Follow je lah..

Rabu, 13 Februari 2008

Kita Bersatu Tukar Kerajaan

Beberapa hari atau jam lagi Parlimen akan dibubarkan. Maka bermulalah 'peperangan' yang dipendam selama lebih 4 tahun ini. Setiap parti akan berkempen, bergerak, bergempur,dan berjuang habis-habisan. Yang benar akan terus menegakkan kebenaran dan yang palsu akan terus memutar belitkan kebenaran sehingga akhirnya diri sendiri yang terbelit. Inilah bahang pilihanraya yang makin panas dan menggelegak dan tidak mampu di'sejuk'kan oleh sesiapa pun rakyat Malaysia di negara ini.

Berdasarkan kalender, kini bulan Mac semakin hampir. Apakah PRU-12 pada bulan tersebut? Biarpun bila tarikhnya, kita semakin hampir dan makin bersedia dengan segala kejutan yang bakal tiba tanpa di duga. Politik umpama sebuah percaturan yang sengit. Didalamnya ada sepak terajang, mencarut, mengomplot, dan merapu.

Kemanakah hala tuju Malaysia selepas ini? Hala tuju atau realiti kini negara adalah harga naik(minyak,tol,tepung,makanan), jenayah melata, dan wang menjadi ukuran. Dalam isu harga naik, bagi BN, ini adalah senario yang perlu dihadapi. Alih-alih rakyat dan peniaga yang diselar. Rakyat diarah berjimat, peniaga disekat keuntungan, dan pemimpin BN terus mengaut wang berjuta-juta dari titik peluh rakyat.

Dalam satu video (http://www.youtube.com/watch?v=XtOTqJz_GZQ) yang disiarkan, taktik BN adalah lumrah setiap penggal PRU. Lima taktik yang disiarkan ini adalah antara taktik-taktik yang dijalankan. Dari sekecil-kecil taktik sehinggalah ke peringkat yang lebih besar seperti melibatkan institusi kehakiman mereka rakus melakukannya. Antara yang disebut dalam video itu ialah:

1.Wang Ringgit: Wang yang bakal mengaburi rakyat dan menggoyahkan pendirian suci rakyat. Selain dari wang, barangan keperluan juga akan disalurkan secara bantuan sekiranya berlaku bencana dan perkara ini akan disiarkan di media serta merta.

2.Ahli Baru: Semakin hampir dengan PRU, mereka akan hebahkan yang kunun(sebutan Tun M)nya ada ahli baru BN berhijrah dari parti lawan. Kebiasaanya adalah dari mereka yang dikenali ramai dan berjawatan dalam parti lawan.

3.Perpaduan Kaum: Rakyat perlu bersatu dibawah kepimpinan kerajaan kini sekalipun terlalu banyak masalah atau korupsi dalam petadbiran. Perkataan seperti 'kesinambungan' ,'kemakmuran', dan 'keamanan' digembar gemburkan. Menyiarkan bahawa pembangkang sentiasa ganas seperti suka membuat demonstrasi dan memfitnah.

4.Kemajuan Ekonomi: Rakyat Kelantan diseru agar memajukan diri. Maju dengan menukarkan kerajaan. Mereka akan melihatkan yang Terengganu lebih maju dari Kelantan oleh kerana ditadbir BN. Sebaliknya, kerajaan yang hendak ditukar ialah kerajaan persekutuan. Tiada sesiapa yang boleh mencabar kewibawaan Tuan Guru Dato' Haji Nik Aziz Nik Mat berbanding Dato' Sri Haji Abdullah Badawi. Walaupun kedua-duanya 'Haji',tetapi tetap berbeza.

5. Ketuanan Melayu: Andai terkubur UMNO apakah terkuburnya melayu? Biarlah melayu yang khianat sahaja berkongsi batu nisan dengan batu nisan UMNO dibawah satu liang lahad. Sebaliknya, melayu yang gigih, rajin, dan berakhlak, terus mendapat ketuanan dan hak dalam negara ini. Asal sahaja melayu, apakah mesti dikaitkan dengan UMNO? Tetapi inilah yang berlaku terutamanya di luar negara. Sesetengah pelajar-pelajar melayu diserap dalam UMNO. Tetapi disini, UMNO tidak relevan lagi. Sebuah dilema yang sukar dikupaskan.



Semakin hari kita semakin hampir dengan pilihanraya yang dinantikan oleh semua rakyat Malaysia. Bersedialah kita, bukannya soal minat politik atau tidak wahai kawan-kawan, tetapi ini adalah soal masa depan agama, bangsa, dan negara. Agar anak-anak mudah bersekolah, ibu ayah bertambah rezqi, masjid indah dimakmurkan, masyarakat hidup sihat dan selesa, dan negara gemilang di dunia dan akhirat.

"Ini negeri memang banyak problem kita tau,
sekarang orang India, orang Melayu, orang Cina,
bersatu
mau TUKAR ini kerajaan"

- Dato' Sri Anwar Ibrahim
Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan