Follow je lah..


Khamis, 17 April 2008

Makkal Sakti bagi Makkal Osai

Makkal Osai sebuah akhbar Tamil telah ditamatkan terbitannya. Permit mereka yang telah tamat tidak lagi diberi penyambungan terbitan selepas itu oleh Kementerian Dalam Negeri. Secara tidak langsung sekali lagi suara kebebasan disekat. Sebab yang dinyatakan tidak jelas dan banyak kemusykilan.

Suratkhabar adalah salah satu media yang mudah didapati daripada media berbentuk elektronik. Keadaan ini menjadi budaya di Malaysia bahawa suratkhabar adalah bahan bacaan yang penting. Kaum India hari ini telah kehilangan satu sumber utama maklumat mereka.

Umpama menutup akhbar Harakah, begitulah perasaannya bagi kaum India apabila akhbar mereka ditutup. Berdasarkan sumber, akhbar mereka lebih jujur dan menyuluruh dalam menyampaikan maklumat semasa. Contohnya semasa pilihanraya lalu, akhbar ini melaporkan berita dari pembangkang apatah lagi kerajaan.

Kaum India yang menjulang 'Makkal Sakti' menjadi salah satu penyebab kekalahan BN. Akhirnya Samy Vellu hilang jua jawatan menteri. Isu HINDRAF juga menjadi penyebab kepada peralihan undi kaum India yang sebelum ini menyokong BN. Selepas ini, dengan penutupan Makkal Osai, kaum India akan lebih tegar untuk melawan BN.

Pemimpin BN kaum India, tiada memberi sebarang kenyataan berhubung isu ini. Diam mereka adalah restu mereka dengan kezaliman BN. Sebaliknya apabila ada kaum India yang lantang, mereka ditahan dibawah akta ISA. Luka kaum India ini akan terus berbekas menjadi parut. Parut luka yang akan menjadikan mereka lebih kental dan kuat. Makkal Sakti bagi kaum India.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan