Follow je lah..


Sabtu, 26 Julai 2008

UMNO Tidak Semantap PAS

Pergerakan kesatuan PAS adalah sebuah pergerakan yang signifikan dalam menunaikan amanah untuk menegakkan Syariat Islam di samping membawa kemanfaatan kepada semua rakyat Malaysia. PAS penuh dengan etika, disiplin, rukun, dan tertib demi memperjuangkan Islam. PAS membawa mesej Islam dan UMNO hanya membawa mesej bangsa melayu.

Perbincangan dua hala antara pemimpin PAS dan UMNO tiada masalahnya. Dengan perbincangan samada samada secara muzakarah dan muqabalah ia adalah cara dalam membawa mesej Islam. Ia umpama senjata berdakwah. Senjata yang digunakan mestilah sesuai dan penuh hikmah. Lantas PAS mengorak langkah kearah itu.

PAS dipimpin oleh Majlis Syura yang terdiri dari ulama' dari mereka yang arif. Diatas platform inilah PAS dilihat lebih tinggi dari UMNO. Kitab Alquran dan Sunnah tidak pernah dikesampingkan tatkala susah atau senang. Malah hampir setiap ahli PAS dilatih dan ditanamkan benih keimanan supaya kehidupan tidak lari dari tujuan yang sebenar.

Cahaya dan kegelapan tidak boleh disekalikan. Begitulah umpamanya antara dua pihak yang mendokong Islam dan pihak yang menolak Islam, ia selamanya tidak akan bersatu. Kebenaran akan mengalahkan kebatilan. Begitulah yang telah termaktub dalam Al-Quran.

UMNO untuk bersama PAS bagaikan bermimpi di siang hari. Ini kerana kedua-duanya adalah dilaluan yang berbeza. Hanya bersatu apabila UMNO kembali kepada ajaran sebenar Islam. Contohnya sekarang, UMNO tidak pernah merujuk ulama' dalam isu yang penting dan ramai juga pemimpin UMNO yang jahil kepada Islam.

Tanpa menyentuh mana-mana peribadi, ada juga dikalangan ahli UMNO atau isteri ketua UMNO, mereka tidak menyempurnakan pakaian dengan menutupi aurat. UMNO juga sering dihantui dengan politik wang dan berpuak-puak. Kelemahan ini diakibatkan UMNO hanya berteraskan kepada bangsa Melayu sedangkan bangsa itu tidak kekal.

Hanya yang kekal ialah Islam. Islam lah yang layak membawa kemanfaatan dan kesejahteraan kepada semua makhluk. Tetapi sayangnya UMNO tidak menjadi perkara ini sebagai agenda perjuangan. Dahulu PAS pernah menyertai UMNO, kini apa kata pula jika UMNO menyertai PAS.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan