Follow je lah..

Selasa, 22 Julai 2008

Inul Gerudi Di Selangor

Kesediaan Inul pada mulanya untuk joget dan nyanyi dangdut di Johor adalah sia-sia. Ini kerana persembahannya tidak dapat dijalankan. Tatkala itu juga Inul rebah apabila berita pembatalan konsertnya itu tiba kepadanya.

Rebah Inul dibangkit semula di negeri Selangor Darul Ehsan. Bagi mereka yang konsisten dengan keimanan dan ketaqwaan, konsert yang bakal diadakannya di Selangor bakal membawa kemurkaan Tuhan. Sebagaimana sedia maklum, tarian dan pakaiannya yang lari dari hukum syarak adalah adalah jelas berdosa.

Bagi peminatnya, kalau sudah minat apa lagi yang hendak ditunggu. Bapak-bapak dan ibu-ibu akan berasak memenuhi ruang kosong yang ada bagi merasa kehangatan gerudi atau goyang punggungnya. Soal iman dan ketaatan ditolak ketepi dahulu dan beriktikad dengan pegangan hedonisme.

Kerajaan Selangor masih sempat membatalkan konsert itu jika berkeinginan dan bertanggungjawab pada amanah. Kerajaan Selangor yang terdiri daripada sebilangan orang agama, harus memandang serius akan sebarang bentuk konsert seperti ini. Sekurang-kurangnya jika tidak dapat membatalkan konsert ini, sekatan mestilah dilakukan.

Ini semua bukanlah tujuan untuk mendiskriminasi. Akan tetapi keperluan mencegah kemungkaran itu adalah lebih utama. Gelek dan goyang Inul sudah jelas melanggari syariat Islam. Keberanian PAS Selangor untuk mencegah konsert ini disanjung tinggi.

Inul bukan tempatnya di Malaysia selagi mana persembahannya tidak patuh kepada paraturan Islam. Bukan Inul sahaja, malah artis-artis lain yang lari dari etika keperiabdian Muslim mestilah ditolak tepi. Selangor harus menjadi negeri Islam yang sempurna, mudah-mudahan.

1 ulasan:

the hazim berkata...

konsert ini telah dibatalkan akhirnya. Alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan