Follow je lah..


Isnin, 14 April 2008

Tamat Sudah Idahnya

Sudah tamatlah 'idah' Anwar tepat pada jam 12.00 malam ini. Idah yang dimaksudkan di sini bukanlah idah yang diterangkan dalam kitab feqah, tetapi hanyalah perkataan pinjaman sahaja. Memberi maksud larangan Anwar untuk bergiat dalam politik secara terbuka. Kini telah tamat. Maka diari politik baru Anwar akan bermula pada tarikh keramat ini detik 12.00 malam.

Sudah pasti selepas ini, beberapa kejutan akan berlaku. Cuma rahsia-rahsia ini disimpan dikalangan pimpinan tertinggi Keadilan khususnya dan Pakatan Rakyat amnya. Pertemuan rakyat pada malam ini di Kampung Baru mencatat kehangatan dan kehadiran mereka membawa semangat tsunami kepada Anwar agar terus menerajui negara kelak.

Perdana Menteri Malaysia, Dolah berada dihujung tanduk pada kariernya akhir-akhir ini. Beliau yang mengaku antara kekalahan BN dalam PRU-12 adalah berpunca daripadanya dan memberi bayangan kepada penggantinya iaitu Najib, membawa tanda tanya bahawa beliau mungkin pergi jua. Selain itu pertemuan Dolah dengan UMNO Johor baru-baru ini, menggandakan Dolah sebuah lagi tekanan. Tekanan kepada Pelan Peralihan Kuasa.

Sudah ada beberapa orang UMNO yang menunggu saat Dolah meletak jawatannya. Najib cadangan Dolah sebagai penggantinya, namun Muhyidin turut menaruh hajat menjadi Presiden. Manakala pada masa yang sama Kuli bertegar untuk bertanding jawatan Presiden UMNO. Merka berebut-rebut. Semuanya ini mungkin berlaku apabila tiba bulan Disember di Perhimpunan Agong UMNO. Sekiranya EGM UMNO berlaku lebih awal dari bulan tersebut, maka Dolah tidak perlu tunggu hujung tahun ini untuk letak jawatan, kerana itulah waktunya selepas EGM.

Saingan kini yang paling digeruni Dolah ialah Anwar. Bermulanya era baru politik Anwar menyebabkan Dolah perlu lebih berhati-hati sentiasa dan mengintip semua gerak-geri Anwar. Pakatan Rakyat yang diketuai oleh isterinya, Azizah mungkin diserahkan kepadanya. Teka teki siapakah menjadi Perdana Menteri keenam hampir terjawab. Hanya pastikan ia Perdana Menteri yang amanah dan tidak mempermainkan Islam dengan Hadhari atau sebagainya.

Berdasarkan sumber dipercayai, undi tidak percaya kepada Dolah nanti akan berpihak kepada Pakatan Rakyat. Antara lain bermaksud, akan ada beberapa ahli parlimen BN akan menyokong usul demikian sehingga berjaya memperolehi 2/3 kerusi parlimen lalu menggulingkan Dolah. Dolah jatuh terguling.

Ramai rakyat menanti suara Anwar kembali bergema dalam Parlimen Malaysia. Usaha menaikkan Perdana Menteri baru berlaku senyap dan halus. Rancangan telah dibina dan sedang bergerak dengan lancar tanpa dihidu. Masa menanti mengucapkan Dolah selamat pergi. Terima Kasih Dolah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan