Follow je lah..


Jumaat, 18 April 2008

Suruhanjaya Angkara Penyangak

Apa sahaja yang datangnya dari BN hari ini kita tidak perlu meletakkan harapan tinggi. Ini kerana telah banyak harapan kita sebelum ini telah dihancurkan dan tiada siapa diantara mereka yang peduli. Lancarkanlah apa sahaja dasar, suruhanjaya, atau kempen ia hanya umpama tin kosong. Lebih-lebih lagi dibawah kepimpinan Dolah, tin kosong ini lebih kuat bunyinya sedangkan isi di dalam tin itu kosong belaka.

Umpama tikus membaiki labu itulah ibaratnya BN yang kununnya beriya-iya ingin memulihkan imej kehakiman dengan menubuhkan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (SPK). Jika tidak kes Lingam dan seumpamanya dibongkar, maka konspirator tajaan BN ini akan terus senyap menghancurkan keadilan Malaysia. Contohnya perbicaraan kes Anwar Ibrahim, kes Lingam, kes Eric Chia, dan kes Razak Baginda. Apabila satu negara telah tahu angkara mereka, barulah mereka ingin membaikinya.

Dalam dunia politik ciptaan BN, lakonan dan sendiwara adalah budaya mereka. Hipokrit dan gimik menjadi skripnya. Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman jua adalah sedikit daripada usaha-usaha BN membaiki imej mereka yang sangat teruk. Mereka yang memusnahkan keadilan dan mereka pula yang mahu menjayakan keadilan. Oleh itu, usah terpedaya dengan gimik ini selagi ia tidak dibuktikan 100 peratus dihadapan rakyat.

Siapakah yang tidak kenal dengan Suruhanjaya Pilihanraya? Apakah dengan gelaran mereka sebagai suruhanjaya kerajaan ini telah dianggap bersih? Jawapannya tidak, malah menambahkan masalah lagi ada lah. Suruhanjaya itu rosak angkara BN yang berlagak penyangak.

Suruhanjaya Polis Di-Raja Malaysia, yang telah ditubuhkan lalu dan telah tamat usahanya serta mereka telah meletakkan cadangan penambahbaikan dan mendedahkan kelemahan PDRM dalam laporan setebal 607 mukasurat. Namun selepas itu kualiti polis tiada perubahan ketara. Moto saya 'Anti Rasuah' sudah ditukar kerana rasuah polis masih ada. Polis juga lebih jelas menunjukkan tindakan berat sebelah pada Pakatan Rakyat. Mereka beriya-iya menekan Pakatan Rakyat supaya BN dapat terus berkuasa contoh perhimpunan Black-14 yang lalu.

Selepas ini mungkin pelbagai lagi retorik BN akan didengari menghiasi dada akhbar mereka. Jika dahulu Dolah ingin memerangi rasuah, tetapi perang itu tidak berjaya. Selagi BN tidak buktikan, usahlah kita percaya. Kita tidak mahu BN 'membaiki' kerana mereka tidak mampu membaiki. Sebaliknya kita mahukan BN 'berhenti' dari memerintah negara.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan