Follow je lah..


Ahad, 20 Julai 2008

Nak DNA Ke Nak Darah?

Deoxyrinobucleic acid atau DNA adalah sejenis bahan dalam darah yang mengandungi maklumat pengenalan peribadi dan ianya berbeza dengan setiap orang yang lain. Banyak kes-kes kehilangan orang atau pengecaman mayat, DNA telah diambil untuk tujuan penyiasatan dan pengenalan diri.

Abdullah bercakap mudah "Buat sekarang. Saya nak tengok". Menilai kata-katanya itu ia seumpama menyuruh budak sekolah rendah menjawab soalan Matematik. Apakah Abdullah tidak tahu bahawa DNA sudahpun diambil pada sepuluh tahun yang lalu. Oleh itu, mengapa harus dilakukan untuk kali kedua. Ini adalah soal maruahnya (Anwar) untuk memberi DNA kali kedua tanpa sebab musabab yang kukuh.

DNA seseorang tidak berubah jika ia tidak dimanipulasi. Dalam erti kata lain, DNA yang dimanipulsi mungkin telah dirosakkan atau diubah maklumat yang terdapat dalamnya ekoran kecanggihan teknologi terkini. DNA Anwar sepuluh tahun dahulu menjadi tanda tanya mengapa ia tidak mahu diguna pakai semula oleh Polis untuk siasatan. Apakah DNA lama sudah rosak angkara kerakusan mereka ataupun mereka bukan mahukan DNA tetapi mahukan darah sebagai mencipta bukti.

Hari ini, Abdullah me'mujuk' Anwar agar menuruti kehendak Polis. Nyata Abdullah tidak bersikap adil dalam hal ini kerana beliau berpihak kepada Polis. Sebagai PM yang kononnya ingin membuktikannya seperti Mr.Clean, beliau harus adil dan tidak mempengaruhi sesiapa sahaja. Wajar bagi beliau menganggap bahawa hujah keengganan Anwar memberi DNA ada benarnya dan kehendak Polis harus dikaji.

Majlis Peguam Negara telah menyatakan bahawa Anwar tidak perlu memberi sampel DNA yang kali kedua. Peguam Sivarasa memberitahu pula, dalam undang-undang Malaysia, mahkamah tidak boleh menyuruh Anwar untuk memberi sampel DNA nya. Maka bertambah serabutlah kerja 'menipu' yang hendak dijalankan oleh mereka.

Ada masa Polis boleh dipercayai dan ada masa tidak boleh dipercayai. Sekarang keluarga Anwar sudah berat hati dalam menaruh kepercayaan kepada Polis kerana banyak pengkhianatan terhadap kepercayaan bersama telah dilakukan oleh Polis. Jaminan Abdullah banawa Ghani Patail dan Musa Hasan tidak campur tangan terlalu ampuh. Ini kerana selagi mana kedua suspek itu tidak digantung kerja, selagi itu mereka terus memiliki kuasa.

Abdullah pernah menipu dan tidak pernah meminta maaf kerana menipu. Ingat, ini konspirasi. Fikir dua tiga kali kata sang penipu kalau tidak masuk kita rugi. Meraka telah berpakat dan merancang. Memastikan mereka terus suci dari dosa dan adil lah sangat...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada satu benda saya tak faham, harap saudara boleh jawab. Kenapa polis mesti nak darah? Bukankah DNA boleh diperoleh daripada sampel lain contohnya calitan kulit dan atau sebagai contoh dari bahagian dalam pipi? Dan sebagai pelajar Biologi, saya tahu yang hatta secalit sahaja sudah cukup untuk menjalankan ujian DNA. Bukan begitu? Mungkin kerana saya banyak tonton TV tapi daripada pengetahuan saya, bukan dalam darah saja ada DNA, tapi nampak sangat polis beria-ia nak darah Anwar. Memang pelik. Harap saudara boleh betulkan kalau ada fakta saya yang salah.

Head Shot berkata...

hhh,apa yang kita lihat sekarang ialah Polis mahukan DNA. Benar DNA boleh diperolehi daripada sel, akan tetapi jika mereka memperoleh darah ia lebih besar manfaatnya. Pada peristiwa 1998, darah telah dipercikkan di tilam sbg menjadi bahan bukti dalam mahkamah. Darah yang terdapat pada tilam lebih logik sekiranya daripada sel pipi yang melekat di katil. Oleh itu disitu dilihat betapa signifikannya darah jika ada. Sebenarnya isu DNA ini sahaja ingin dimainkan supaya dapat menutup isu lain. Kenapa isu Ketua Polis dan Peguam Negara tidak dibesarkan spt isu DNA Anwar?cuba fikirkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan