Follow je lah..

Selasa, 9 September 2008

UMNO P.Pinang Tunjuk Hero



Sah, ada konflik dalaman antara puak Ahmad Ismail dan Tsu Koon. Sekali lagi terasa malu dengan sikap gila orang UMNO yang membusukkan nama melayu. UMNO Terengganu dahulu pernah dilabel biadap, kini UMNO Pulau Pinang hendak tunjuk hero!

Semangat setiakawan dan hormat menghormati sudah lama berkubur terutama bagi Ahmad Ismail dan konco-konconya. Hati cukup membakar dan keras dalam menghormati budaya sopan santun rakyat Malaysia. Isu mulut celupar Ahmad masih dipanjangkan walaupun Abdullah telah minta dihentikan isu ini.

Kita berasa geram dengan perangai hina manusia seperti ini. Sedangkan di bulan
 Ramadhan diajar untuk bersabar dan banyak bertaqarrub kepada Tuhan. Tetapi malang, tindakan seperti mereka ini dengan menyalakan kemarahan orang Cina sungguh bertentangan. Yang punya angkara ialah orang UMNO. Apakah mereka akan digantung tugas atau meringkuk dalam penjara?

Koyak gambar Presiden Gerakan sama seperti memberi tanda kemarahan dan benci yang amat sangat kepada seseorang itu. Tidak kurang juga seperti mengisytihar dia adalah musuh. UMNO Pulau Pinang terus tempang di tambah pula Abdullah sebagai Perdana Menteri Malaysia dan ahli Parlimen Kepala Batas gagal mententeramkan kaum di negeri itu.

1 ulasan:

hHh™ berkata...

Setuju. Ahli politik UMNO (mungkin bukan semua) sering gunakan alasan perjuangan untuk sembunyi sebalik kesalahan. Lebih memalukan guna Islam sebagai sebab kononnya mereka berjuang walhal bila makan duit rakyat, agama entah ke mana, perjuangan entah ke mana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan