Follow je lah..


Khamis, 24 Julai 2008

Paka Doh Mercedesnya

Kerajaan Terengganu hari ini dibawah kepimpinan Ahmad Said sudah mula menunjukkan keberanian dan tegasnya. Pembelian kereta Mercedes E200 sebanyak 14 buah telah membuka mata kabinet yang kononnya pembelian itu sudah melanggar peraturan atau keterlaluan.

'Paka Doh' yang memberi maksud 'pakai dah' adalah paling tepat untuk memberi reaksi kepada sesetengah pihak yang mempertikai keputusannya itu. Kereta Mercedes E200 sudah pun dibeli dan telah digunakan. Namun jika Abdullah menyuruh membatalkan penggunaan kereta itu, ia sudah keterlaluan.

Apakah Terengganu mahu menjual kereta itu semula? Pastinya mereka sudah tidak mahu lagi menggunakan kereta yang banyak masalah sehingga mencecah ratusan ribu untuk tujuan penyelenggaraan kereta. Bagi mereka, pilihan kereta Mercedes adalah yang tepat dengan keadaan sekarang.

Disebalik itu, tedapat juga pandangan negatif berkaitan dengan isu ini. Ada yang menyatakan ini sebahagian dari pembaziran. Wang sepatutnya diberi keutamaan kepada masalah rakyat dan kemiskinan di negeri Terengganu. Sungguhpun demikian, pengaliran wang yang dikira pembaziran ini mesti dikaji. Cuma dari segi kutamaan sahaja, adakah wajar E200 ini dibeli.

Barisan Kabinet yang diketuai Abdullah melahirkan hasrat yang berat untuk membenarkan kereta ini dipakai oleh Terengganu. Dalam masa yang sama keputusan Ahmad Said memberi tamparan kepada kualiti Proton sebagai peneraju automotif negara. Kereta kita masih belum standard dan masih banyak perlu diperbaiki.

Ahmad Said bukan seperti idris Jusoh yang akrab dengan Abdullah. Negeri yang sensai dengan jawatan Menteri Besar sehingga melibatkan kedaultan Agong. Abdullah perlu mengharap agar Said 'bekerja bersama saya' walaupun Said bukan pilihan Abdullah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan