Follow je lah..


Sabtu, 19 April 2008

Beras dan Babi

Beras makanan orang Melayu . Babi makanan orang Cina.


Orang Melayu yang berpendapatan rendah terpaksa memakan beras-beras murah sahaja. Ini berikutan kenaikan harga beras bermutu tinggi dan import. Dalam hal ini, BN gagal untuk mengawal kenaikan harga dengan alasan ia adalah barangan import. Akhirnya beras dahulu yang boleh dibeli oleh rakyat berpendapatan biasa membebankan mereka. Jika mereka terus menggunakan beras tersebut secara harian, mereka perlu menanggung beban kenaikan atau pun bertukar mengambil beras berkualiti murah untuk penjimatan.

Maka berlakulah perbezaan kasta beras dalam masyarakat. Orang yang berada akan menikmati kualiti beras baik dan orang yang kurang, hanya memakan beras kualiti sederhana atau rendah. Hari ini menjadi cabaran bagi Malaysia untuk menghasilkan beras yang setaraf kualitinya dengan beras import. Kajian keatas beras ini harus diberi perhatian memandangkan beras adalah makanan ruji rakyat Malaysia dan orang Melayu khususnya.

Jika ingin melihat orang Melayu bijak pandai, maka makanan orang Melayu diberi zat yang sempurna serta mampu memberi khasiat kepada akal dan badan. Itulah beras. Oleh itu, apabila beras import naik harga, BN perlu menyediakan alternatif terbaik buat rakyat supaya rakyat berpeluang merasai beras yang berkualiti baik dan sempurna.

Projek Penternakan Moden Babi di Selangor adalah balasan BN kepada rakyat Selangor. BN Selangor yang kalah dalam PRU-12, membalas kekalahan mereka dengan memberikan orang Melayu sebuah ladang ternak babi. Perkara ini telah lama dirancang oleh mereka dan mereka juga yang meluluskannya.

Cuma pada kali ini, BN Selangor terus mebelit fakta dengan kenyataan mereka yang menafikannya. Lalu dengan pantas kununnya membela ketuanan dan sensitiviti melayu. Sedangkan sebelum ini, merekalah yang meruntuhkan rumah orang Melayu dan mengunci surau di kawasan melayu.

Benar seperti apa yang dikatakan, BN punya angkara, babi dapat nama. Kerajaan negeri hari ini menjalankan penternakan yang diurus baik dan bersih agar orang melayu terpelihara dan orang cina berbaik sangka. Dari huruf 'B' dan 'N', maka rakyat mendapat:



Babi Naik!
Beras Naik!
Barang Naik!
:
:
:
:
:
:


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam.

by the way, YB wan azizah bersalam pakai sarung tangan kan....

Head Shot berkata...

ya.terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.

"Beras makanan orang Melayu . Babi makanan orang Cina."

Memetik kata2 saudara di atas, saya kurang senang. Sebab : bukan orang Melayu saja yang menggunakan beras sbg makanan. Orang Cina pun makan nasi. Dan tidak semua orang Cina yang makan babi.

Head Shot berkata...

kepada: saya
ayat "Beras makanan orang Melayu . Babi makanan orang Cina." adalah satu ayat intro, ayat intro lebih mempunyai 'nilai'nya tersendiri.

Benar apa yang saudara katakan, tetapi dari segi sosio budayanya, ia dikenali seperti itu secara UMUM. apa yang saya katakan adalah secara umum sahaja. untuk lebih khusus, kita bolehlah membuat analisis sendiri.

walaubagaimanapun, terima kasih atas pandangan saudara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan