Follow je lah..


Isnin, 28 April 2008

Wanita, Teladanilah Azizah

Beliau Presiden Parti Keadilan Rakyat dan beliau juga adalah Ketua Pembangkang. Namanya sudah dikenali, Datin Sri Dr Wan Azizah. Hari ini pada persidangan pertama Parlimen selepas PRU-12, ahli parlimen bernafas di dalam atmosfera yang baru.

Di bawah kepimpinan beliau menjadi ketua pembangkang dalam Parlimen, keyakinan dan konsistensi kian dirasai. Beliau bukannya pemimpin yang lemah, beliau telah melalui era-1999 zaman kegawatan politik dan ekonomi menjadikan beliau tegar dan kuat. Amanah Ketua Pembangkang yang diletakkan kepadanya menjadikan beliau setaraf dengan Lim Kit Siang, Allahyaraham Fadzil Nor, dan Tuan Guru Haji Hadi Awang. Maka tertabatlah martabat wanita dalam sebuah pakatan yang dinamakan Pakatan Rakyat.

Hari ini, beliau harus digelar sebagai 'First Lady'. Beliau bersuara dan berkerja untuk membela rakyat dan menegakkan keadilan. Minggu depan suaranya akan mengisi ruang Parlimen dengan ucapan sulung beliau yang membawa agenda reformasi.

Beliau bukanlah seperti Datin Sri Jean Abdullah, kerana Jean tidak berpancak dalam gelanggang politik. Malah beliau bukanlah seumpama Datin Seri Zaharah Kechik (isteri Khir Toyo) yang sedang bergelut dengan kontrovesi RM 9 900 00 00.00 dalam isu Balkis. Mereka itu adalah wanita yang menjadikan kemewahan dan keayuan sebagai agenda kehidupan. Bagi Azizah, agenda reformasi menjadi visi.

Rafidah dan Shahrizat sudah kelam dan kabur dengan kehuru-haraan UMNO. Manakala Azalina Othman, diisytihar bukan dari Wanita UMNO. Itulah wanita-wanita UMNO bagai anjing dan kucing. Oleh itu sekarang, siapakah jagoan wanita yang akan membela hak wanita? Senario politik sekarang melihatkan Azizah sebagai wakil wanita yang berada di pos paling tinggi dalam Parlimen.

Wanita bisa menggempur, mengoncang negara dan peradaban. Wanita mesti bangkit dan bersuara atas nama keadilan dan kebajikan. Di samping bergelar ibu dan isteri, wanita jua adalah pejuang negara. Sokongan dari rakyat buat Datin Sri Dr Wan Azizah.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan