarpun begitu, beliau tetap beristiqamah dalam memberi pandangan.

Sebelum ini, banyak juga kenyataan beliau yang bercanggahan dengan pemahaman masyarakat. Sekali-sekala juga beliau menambahkan salah faham masyarakat terhadap sesuatu isu yang beliau sendiri ketengahkan. Hatta ramai juga teman seperjuangan sepertinya menyangkal beberapa pandangan beliau. Ini termasuklah sebahagian dari isu-isu bidaah, berdemostrasi, khalwat, kursus perkahwinan, dan pelbagai lagi.

Jika dahulu mungkin ada ideanya ditentang oleh sebahagian orang-orang alim dan masyarakat, tetapi pada masa terdekat sekarang, tidak kurang juga kenyataan beliau semakin relevan. Hatta kenyataannya juga disokong oleh kumpulan atau individu.

Salah satunya ialah beliau telah mengirim surat kepada media (TV3). Dalam suratnya beliau memberi peringatan dan nasihat demi kebaikan media tersebut. Beliau memberitahu bahawa media perlu menyiarkan laporan dengan adil dan saksama kerana media memainkan peranan yang penting dalam masyarakat. Laporan itu termasuklah dalam melaporkan berita politik dan sebagainya.

Selepas itu, beliau sekali lagi menegur TV3 yang menganjurkan Jom Heboh. Sebagaiman kita tahu, Jom Heboh atau nama lamanya Sure Heboh pernah ditegur oleh Mufti Perak. Mufti Perlis ini menyatakan beberapa aktiviti yang tidak memuaskan dari segi konteks Syariat perlu dihentikan. Malah beliau juga menyelar sikap sebahagian artis yang tidak matang dalam persembahan mereka. Dalam erti kata lain, beliau tidak mahu apa-apa persembahan yang lari dari konsep akhlak dan hukum-hakam Islam dilaksana lagi.

Beliau juga telah menegur pemimpin-pemimpin Malaysia, Islam Hadhari, dan pengumuman kemasukan Islam bersandarkan ilmu dan hujahan yang baik. Ikuti sajaknya di sini.

Di negara kita tidak ramai Mufti yang bersuara dengan lantang demi kebaikan Islam sepertinya. Jika ada mungkin seorang dua sahaja. Suara Mufti perlu di jalur lebarkan agar dengan harapan ulama' dan umara' dapat bersama-sama menjaga umat. Bagi Mufti Perlis yang berusia 37 tahun ini, beliau boleh terus bersuara dengan hikmah dan berhati-hati mudahan-mudahan masyarakat mudah faham kehendak sebenar Islam.
(klik pada surat untuk membaca surat di atas)

Jumaat, 2 Mei 2008

فذکر ان الذکر تنفع المومنین -٤

(Diterbitkan setiap Jumaat)

Imam Al-Ghazali ada berkata: " Orang yang ditinggal mati oleh anaknya atau salah seorang saudara dekatnya, hendaklah menganggap orang yang lebih dahulu meniggal dunia itu ibarat orang yang lebih dahulu sampai di destinasi ketika sedang musafir. Jika dia menganggap orang yang lebih dahulu mati sedemikian, nescaya dia tidak akan dibuai kesedihan. Sebab dengan cara itu dia tahu bahawa suatu ketikanya akan sampai dia juga dijemput ajal. Sesungguhnya maut itu hanyalah masa waktu sahaja. Jika ajal maut itu dianggap satu destinasi dalam perjalanan, maka seseorang yang ditimpa musibah tidak akan berasa gelisah dan bersedih hati."

Kita biasa melihat bayi yang lahir menangis ketika dilahirkan dan ahli keluarga gembira meraikan. Tetapi apalah nasib jika di saat kematian kita, kita tetap menangis kerana kurangnya amalan untuk ke negeri akhirat dan ahli keluarga kita menangis kerana kehilangan kita. Tiada berguna air mata apabila nyawa telah dicabut dari jasad meninggalkan jasad yang kaku.

Siapakah jasad itu? Jasad itu ialah "ini". Yang sedang menulis, melihat , membaca, mendengar, dan duduk. Jasad lah yang melalui segala kesakitan atau keindahan bersama roh. Malah jasad menjadi 'teman setia' kepada roh selagi kita jasad bernyawa. Namun apabila sampai waktu ajalnya, jasad terpaksa 'menangisi' dan mengucapkan selamat tinggal seta ucapan 'semoga berjaya' kepada roh yang akan melalui liku-liku perjalanan yang getir selepas kematian.

Jasad kita akan disemadi ke dalam kubur di ruang liang lahad. 'Teman setia' itu sudah tidak dapat menemani roh lagi dan jasad akan perlahan-lahan terurai menjadi tanah. Tangan yang bisa dilihat sekarang akan menjadi makanan bagi ulat-ulat mayat dan begitulah seterusnya untuk seluruh anggota badan yang lain. Tiada yang kekal, semuanya akan terurai dan akhirmya tiadalah jasad di muka bumi ini.

Buat rakan-rakan dan teman, Al-Khansa' pernah berkata dalam syairnya mengenai tangisanmu atas pemergian seseorang:
"Seandainya bukan kerana ramai orang yang menangis di sekeliling atas (kematian) saudara-maranya, pasti aku telah membunuh diri (kerana menyangka hanya aku seorang diri yang merasa sedih), akan tetapi aku menghiburkan diri dengan cara bersabar."

"Bersabarlah wahai temanku, ini adalah janjiNya."

Khamis, 1 Mei 2008

Blog Mahathir

Budaya blog kini terus meresap keseluruh rakyat Malaysia. Alhamdulillah dengan penyertaan Tun Dr. Mahathir ke dunia penulisan blog menjadikan dunia ini lebih popular dan diterima serta diiktiraf. Inilah dikatakan 'Dunia di hujung jari' dan semuanya hanya menekan papan kekunci (keyboard) dari jari anda .

Dengan tulisan, mampu menggoncang keadaan. Buku 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Menjadi PM, adalah dari tulisan. Seorang pelajar berusia 19 tahun yang terselamat dari saman Karpal berkaitan 'Darah Karpal Halal Dibunuh' adalah dari tulisan yang ditulis di shoutbox sahaja. Sekarang, segalanya dari tulisan, dari tulisan lahirlah karya-karya agong.

Mencari Muafakat Dalam Parlimen



Video di atas adalah sedutan dari paparan secara langsung dari RTM1 kepada seluruh rakyat Malaysia. Peluang keemasan itu telah digunakan sebaiknya oleh semua ahli Parlimen Pakatan bagi menggempur Parlimen tersebut.

Kelantangan beberapa 'Otai' (ahli Parlimen yang berpengalaman) seperti Kit Siang, Karpal, dan selainnya adalah suatu yang dijangkakan. Malah kelantangan lebih hebat daripada ahli Parlimen BN. Mereka bersuara demi kebenaran dan ketelusan dalam perbahasan, itulah mereka pendekar sejati yang sedang bertarung.

Bagi ahli Parlimen yang baru, mereka perlu lebih banyak mempelajari dan memahami rentak gaya dalam perbahasan. Ini kerana di dalam Parlimen, perang lidah, adalah lumrah. Sekalipun disekat untuk bersuara, tetapi kita perlu juga bersuara. Suara kita adalah suara rakyat.

Muafakat adalah penyelesaian dalam banyak perkara. Kebijaksanaan dan keadilan mestilah diberikan sebaiknya oleh Speaker Parlimen. Beliau jua seorang yang baru, dan masih belum dapat mengikut rentak perbahasan Parlimen bertaraf kelas satu.

Kita sentiasa memberi semangat kepada semua ahli Parlimen Pakatan untuk berdaya dan teguh berdiri menahan hujah dan menangkis serangan. Mental mesti kuat dan buat mesti tepat. Itulah perumpamaannya.

Rintihan Pekerja/Buruh

Kehidupan sebagai buruh sangat berbeza dengan kehidupan seorang eksekutif. Buruh memerah keringat dan eksekutif memerah idea. Jika semuanya digarab dengan baik akan menghasilkan produk yang sangat bermanfaat dari segi masa, kos, dan tenaga. Hidup pula akan lebih sejahtera.

Sememangnya hari ini antara objektifnya untuk menghargai pekerja yang telah bekerja maksimum selama 365 hari. Namun cuti ini hanyalah satu langkah kecil bagi membela nasib ataupun menghargai pekerja. Sesungguhnya cuti pada hari bekerja akan lebih berhasil jika kebajikan pekerja terus dikaji dan ditingkatkan dari masa ke masa.

Baru-baru ini, kesatuan sekerja yang bertemu Dolah adalah gara-gara sistem kini yang tidak membantu pekerja. Pada saat kenaikan harga mendadak pada minyak, beras, mee, tepung, air dan sebagainya semuanya merupakan keperluan asas manusia, kita harus bijak menanganinya. Kini kerajaan yang sedia ada bertungkus-lumus membela nasib rakyat. Tidak kira kerajaan BN atau kerajaan Pakatan Rakyat.

Walhasil, kedua-dua kerajaan yang ada perlu membentuk ketumbukan yang padu dan bersaing dalam memacu lebih kuat ekonomi negara. Dominasi mereka dalam perkara yang utama akan menjadi ukuran dari rakyat.

Sebenarnya masih banyak yang tidak kena lagi berkaitan pekerja atau lebih persis buruh di Malaysia. Ada tenaga yang dikerah pada tempat yang bukan sepatutnya dan ada yang diambil hak-hak mereka sebagai pekerja. Pekerja yang bekerja keras untuk mendapat sesuap nasi tetapi jika periuk nasi ditabur pasir, manakan perolehi nasinya.

Kerja yang halal membawa rezqi yang halal. Jauhilah dari kerja yang haram dan syubhat kerana kelak pintu keberkatan rezqi akan tertutup. Rezqi yang halal memaqbulkan doa dan menyihatkan badan. Bekerja dengan tangan sendiri lebih baik dari meminta menadah tangan.

Rabu, 30 April 2008

Israel Dilarang Masuk

Sukan dicampurkan politik atau benda yang haram cuba dihalalkan? Berikut adalah beberapa kenyataan pemimpin besar berhubung lawatan pasukan kelab bola terkemuka, Chelsea ke Malaysia pada Julai nanti:

“Kami tidak menghalang sesiapa untuk datang ke Malaysia dan dalam kes ini, walaupun kita tiada hubungan diplomatik dengan Israel atau perdagangan secara terus dengan negara itu, kami tiada bantahan terhadap lawatan mereka.” “Kami tidak melihatnya sebagai sesuatu yang salah dan tidak wajar untuk campurkan antara politik dan sukan,” -Rais Yatim.

“Kita mengharapkan sukan adalah sukan, tidak perlu dicampuradukkan dengan politik.” “Kehadiran Chelsea adalah untuk menghiburkan rakyat dan untuk peminat Chelsea yang ramai di negara ini. Ia adalah salah satu program pembangunan sukan bola negara.”-Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad.

Malaysia adalah satu-satu negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Ini bermakna kita tiada sebarang urusan langsung dan tidak langsung dengan negara Israel. Malah jurang pemisahan ini adalah didasarkan kepada agama yang mengutuk kekejaman Israel kepada kaum Muslimin di Palestin iaitu saudara-saudara kita.

Kehadiran rakyat Israel adalah suatu yang sensitif bagi orang Islam. Biarpun atas apa dasar kehadiran mereka ke sini lebih-lebih lagi bukan atas sebab dharurah, haram mereka jejak kaki di bumi Malaysia ini. Lebih malang bagi kerajaan menghalalkan kedatangan mereka atas tiket hiburan sepertimana kata Azzudin.

Kita janganlah memberi peluang walau seinci untuk bangsa yang dilaknat ALLAH ini menjejak kaki ke Malaysia. Bangsa inilah yang dikutuk dalam Al-Quran dan bangsa inilah yang melakukan kerosakan di muka bumi. Mereka membunuh, meletup, menembak, dan menyembelih nyawa orang Islam termasuklah wanita dan kanak-kanak. Tergamakkah?

Mereka menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. dengan pelbagai cara seperti karikatur dan filem Fitna. Bagi mereka, semua bangsa di dunia adalah hina dan mereka (Israel) sahajalah bangsa yang layak tinggal dan mentadbir bumi ini. Orang Islam dihalau dari bumi mereka!


Jika Rais(UMNO) tidak mahu melihat kehadiran pemain Yahudi Chelsea dari pandangan politik, tetapi sila hormati sensitiviti kami sebagai orang Islam. Islam kami bukan seperti Islam UMNO yang secara senyap menjalin hubungan sesama Israel Laknatullah. Kita tidak mahu sejarah pemain kriket Yahudi berulang kembali, kerana kelak anak muda yang menyayangi Islam akan dikenakan tindakan tatatertib kerana membantah. Jika mereka (Yahudi) datang, langkah mayat kami dahulu.

"Kami bersamamu wahai Pejuang Islam Palestin. Kami tidak mengkhianiti mu. Kami berjuang dan kami mahu berjuang"

Selasa, 29 April 2008

Shariibuu Bersidang Di Parlimen

Betapa mulianya hati seorang bapa yang sangat menyayangi anaknya biarpun kini anaknya itu sudah tiada. Sifat kebapaan yang mendalam pada diri Shariibuu, ayah kepada mendiang Altantuya mencerminkan ketanggungjawabannya sebagai seorang ketua keluarga. Biarpun jauh datang dari Mongolia, tetapi demi anak tercinta, bapa rela berkorban. Semalam beliau telah pergi ke Parlimen untuk bertemu Dolah dan Najib. Biarpun terpaksa menjaja sana sini seperti peminta sedekah, berjalan dan menunggu orang yang bertanggungjawab, tebal mukanya tidak mengapa demi sebuah keadilan. Tahniah Sharibuu. Anda mendedahkan sikap sebenar pemimpin negara kami. Ikuti kisahnya dibawah yang diambil dari sloone:

Altantuya’s dad, Stev Shariibuu, was in Parliament today. He waited half a day to meet with Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi and his deputy Najib Tun Razak. He did manage to meet Abdullah after lunch at the Parliament entrance. Shariibuu was about to leave when Abdullah emerged. The dad went straight to meet him and shook his hands. He said he was Shariibuu from Mongolia.
A surprised Abdullah said “Hello. How are you?”
Before Shariibuu could reply, Abdullah walked away. To be fair, he was rushing to attend the afternoon session of the swearing in ceremony of the new MPs.
But I felt the least he could is exchange some words and say words of condolences to Shariibuu for the lost of his daughter. But alas!

After him, Shariibuu waited for Najib, but the later was no where to be seen.
But a few minutes later, Khairy Jamaluddin , Abdullah’s son-in-law emerged.
Shariibuu managed to shake hands with him. He introduced himself again. Khairy replied “I know”.
Then Shariibuu t old him that he was waiting to see Abdullah, to which Khairy reply “Oh, really”.
He later told Shariibuu he was attending a meeting and would catch up with him later.
After Khairy, Shariibuu was again waiting for Najib.
But we heard he had left the premises. Oh, Najib, where are you?
Ps. Shariibuu’s lawyer Karpal Singh said he had informed Abdullah that Shariibuu had waited to meet him. The PM replied that he was VERY busy.

What a shame!

Ahmad Said Mahu Royalti

Benarlah bahawa kerajaan pusat telah merompak duit rakyat Terengganu dengan mengambil hak royalti hasil bumi mereka. Menteri Besar baru, Ahmad Said dengan tegas dan lantang meminta Dolah untuk pulangkan duit Terengganu yang mana tindakan Ahmad sama seperti melawan 'tokay'. Bertentangan etika 'Yes,man' UMNO.

Sebab itulah antaranya mengapa Dolah beriya-iya mahukan Deris menjadi MB berbanding orang lain agar tidak ada siapa yang menghalang pusat mengaut royalti rakyat. Semasa Deris menjadi MB dahulu, Deris hanya mengikut sahaja telunjuk Dolah dan Deris boleh kaya raya. Lagipun Patrick Lim pun ada di sisinya.

Beberapa perbezaan wujud antara MB Terengganu baru dan yang lama ini walaupun dibawah satu parti yang sama. Sewaktu Deris memerintah, isu royalti tidak disuara melainkan selepas Ahmad menjadi MB, barulah ia disuarakan. Tetapi malang, suara Ahmad tidak didengari.

Ahmad kini sangat-sangat memerlukan bantuan kewangan. Mana-mana harta yang sememangnya hak milik Terengganu wajar dipulangkan semula. Menyedari negeri itu sedang mengalami banyak pembaziran dan menanggung hutang yang tinggi, wang adalah diperlukan segera. Apakan daya, Ahmad bukanlah MB pilihan Dolah, tekanan kewangan terus menghimpit beliau.

Kelantangan Ahmad kerana rakyat ataupun kerana Istana Terengganu, tiada siapalah yang tahu. Yang penting ialah: membela nasib rakyat. Selepas ini beliau harapnya tidak merobohkan lagi rumah rakyat untuk menjamin masa depan rakyat Terengganu yang lebih baik.

Semasa PAS memerintah Terengganu, isu royalti telah disuarakan tetapi selepas pemerintahan jatuh ke tangan Deris, ia senyap seketika. Hari ini Ahmad kembali meneruskan agenda PAS itu yang sememangnya agenda rakyat. Ahmad perlu bertegas dan berkeras kepada pusat bahawa royalti mesti dikembalikan atau Terengganu menempah kemunduran.

Sebuah lagu bertajuk 'Royalti' untuknya:

Isnin, 28 April 2008

Wanita, Teladanilah Azizah

Beliau Presiden Parti Keadilan Rakyat dan beliau juga adalah Ketua Pembangkang. Namanya sudah dikenali, Datin Sri Dr Wan Azizah. Hari ini pada persidangan pertama Parlimen selepas PRU-12, ahli parlimen bernafas di dalam atmosfera yang baru.

Di bawah kepimpinan beliau menjadi ketua pembangkang dalam Parlimen, keyakinan dan konsistensi kian dirasai. Beliau bukannya pemimpin yang lemah, beliau telah melalui era-1999 zaman kegawatan politik dan ekonomi menjadikan beliau tegar dan kuat. Amanah Ketua Pembangkang yang diletakkan kepadanya menjadikan beliau setaraf dengan Lim Kit Siang, Allahyaraham Fadzil Nor, dan Tuan Guru Haji Hadi Awang. Maka tertabatlah martabat wanita dalam sebuah pakatan yang dinamakan Pakatan Rakyat.

Hari ini, beliau harus digelar sebagai 'First Lady'. Beliau bersuara dan berkerja untuk membela rakyat dan menegakkan keadilan. Minggu depan suaranya akan mengisi ruang Parlimen dengan ucapan sulung beliau yang membawa agenda reformasi.

Beliau bukanlah seperti Datin Sri Jean Abdullah, kerana Jean tidak berpancak dalam gelanggang politik. Malah beliau bukanlah seumpama Datin Seri Zaharah Kechik (isteri Khir Toyo) yang sedang bergelut dengan kontrovesi RM 9 900 00 00.00 dalam isu Balkis. Mereka itu adalah wanita yang menjadikan kemewahan dan keayuan sebagai agenda kehidupan. Bagi Azizah, agenda reformasi menjadi visi.

Rafidah dan Shahrizat sudah kelam dan kabur dengan kehuru-haraan UMNO. Manakala Azalina Othman, diisytihar bukan dari Wanita UMNO. Itulah wanita-wanita UMNO bagai anjing dan kucing. Oleh itu sekarang, siapakah jagoan wanita yang akan membela hak wanita? Senario politik sekarang melihatkan Azizah sebagai wakil wanita yang berada di pos paling tinggi dalam Parlimen.

Wanita bisa menggempur, mengoncang negara dan peradaban. Wanita mesti bangkit dan bersuara atas nama keadilan dan kebajikan. Di samping bergelar ibu dan isteri, wanita jua adalah pejuang negara. Sokongan dari rakyat buat Datin Sri Dr Wan Azizah.


Ahad, 27 April 2008

Tiada Lagi Islam Hadhari

Tiada agama lain di sisi ALLAH melainkan Islam. Sekiranya kita mencari selain dari Islam, maka kita telah mencari kemurkaanNya dan menjadikan hidup kian tidak berarah.

"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya."
Ali 'Imran:19

Maka dengan itu kita tidak menerima segala apa bentuk yang dibawa selain dari Islam. Tiada lagi Islam Hadhari (IH). Sesungguhnya IH telah banyak menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam Malaysia terutamanya. Dari situlah ramai yang cuba mentakwilkan atau mengadaptasi IH kepada Islam, tetapi tidak berjaya. Bahkan Hadhari itulah cabangan dari ajaran Islam itu sendiri. Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad adalah lengkap dan IH yang dibawa oleh Dolah tidak lengkap sama sekali.

Usaha IH yang hanya diwar-war oleh Dolah dan tidak menteri atau kabinet yang lain walaupun Najib. Dolah lah pengasasnya dan Dolah lah Imamnya. Imam Islam Hadhari. Agenda beliau tidak lain adalah mahu memperkasa Islam dari satu sudut pembangunan dan ilmu sahaja. Bahkan dalam bicara perkara halal dan haram, hukum-hukum agama, sudah lama ia dibuang dari medan politik mereka.

Kini IH mereka hanya tinggal kepada seminar-seminar IH, kelab-kelab IH, dan idea sahaja. Tema Hadhari menjadi sebutan indah sahaja tetapi hasilnya tiada. Mereka tidak berjaya kerana mereka memilih selain Islam. Nampaknya, selepasa PRU-12, IH sudah tidak berkedengaran lagi. Apalah untungnya?

100% kita perlu menolak manhaj IH ini kerana kita memilih Islam. Jangan dicari kekeliruan dalam beragama. Kita yang telah teguh dengan Aqidah Islamiyah tidak seharusnya mudah terpengaruh dan menerima selainnya.

Tiba masanya untuk kita mengamalkan atau menunaikan kehendak Islam. Kejahilan yang cukup banyak kepada sebahagian umat Melayu adalah serius. Ada yang tidak tahu untuk mengungkapkan kalimah Syahadah dan lebih seronok untuk berhibur di pesta dan konsert maksiat. Kertelanjuran pemimpin membawa kepada kehancuran yang dipimpin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan